Malu Dengan Artikel Blog Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malu dengan artikel blog sendiri. Sejujurnya. Aku sekarang ni tengah rasa malu dengan kandungan artikel blog sendiri. Nanti aku citerkan kenapa aku rasa malu dengan artikel blog sendiri. Yer la. Dalam Pondok Kecil ni, bukan semua kandungannya bermanfaat. Aku rasa macam banyak merapu dari yang betulnya.

malu dengan artikel blog sendiriKenapa harus malu dengan artikel blog sendiri…

Nak tulis perkara yang bermanfaat, kadang-kadang tu tak ada idea. Kalau bab merapu dan merepek ni, banyak pulak ideanya. Tulis artikel yang melibatkan informasi bukan senang macam belajar A,B,C dan 1,2,3. Nak kena cari sumber rujukan yang sahih dan tepat agar pembaca yang membaca artikel tersebut tidak merasa curiga dan tertipu.

Lagipun, aku bukannya suka sangat membaca. Kalau sehari nak jumpa aku hadap surat khabar, memang tersangat susah. Seminggu sekali? Susah juga kot. Paling busuk pun, aku akan membaca apabila melakukan aktiviti blogwalking. Banyak blog yang aku singgah, banyak lah ilmu yang aku dapat. Entah la. Aku memang malas nak membaca buku, surat khabar dan pelbagai perkara lagi. Sebab tu aku tak mampu nak hasilkan artikel yang berinformasi dan bermanfaat untuk korang semua. Hehe.

Beberapa hari yang lalu, ada sorang kawan tempat kerja ni.

“Ehhh baru ni ada singgah dalam blog Pondok Kecil. Nampak gambar kecik dekat ruangan komen tu macam muka kau jer”

“Ehhh ye ke??? Wahhhh sejak bila aku ada blog ni???”

“Betul. Aku nampak macam muka kau jer dalam gambar tu”

“Kau cari apa sampai tersesat jumpa muka aku tu?”

“Aku cari tentang masalah anak aku tu la. Aku taip dalam google tu anak susah nak pakai pampers. Alih-alih, jumpa artikel bertajuk Tips Ajar Anak Tak Pakai Pampers – Pondok Kecil. Betul kan kau punya blog tu? Kan, kan???

“Emm tak tahu aku. Pelanduk dua serupa kot”

Sekarang ni aku rasa macam seram sejuk aje. Kot ada artikel yang lepas-lepas artikel berunsurkan umpat mengumpat. Haha. Kalau ada, dan kalau rakan pejabat tu jumpa nahas la aku. Lagipun blog Pondok Kecil ni, aku rasa macam banyak sangat yang duk merapu. Ada tajuk tu, seakan-akan cerita 18SX jer.

Kalau kawan rapat tu tak kesah la. Ni kawan yang tak rapat lah mana. Naik segan pula dibuatnya. Emm redha aje la. Haha.

66 thoughts on “Malu Dengan Artikel Blog Sendiri

    1. hafizul Post author

      Haha..macam sama jer apa yang kita rasa bro..hehe..tapi saya rasa sayang pulak nak delete yang lama2..komen pembaca tu yang lbih berharga..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..sama lebih kurang saya lah..sekrang ni macam berhati2 lah sikit bila menulis tu..hehe..saya tajuk jer 18sx..kandungan lain macam punya..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge