Muaz Faris dan Google Adsense

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Muaz Faris nama panggilan,

Part time kerja sebagai blogger,

Google Adsense menjadi pilihan iklan,

Giveaway disedia buat habuan rakan blogger.

Hehe. Sedikit pantun hasil karya sendiri buat pendahuluan untuk entri Muaz Faris dan Google Adsense. Memang tidak dinafikan lagi bahawasanya pengiklanan melalui Google Adsense mampu menjana pendapatan yang agak menguntungkan. Namun untuk memperolehi pendapatan lumayan sebegini tidak lah mudah sepertimana yang disangkakan.

Bak kata pepatah, jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Begitulah ibaratnya. Apa yang aku tahu, untuk membuat permohonan Google Adsense, kandungan blog mestilah dalam Bahasa Inggeris. Ya semua rakan blogger mungkin dah sedia maklum. Kalau kandungan blog dalam Bahasa Melayu, jangan mimpilah permohonan hendak diluluskan. Yang pakai blog Bahasa Inggeris pun ada juga permohonan yang ditolak. Entah kat mana silapnya dan entah kat mana salahnya.

Dan mungkin ada juga rakan blogger yang kecewa dengan hasil pendapatan Google Adsense. Pendapatan yang diperolehi oleh Muaz dalam sehari pada tarikh 07 September 2012 amat mengembirakan hati beliau. Sampaikan buat giveaway lagi. Mana taknya, pendapatan Google Adsense pada tarikh 07 September 2012 bagaikan pendapatan terkumpul selama 5 hari. Kalau sehari kebiasaan Muaz dapat RM100, maknanya Muaz akan dapat RM500 pada tarikh 07 September tu. Wow menarik. Sangat menarik. Mungkin mereka yang tak bernasib baik macam Muaz kena ubah penyusunan iklan tu balik sepertimana dalam entri beliau yang bertajuk Tips iklan guna Google Adsense di Blog Bahasa Melayu.

Mungkin dalam buku yang hendak diberikan oleh Muaz, menceritakan segala-galanya berkenaan Google Adsense. Wahhh beruntunglah kepada sesiapa yang bakal memilikinya. Dan buku “Blog + Google AdSense = Duit” yang disediakan sekarang ini, mungkin dah menjadi bualan rakan blogger sekalian. Mana nak dapat buku yang free macam ni kalau bukan sertai giveaway anjuran Muaz ni.

Terdetik juga dihati untuk buat permohonan Google Adsense ni. Tapi tahap kemahiran aku dalam berbahasa Inggeris masih berada ditahap yang amat membimbangkan. Aku tahu tak sukar untuk mewujudkan entri tiruan. Just copy artikel dalam Bahasa Inggeris, kemudian paste ke dalam blog kita. Senang kan. Nak lagi susah, ada. Beli satu novel dalam Bahasa Inggeris, kemudian taip jer isi dalam buku tu ke dalam entri blog. Satu hari 2 helaian muka surat. Sebulan, dah habis satu novel. Tak payah nak pening-pening memikirkan entri dalam Bahasa Inggeris.

Amacam? Ok tak ideal aku ni? Hehe.

[quote style=”1″]Blog MuazFaris dot com telah menggunakan Adsense oleh Google sejak mula berblogging lagi dan kebanyakkan earning adalah dari Google Adsense selain Cek Nuffnang buat Pertama Kali.[/quote]

Menarik betul kan blog Muaz ni. Dan setia dengan Google Adsense sampai sekarang. Ini bermakna Google Adsense benar-benar memberi pulangan yang menguntungkan dan tidak merugikan. Kalau tak ada faedah, kenapa Muaz setia dengan Google Adsense kan? Fikir-fikir kan lah.

Menurut cerita dalam entri Muaz yang bertajuk Tutorial Cara Letak Google Adsense di Blog Bahasa Melayu, Google akan membayar mengikut USD, bermakna 1USD bersamaan dgn RM3. Bunyinya menarik kan. Mungkin dengan Google Adsense ni matlamat aku untuk menjadi full time blogger tercapai. Hehe.

Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris. Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.

51 thoughts on “Muaz Faris dan Google Adsense”

  1. GA memang bagus, tapi yang tak bagusnya banyak sangat rules yang kadang-kadang macam sengaja diada-adakan bila terlalu banyak earning. And i got too many experience regarding this issue 🙂

    Apa pun kalau korang setia dengan pengiklan Malaysia macam nuffy dan Innity, korang akan dapat hasilnya. RM300 sehari tak mustahil 🙂 Betul, tak tipu…

    Cuba tanya pakcik google, ada yang pernah show off pendapatan masing-masing 🙂

        1. Ban… tak apply reinclude. pakai e-mail lain nama lain ler.. x leh pasang kat blog/web yg biasa nih (links pun x leh) takuit kantoi lagik… G+ kan?.. memang penangan GA ok folo T&C, should be OK. Tahniah menang GA MUAZ.. harap buku dapat membantu PK.
          p/s: Biasa lar aggressive sangat time mudo2 dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *