Masakan Orang Lelaki

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama Pondok Kecil suram tanpa sebarang keceriaan. Aktiviti blogwalking kini semakin kurang serinya. Masalah 3G di kawasan rumah sedikit sebanyak membantut tumbesaran blog. Haha. Sekarang fikiran tengah runsing. Fikiran tengah kusut. Mencari penyelesaian untuk semua masalah ni. Kekasih hati Alexa sekarang ni menunjukkan tanda-tanda awal merajuk. Mana tak nya. Sejak masalah 3G melanda hidup aku, aku jarang dating dengan Alexa. Nak ajak dating siang hari, sibuk dengan kerja. Malam hari line tak clear. Dugaan hidup sekali sekala macam ni lah.

Berkenaan dengan kekasih hati Alexa, aku teringat akan artikel rakan blogger. Artikel yang berkaitan dengan kelebihan bercinta dengan Alexa. Aku tak nak ulas secara terperinci. Mungkin juga, kebanyakan dari mereka sudah maklum akan hal ni. Sekiranya ada yang belum mengetahui kelebihan Alexa, boleh la baca di artikel ini dan artikel ini. Aku sendiri pun telah mencuba kelebihan Alexa sebagaimana yang dinyatakan. Serius, kalau bukan kerana mereka, aku tak kan tahu sampai tahap ni.

Masakan orang lelaki memang sedap kan? Korang setuju ke tak? Biasanya, kalau korang makan masakan chef lelaki, sedap tak? Bagi aku, lelaki atau perempuan, semuanya sama. Semuanya sedap. Kalau aku kata masakan lelaki sedap, masakan perempuan tak sedap, mesti kecik hati mak dan isteri aku. Sebab mereka kaum perempuan. Kan tak pasal-pasal keluar komen mak aku kat artikel ni. Hehe. Malam ni sedang aku tengok cerita Surat Dari langit Biru, perut ni tetiba buat hal. Tiba-tiba mintak di isi.

Aku nak layan cerita pun tak seronok. Nak balas komen korang semua pun tak selesa. Jeling kat isteri, tengok dia sibuk jer. Aku ni jenis suami yang baik hati. Suami yang penyanyang. Haha. Tak ada masakan lain yang terlintas dihati. Aku terasa nak makan nasi goreng versi Pondok Kecil. Kebetulan semua perkara asas untuk buat nasi goreng ada. Jadinya, masak aje lah. Untung kan kalau ada suami macam ni. Alamak kuat pulak puji diri sendiri.

Selepas 15 minit…

masakan orang lelaki

“Awak nak juga? Tak sedap masakan saya ni.” Tawaran yang tak seberapa untuk si isteri.

“Emm sedap nya” Balas isteri sambil menyuapkan nasi goreng.

“Awak tak yah tipu la. Tak yah nak ambil hati saya” Balas aku dengan nada yang kecewa.

Boleh pulak isteri aku buat ayat membodek macam tu. Kadang-kadang rasa kena perli jer.

Apabila nasi tinggal separuh…

“Awak, sedap kan saya masak?” Tuu dia.

“Tahu pun. Saya cakap awak bukan nak percaya. Masakan orang lelaki ni sedap.” Isteri senyum dengan penuh keikhlasan.

Aku pun tak ada apa nak dikata. Terus makan sampailah kenyang. Sampailah licin pinggang tu. Untung badan. Nak makan tak yah susahkan isteri. Isteri pun makin sayang kalau suami dia pandai masak. Haha.

44 thoughts on “Masakan Orang Lelaki”

  1. Kelas…dang lagi buat nasi goreng tu…
    Demo pun laye cerito tu jugok dih?Ingatkan kawe jah…huhu

    demo meme cakap ‘saya’ ‘awak’ dengan wife?huhu

  2. betul…contohnya ayah fyna. sekali dia turun kat dapur, memang jari thumbs up lah. adik fyna yang laki pun chef.. cakap je dia nak masak apa. sedap!!

  3. org llki bila jarang kedapur skli msk mmg sedap.sy sllu skit kpla.bila skit dia ke dapur kemas2 apa patut, bsuh pinga ker sapu rumh ke.tpi time sy kurg sht le.klu sy sht sah2 keje2 umh sy buat dri masak ..kemas tu heee

    1. Hehe..memang doh kan..tanggungjawab kena laksanakan dengan baik..walau apa pun, ia tetap tanggungjawab kita..kalau sakait tu lain cerita la..rajin suami suami suri ni yer..untung badan dapat suami rajin macam tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *