Mesti Korang Nak Tahu Kan???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Dan setiap yang bahagia, pastinya akan merasai derita. Tidak terkecuali juga sedih dan gembira. Itulah lumrah hidup yang perlu diterima selaku manusia yang berjiwa raga.

kehidupan
Sekadar gambar hiasan. Kredit : http://shadowness.com/dkznwq

Sudah sekian lama menyepi dalam dunia blogging. Bukan sebab ketandusan idea. Bukan juga kemalasan yang bermaharajalela. Akan tetapi disebabkan oleh satu perkara yang amat mengecewakan. Terasa diri begitu terseksa. Dan terasa juga diri kehilangan ‘POWER’ yang selama ini diagung-agungkan.

Begitu hitam lagi gelap dunia kehidupan seorang blogger. Hasil didikan sempurna mereka yang mencipta peristiwa. Tewas dengan mainan perasaan sendiri. Sampaikan terpaksa menyepi untuk seketika.

Banyak sudah perkara yang dialami.
Pelbagai warna yang hadir menyeri.
Ada hitam lagi gelap yang menyirami.
Tidak terkecuali juga puteh cerah berseri.

Begitulah adat resam kehidupan seorang blogger. Ada kala hati riang gembira. Ada ketika hati muram seribu bahasa. Ambil dan himpunkan. Jadikan ia jambatan menuju ke puncak jaya. Mainan perasaan dilayan jangan. Dibiar pun jangan sekali. Awasilah selalu agar selari dengan tindakan diri sendiri.

Kekecewaan itu sebenarnya bakal merumitkan lagi pendakian diri menuju ke puncak kejayaan. Jangan biarkan ia menjadi tembok yang akan terus membeku dalam diri. Cairkan ia seberapa cepat yang mampu. Agar langkah yang diaturkan ini tidak terhalang oleh tembok ais yang keras lagi sejuk membeku itu.

Ok. Penulisan yang agak ‘CUAK’ untuk hari ini. Haha. Tak sangka, boleh juga aku menulis ala-ala sastera gitu. Mesti korang bangga sebab ada rakan blogger macam aku kan?

Haha…

Banyak perkara yang terjadi semenjak dua ni. Paling tak best, komisen untuk jualan Panduan Exam PTD langsung tak masyukkk. Paling teruk, dapat 5 klik aje sepanjang promosi berlangsung.

klik
Aku terpaksa BLUR kan beberapa perkara. PRIVASI laaaa sangatttt!!!

Sebelum ni, paling sikit pun dapat satu sales. Paling banyak pun satu sales juga. Tapi kali ini, tak ada sales pun. Mana tak kecewa bila kena dugaan macam ni. Dan ayat cover yang selalu aku guna : “Emm tak apa lahhh. Tak ada rezeki kannnn…”

Walaupun begitu, masih ada lagi berita gembira di penghujung bulan Oktober 2014 ni. Komisen putu sentiasa ada. Namun statusnya masih dalam VERIFIED lagi.

komisen putu
Tak banyak pun… Tiga sales aje…

Nampaknya, nak kena usaha lagi keras dan gigih demi meraih komisen-komisen ngeri sepanjang bulan yang masih berbaki ini. InsyaAllah. Siapa yang berusaha dia pasti berjaya.

Ok. Sekian sahaja untuk artikel yang membosankan hari ini. Semoga hari esok dan seterusnya, akan dimurahkan rezeki yang teramat sangat oleh-Nya.

Aminnnn!!!

” Korang semua… Sila aminnn kan dengan penuh pengharapan… “

Haha…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

55 thoughts on “Mesti Korang Nak Tahu Kan???”

  1. Assalammualaikum…

    Insaallah boleh janji jangan putus harapan dan berusaha. Semangat berblog nie memang ada masa turun naik … boleh bro, keep up…

    mselim3

  2. Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam.

    Dalam hidup kena ada up & down, barulah rasa nikmatnya hidup.

    All the best dalam kehidupan, bro. Tak salah nak bersedih tapi jangan lama sangat, banyak benda lagi nak buat dalam hidup ni.

  3. Biasa laa tak dapat komisen kepuk2 nak buat camner.. Utk kastam dulu dapat gak 3 ketul rm150 dengan kos fbads usd70. Tu pun hutang usd20 ada lagi. Hahaa.. Utk ptd nehihaa

  4. Inilah dunia blogging, ada pasang dan surutnya. Blogging tidak selalunya indah….teruskan berusaha bro. Memang nikmat bila dapat komisen walaupun nilai nya sedikit. Tapi berkat berusaha yg sedikitpun terasa banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *