Mayat Bayi Kerat 15 Petanda Hati Sudah Mati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mana pergi rasa kasih dan sayang?

Kemana menghilangnya naluri kemanusiaan?

Adakah tidak terlintas belas kasihan dan belas ihsan dalam hati mereka?

Walaupun sedikit?

bayi-yang-tidak-berdosa

TUBUH bayi yang dikerat 15 yang dikutip dari perangkap sampah. FOTO ihsan saksi – See more at: Harian Metro

Serius. Kisah yang dilalui oleh bayi yang tidak berdosa ini sangat menyanyat hati. Sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa aku selaku seorang ayah kepada dua orang anak.

Manusia mana yang tak sayang kan anak…

Sedangkan binatang pun ada rasa kasih dan sayang pada anak sendiri…

Bayi dikerat 15 bukanlah satu penyelesaian kepada masalah yang korang ciptakan sendiri. Bak kata pepatah, pandai makan pandailah simpan. Dan cara korang simpan apa yang korang makan ni memang tak logik.

Tak waras dan langsung tidak menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Ilahi. Walaupun dalam apa jua situasi, genting dan getir sekali pun, kita masih ada pilihan selain melakukan cara terakhir macam ni. Tengok bayi menangis pun dah rasa nak mengalirkan air mata. Apatah lagi nak seksa dan dera bayi yang tidak berdosa.

Jauh sama sekali.

Manusia yang bersikap kejam macam ni, dah tak ada rasa. Hati dah hitam dan mati dengan begitu serius sekali. Seakan-akan mereka berpandukan kepada bisikan syaitan semata-mata.

Sedarlah wahai anak muda sekalian. Walaupun apa bangsa sekalipun, apa anutan sekalipun, janganlah sesekali bersikap kejam macam ni. Tak kemana pun. Hari esok, kita tetap menerima balasannya.

Masih belum terlambat untuk korang sedar dan memperbaiki diri.

Hidup didunia tak akan kekal selamanya. Jangan leka dengan keseronokan yang dimiliki. Semua ini hanyalah pinjaman semata-semata. Aku akui, setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesalahan dan juga kerseronokan yang melampau. Tidak dinafikan.

Manusia macam kita ni, tak ada yang sempurna.

Ini bukan kes pertama yang melibatkan bayi. Tak terhitung banyaknya. Biarlah pihak yang terlibat membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Aku hanya mampu berdoa dan memberi nasihat mengikut apa yang termampu.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

52 thoughts on “Mayat Bayi Kerat 15 Petanda Hati Sudah Mati

  1. Uncle Zuan

    kesedaran. kesedaran yang tinggi perlu ada pada semua.

    cctv Allah orang ignore, jadi cctv manusia kena ada di mana mana supaya orang takut nak buat kejahatan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge