Menang Giveaway Dari Blog Popular

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah rezeki pondok kecil dapat hadiah dari blog popular, hatiputera.com. Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan giveaway yang menarik macam ni. Tahniah juga diucapkan kerana beliau dengan jayanya berjaya melancarkan giveaway yang mendapat sambutan hangat. InsyaAllah ada rezeki lebih, pondok kecil pun ingin juga membuat contest untuk meraikan sokongan rakan blogger sekalian. Apa beza contest dengan giveaway yer?

Menang giveaway dari blog popular

Kredit : Laman Murai

Sebenarnya susah juga untuk aku percaya yang aku telah mendapat tempat ketiga dalam giveaway ni. Sebabnya, syarat untuk pemenang dinilai berdasarkan top referral. Bagi aku, bila sebut jer ” referral ” ia adalah satu subjek yang sukar untuk aku kuasai dalam tempoh yang singkat. Banyak lagi ilmu yang perlu aku pelajari dalam arena blogging ni. Siapa tak nak tengok blog mereka terkenal dan popular kan? Hehe. Aku tak nak ulas panjang-panjang berkenaan dengan tajuk ni. Cukuplah aku berkongsi dengan korang semua kegembiraan yang aku rasai sekarang ini. Dan sedikit sebanyak ia membantu merawat tekanan emosi dek contest SEO yang aku sertai. Haha.

Kepada semua rakan blogger, rakan peminat, sahabat baik, musuh ketat dan lain-lain dikesempatan ini aku nak mohon kemaafan andai seminggu dua ni dan seterusnya korang rasa tak selesa setiap kali berkunjung di halaman pondok kecil. Mungkin apa yang aku rasa, korang turut merasai. Sekarang pondok kecil dalam mood contest SEO. Aku harap korang semua setia menjamu apa sahaja juadah yang ada di halaman pondok kecil ni. Sekiranya ada pandangan, cadangan dan kritikan dengan apa yang aku buat sekarang ni, harap korang simpan dulu yer. Hehe. Just kidding jer.

Tak lama lagi tahun 2012 bakal meninggalkan pondok kecil dan kita semua. Segala hajat yang ingin dicapai masih belum terlaksana lagi dalam tahun ni. Tunda lagi untuk tahun 2013. Hehe. Akhir kata, kemenangan ini menjadikan tahun 2012 tahunku yang kacak buat pondok kecil. Kepada mereka yang sedang membaca, sekiranya belum klik G+ untuk artikel iphone 5 gadget impian, boleh la berikan klik berharga tu pada pondok kecil yer. Tanpa sokongan korang, sendulah halaman pondok kecil ini. Hehe.


31 thoughts on “Menang Giveaway Dari Blog Popular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge