Musim Berwaspada Dengan Keadaan Sekeliling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gerun pula sekarang ni. Nak hidup dengan aman dan damai pun dah rasa macam susah aje. Sedangkan Malaysia telah lama mengecapi nikmat kemerdekaan. Dan beberapa hari yang lepas, kita telah pun menyambut hari kemerdekaan Malaysia 2016. Tetapi masih gerun lagi untuk hidup dengan aman dan damai.

freedom

Sekadar hiasan : Google images

Kenapa???

Sebabnya ialah serangan Virus Zika dan Nyamuk Aedes. Yang ni memang susah dimerdekakan jika sikap kita sendiri yang acuh tak acuh terhadap keadaan sekeliling.

Kelmarin sempat melawat hamba Allah yang telah meninggal dunia disebabkan oleh serangan Aedes berdarah. Dan aku difahamkan bahawasanya sudah dua orang warga Besut yang meninggal dunia disebabkan serangan nyamuk Aedes.

Selang satu minggu. Amat menggerunkan.

Walaupun begitu, kita tak boleh lari daripada menghadapi saat-saat kematian yang bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Jika boleh, dan jika di izinkan, biarlah aku pergi dalam keadaan yang sempurna dan tidak menyusahkan. Aminnn…

Zaman sekarang…

Macam-macam hal berlaku. Macam-macam penyakit ada. Tak macam zaman orang tua-tua dahulu. Yang kebal daripada sebarang penyakit. Yang dah berusia 80 tahun, tapi masih gagah melangkah dan masih mampu untuk mengerjakan amal ibadah semacam orang berusia 30-an.

Sebenarnya bukan susah nak cegah aedes ni. Hanya perhati dan pastikan kawasan rumah bebas daripada sebarang bekas yang boleh menakung air. Elakkan pembiakan jentik-jentik. Dan aku difahamkan juga, nyamuk Aedes dia tak boleh merempit sejauh 1KM.

Aedes_aegypti_CDC-Gathany

https://en.wikipedia.org/wiki/Zika_virus

So, aku nak tanya korang la….

Susah sangat ke nak pastikan kawasan rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes???

Tak kan dah terhantuk baru tengadah. Kan?

Bila kita renung balik, rupanya sikap kita yang acuh tak acuh yang menjadikan Aedes membiak dengan begitu sempurna.

Bukan nak kata korang macam-macam. Tapi aku pun sama jer.

Kadang-kadang terleka dan beranggapan itu perkara biasa. Beli air kelapa dalam bekas plastik, habis minum buang atas tanah. Sedangkan bekas tu boleh jer kita buang dalam tong sampah.

Apa sahaja benda yang boleh dibuang melalui tingkap rumah, aku akan buang dan campak tanpa mengambil kira faktor yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.

Kejamkan aku? Haha.

Kelmarin sempat membersihkan kawasan rumah. Kutip bekas-bekas yang boleh menakung air. Rupanya banyak juga bekas-bekas yang telah menakung air. Yang dah ada jentik-jentik pun banyak. Maklum aje la. Sebulan sekali nak jumpa aku kemas kawasan rumah memang susah.

Yer la. Sibuk dengan kerja tanpa mengambil peduli kawasan rumah yang bila-bila masa sahaja boleh menjadi port aedes membiak.

Pas ni, akan teruskan komitmen untuk mewujudkan suasana dan kawasan rumah yang bebas daripada jentik-jentik. Harapnya bukan hangat-hangat tahi ayam la. Haha.

Korang macam mana? Jom sama-sama memastikan kawasan rumah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

10 thoughts on “Musim Berwaspada Dengan Keadaan Sekeliling

    1. hafizul Post author

      Yup..betul tu.. setuju dengan apa yang diutarakan.. itulah masalah saya ni.. kadang2 rasa macam malas jer nak buat semua tu.. rasa macam tak penting pun ada kadang2 tu.. tapi bila dah ada kes, mula la gelabah tak tentu pasal.. haiya…

      Reply
    1. hafizul Post author

      Yup..betul tu.. ramai yang tak sedar betapa pentingnya pencegahan ni.. termasuklah diri saya sendiri.. haha.. but pas ni kena alert selalu akan kebersihan rumah… dalam dan luar..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge