Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setahun lebih pengalaman bersama blog Pondok Kecil adalah satu pengalaman yang sukar untuk diperolehi. Pengalaman pertama membuat blog, pengalaman pertama menggunakan platfon wordpress dan pelbagai pengalaman pertama lagi yang telah aku lalui. Sungguh indah kenangan dan pengalaman yang blog Pondok Kecil berikan. Sekarang, kalau mereka tanya, apa yang seronoknya ada blog? Dan secara mudahnya ini jawapan yang ingin aku berikan.
Kredit : Permulaan Yang Baru?
Dengan blog, korang akan dapat rasai beberapa perkara :-
- Blog lagi seronok daripada bercinta dengan awek. Sebab? Kalau korang tawarkan aku dua pilihan. Awek cun dan baik hati atau blog. Aku pilih blog. Sebab? Aku dah berkahwin dan aku jenis SETIA. Haha.
- Blog boleh buat korang jadi awek muda. Baik lelaki, baik perempuan. Kenapa? Sebabnya aku sentiasa senyum sejak dua menjak ni kerana kekasih hati Alexa sikit jer lagi akan berada dalam lingkungan angka 100,000 Global Rank dan 500 Malaysia Rank. Perlu kekalkan momentum yang dah ada sekarang. InsyaAllah.
- Entah. Aku nak bagi dua jer sebabnya. Haha.
Sila jangan simpan perasaan marah, tak puas hati, geram, geli, bengang, sedih, kecewa dan sebagainya apabila korang baca sebab-sebab diatas yer. Ia hanyalah sekadar coretan yang ada betulnya juga kadang-kadang tu. Ok. Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah beberapa perkara blog baru yang aku sendiri ada pendapat untuk dikongsikan. Ideal ni aku perolehi daripada Facebook. Secebis dialog antara Lelaki Kacak Yang Ego dengan super heronya. Macam ni pun boleh dijadikan artikel? Boleh asalkan hati korang rasa aman dan gembira untuk update blog. Macam-macam boleh jadi.
Entah la. Aku rasa gembira sakan malam ni. Nak tahu kenapa? Rabu malam jumaat, akad nikah. Ni jer mampu aku nyatakan. Yang selebihnya tunggu hari khamis la ye.
Banyak perkara yang blog baru kena lakukan sekiranya ingin berjaya menjana pendapatan online. Nak dapatkan income dari blog, permulaannya tak susah. Korang rajinkan diri, update blog sentiasa dan rajinkan study macam mana nak tackle hati google ataupun enjin carian yang lain. Belambak dalam internet tu. Cuma kena pilih sikit. Ada ajaran yang betul dan ada ajaran tak berapa nak betul. Aku pun sampai sekarang asyik kena tipu jer.
Permulaan blog baru ni, memang susah nak dapatkan komisen. Pendapatan pertama dari jobdirumah. Korang tahu lama mana aku ambik masa untuk jana pendapatan dari Jobdirumah? 6 bulan lamanya aku tunggu. Sampaikan satu tahap aku rasa frust yang teramat sangat. Ada masa aku kecewa dan aku cemburu sakan pada mereka yang senang-senang jer dapat duit dari jobdirumah ni. Dari situ, aku mula belajar sesuatu.
Mereka juga bermula dengan mengenal erti kepayahan. Mereka juga bermula dengan satu semangat kesabaran yang kental. Mereka juga bermula dengan KOSONG. Mereka juga bermula dengan Try & Error. Kenapa aku tak boleh buat sedangkan mereka boleh? Tut-tut masuklah pendapatan kedua dari jobdirumah. Sampai sekarang aku dah berjaya mendapat Pendapatan Ke 15 Dari Jobdirumah.
Cuma sekarang slow sikit. Entahlah. Mungkin belum rezeki lagi kot nak dapat yang seterusnya. Tapi aku sentiasa berharap. Harap dan mengharap. Sebelum raya ni, masuklah satu dua komisen lagi. Nak buat apa? Nak simpan lah nak buat bekal musim tengkujuh nanti. Tak faham? Adalah. Biarkan rahsia. Haha.
Tak bermakna blog korang baru, korang tak mampu nak menjana pendapatan online. Aku tak tipu. Ini cerita betul punya. Cerita pengalaman sendiri. Hari tu, ada sorang ni. Nama dia Ayu (Nama samaran aku berikan). Aku ringkaskan yer. 27 Januari 2013 dia buat blog. 15 Februari 2013 dia siarkan artikel berkenaan dengan produk dari program Affiliate A di blog barunya. 7 Mac 2013 masuklah pendapatan pertama dari program Affiliate A yang dia sertai. Maksudnya di sini? Korang tahu cara nak tambat hati google dan korang pandai mempromosikan produk tersebut, kenapa harus pelik bila blog baru pun boleh jana pendapatan online. Kan?
Nak kata rezeki? Memang salah satu sebab la. Tapi sampai sekarang, masuk lagi tu. Tu yang aku hairan. Aku dulu punyalah lambat nak boleh ke masuk duit dari program Jobdirumah. Si ayu ni kejap jer. Entahlah aku rasa tak mampu nak berfikir dah. Artikel ni dah panjang sangat dah ni. Harap korang tak bosan membacanya. Aku tahu korang memang hebat bab baca laju ni. Nak tahu cara-caranya, sila baca artikel yang bertajuk 6 Teknik Untuk Membaca Pantas Entri Blog.
p/s : Sila baca dengan perlahan yer artikel ni. Haha.
blogger baru tak sabar nak jadi otai.. gitu la.. tak reti reti nak sabar.. ayoyo
Hehe..saya pun susah gak nak sabar..sebab sabar tu pahit..lambat nk jumpa manisnya..haha..terima kasih DT..hehe
hahah.. Allah sayang pada orang yang sabar.kita cool aje
dt dah lama ilmu mesti kaya dg seni berblog hee..
bila tak sabar macam-macam boleh jadi padahal kalau tak ada usaha bagaiaman nak berjalan yer tak heee
betul tu.. kalau tak usaha lepas tu tak sabar, memang tak jalan lah
eh takde la.. masih perlu menimba ilmu lagi ni
Yupz…Step by step,macam itulah cara yang betul.
Hehe..terima kasih bro..
Blogger baru buat blog sebab nak dapat income macam blogger lama..tapi mindset diorang dah lari..buat blog bukan skim cepat kaya. Huhu
Haha..tu lah sebabnya..sabar aje lah..terima kasih bro..hehe
idea. bukan ideal.
Lahhhh dah kena pulak..hari tu sekali dah kena tegur..ni sekali pulak..ok-ok..idea bukan ideal…terima kasih..haha
idea ada tapi nak susun ayat itu selalu terabur
Tak apalah Suri..kayuh jer perlahan-lahan..haha
Aksi ‘selit-selit’ tu paling halussssss….hehe
Hahaha..halus tu yang susah nak bagi kita makan nih…hahahaha
aku dah lama blogging.. merasa duit dari blog tetiap bulan pun pernah. skang nk low-profile. hehe. iklan nuffnang pun dah buang. back to zero and I’m happy with that 🙂
Emm bila dah hepi mcm ni, apa-apa pun dah tak penting lagi..just go on bro..hahaha..
Bukan senang nak buat duit dengan blog ni. kena banyak bersabar, berani mencuba dan jangan putus asa. Rezeki semua daripada Allah.
Emm betul tu..bersabar dan terus bersabar..disamping tu usaha kenalah ada..walaupun hakikatnya sabar tu memang pahit…emmmm…
aduh..penat aku baca..hehe..betul tu bro..usaha tangga kejayaan..nak mudah kaya buat MLM tipu orang dengan skim cepat kaya la..masa tu tipu, masa tu terus dapat duit..Tak pun hari ni tipu, esok dapat duit..haha
Emm sekali tu jer lah..lepas tu bila orang dah thu, habis lahh…hahaha
biasala..nak kaya cepat..hehe
Haha..kaya cepat susah gak kan..emmm..
kepada blogger baru – sabo kalau nak start dpt income
kepada blogger lama – tolong tunjuk ajar ( selit2 aff link skit2 takpe.. ahaks )
Haha…betul-betul..kepada blogger lama, sila tunjuk ajar yer..hahaha
power tul si ayu tu, nak kena belajar lagi ni..
haha..rasanya dia tak power lagi lah bro..dia budak baru lagi..haha..sama-sama lah kite belajar..hehe
Mungkin dengan membaca artikel ini, http://www.hidupringkas.com/2012/06/7-sebab-kenapa-anda-perlu-menulis.html
akan memberikan ransangan untuk mula menulis di blog.
Hehe..terima kasih bro kongsikan link yang berguna buat semua orang..hehe
payah tiada idea hee dah jana rm kat belog susah heee..payah..payah..hee..sabarlah admin.dalam mengeluh cik ambe tengok dalam diam-diam masyu juga nghee..tahniah ar
3 bulan masa paling ideal utk blog baru buat duit…
nak lagi kencang, kena buat blog niche BI..inshaAllah bulan ke 4/5..tuai hasil USD
Hehe..betul tu bro..tapi bab tu memang saya lemah sangat..entah bila lah ada rezeki nak mahir BI ni..
eh, link blog ayu tu kongsikanlah…nak p jenguk jugak =)
Hahaha..tuan dia tak kasi lah bro…hahahaha
saya ni blogger baru, mohon tunjuk ajar, income pun tiada lagi.
Hehe..sabar bro..nanti tak lama ada lah tu..sama-sama lah kita usaha..hehe
Tumpang lalu..saya budak baru di sini..hehe
Haha..budak baru ekk..sila-sila…haha
Blog ni macam magazine…best la ada magazine sendiri..hehe
Hehe..magazine?terima kasih bro..hehe
Satu hari den nak jugak join program2 affiliate nih 😉
InsyaAllah..ada masa, boleh la try bro..hehe..tak try tak tahu mcm mana kan..
menarik baca entry pasal pengalaman nie..aku pun baru berjinak2x ngan wordpress nie, seblum ni guna blogspot..
Hehe..blogspot saya tak ada pengalaman bro..tapi WP memang sedap..rilek jer..hehe
sabar pasti membuahkan hasilnya
Hehe..setuju..terima kasih bro..
tak boleh naik cepat2
jatuh nanti pasti sakit sangat
Betul tu bro..terima kasih atas peringatan ini…rasa termotivasi sikit..hehe
Awek cun dan baik hati atau blog. Aku pilih blog. Sebab? Aku dah berkahwin dan aku jenis SETIA. Haha. <- part paling x boleh bla.. hahah
btw.. semoga berjaya bro
Hahaha..suka ke?dah memang saya jenis setia bro…kahkahkah
memang ambil masa kan kalau hendak berjaya. fyna pun masih lagi merangkak-rangkak dan banyak lagi nak kena belajar.
semakin cantik ranking alexa. good luck. fyna pun dah lama tak check ranking. rasa macam teruk je sekarang nih.
Emm teruk ke?saya rasa elok je tu..haha..terima kasih fyna atas pendapat peribadi ni..hehe
Mnaerik artikel ni,memang diakui untuk blog baru memang sukar nak bertatih di dalam arena blogging ni.Selain itu kita kena bekerja keras memantapkan penulisan agar pembaca tertarik dan ingin melawat blog kita selalu
Emm betul tu bro..bila penulisan dan artikel kita boleh menambat hati pembaca, secara tak langsung traffic akan meningkat..tapi bagi saya, sampai sekarang masih belum berjaya menambat hati pembaca dengan gaya penulisan saya ni.hehe
mmg ada yg beranggapan buat blog terus ramai org datang
terus dpt byk duit…
bila dah tahu semua susah… terus putus semangat.. hehhe
sbb tu x glakkan berblog utk wang.. kan
Emm betul tu Sop..wang ni bagi blog baru macam saya sekadar selingan jer..Saya dulu pun masa buat blog bukan nak buat duit..tapi sekarang bila dah dapat duit dari blog, rasa seronok pulak..haha
gua kalau buat bulan tujuh nih maknanya lepas bulan sepuluh lah baru buat duit haha
Haha..hebat2..memang blog bro sekarang ni saya rasa nampak hebat jer..haha..
alamak tak sangka ada teknik pantas membaca blog…terima kasih tuan punya tanah.
Hehe..sama-sama..nanti boleh lah diamalkan jika masa yang ada agak terhad..hehe
hehe…blogger baru byk lihat nak jana duit je dr blog sampai hilang feeling berblog.
Salam, nak buat duit dengan blog ni bukan mudah… Melainkan blog kita ada niche tertentu, ianya lebih mudah mendapat trafik. Dan insyaAllah jualan pun tak akan putus. 🙂
Hehe..terima kasih bro..memang betul apa yang bro katakan…
Pelan2 kayuh,guna stategi baik,insyallah dapat pulangan nya.
hehe..insyaAllah..terima kasih bro atas nasihat ni..hehe