Nak Antivirus Kaspersky Internet Security?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Hari ni aku malas sembang panjang sangat. Malas nak buat ayat bunga-bunga. Malas nak buat pendahuluan yang menggoda. Dan paling penting, aku malas nak konar sana, konar sini. Terus kepada isi penting sahaja.

straight-to-the-point
Sekadar gambar hiasan : Google images

Haha. Gelak lu kejap. Tak salah kan?

Tak ada yang “SPECIAL” hari ni. Cuma nak kongsikan sepatah dua kata berkenaan dengan Antivirus Kaspersky Internet Security. Ataupun dalam short font nya KIS. Aku tahu. Ramai yang dah kenal dengan KIS ni. Salah satu perisian Antivirus yang terkemuka di Malaysia. Global juga tidak terkecuali.

Begitu juga dengan aku yang sudah menjadi peminat setia dan tegar KIS ni. Sudah lebih 6 tahun menggunakan perisian KIS ni. Setakat hari ni aku sangat berpuas hati. Setahun lesen yang diberikan amatlah berbaloi.

Kelebihan Antivirus Internet Security Original

  1. Boleh guna selama setahun (365 Hari). Cukup 365 hari, lesen akan luput. Dan sekiranya korang berminat untuk meneruskan lagi perkhidmatan KIS, boleh beli lesen yang baru. Dikedai komputer ataupun dilaman web KIS.
  2. Boleh digunakan banyak kali dalam setahun asalkan korang simpan lesen KIS baik-baik.
  3. Tidak mengganggu kelajuan komputer. Asalkan komputer korang sebelum ni “performance” dia tidak ada sebarang masalah.
  4. Melindungi maklumat sulit (Financial Information) apabila korang sedang menggunakan perbankan atas talian (online), sedang shopping kat Lazada dan payment system.
  5. Boleh mengawal penggunaan webcam di komputer korang tu. Maknanya disini dengan adanya KIS korang tidak akan “diskodeng” dengan sesuka hati. Korang ingat bila korang sedang online, korang akan selamat? Tidak sama sekali kecuali laptop korang tu tak ada webcam. Ataupun webcam itu disaletipkan. Haha. Susah aku nak terangkan. Harap korang faham la yer.
  6. Boleh melindungi data di dalam rangkaian terutama sekali apabila melibatkan transaksi menghantar dan menerima data daripada komputer orang lain di dalam rangkaian yang sama.
  7. “Dangerous Website”. KIS  juga akan melindungi browser korang daripada melayari laman web yang dikategorikan sebagai bahaya. Maklum aje la. Kita kadang-kadang terleka. Kadang-kadang tidak tahu pun laman web itu selamat ataupun tak.
kaspersky-internet-security
Ini dia barangnya….

Ok. Serba sedikit kelebihan yang dapat aku kongsikan. Nak tahu lebih lanjut, korang kena pakai dulu. Tak ada pengalaman lagi, memang susah korang nak faham apa yang aku cuba terangkan.

Jadi, kalau nak beli, korang boleh emelkan permohonan korang tu di :

mohd_hafizul@pondokkecil.com
Nak letak nombor telefon, tapi takutla. Bimbang akan ada awek “mari” yang duk sms malam-malam buta. Pelik lagi menggoda. Takut ehhh….

Harganya RM145.00 (3 Lesen/1 Tahun).

Harga tersebut harga yang aku sendiri tawarkan untuk korang semua. Hanya sah untuk 3 unit komputer sahaja. Jangan mengada-ngada nak pakai lebih yer.

Tawaran hanya untuk penghabisan stok bulan MAC 2015 sahaja. Tak banyak dah tinggal. Dua kotak aje lagi. Siapa cepat, dia dapat. Boleh bandingkan harga di laman Web LAZADA. Ataupun laman web online yang lain.

Frequently Asked Questions (FAQ).

Siapa yang boleh beli KIS di Pondok Kecil?
1. Semua orang kecuali mereka yang merasa harga diatas itu MAHAL.

Bagaimana cara nak beli?
1. Emelkan aje dengan menyatakan bahawasanya korang nak beli KIS tu. Lepas tu, ikut arahan selanjutnya.

Apa yang akan saya perolehi apabila membeli disini?
1. Tak ada apa yang korang akan dapat kecuali nombor lesennya sahaja.

Installer KIS nak cekau kat mana?
1. Apa susah-susah. Download aje kat SINI.

Setakat tu jer untuk hari ni. Aku nak clear stok untuk bulan MAC 2015. Sesaje gatal tangan nak promote kat sini. Semoga ada yang sudi membelinya. Hahahaha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

29 thoughts on “Nak Antivirus Kaspersky Internet Security?”

  1. aku dulu pernah pakai KIS ni, tapi tak pernah pakai ori.

    tak tahu lah, spek laptop aku tak boleh angkat kot sampai sistem lambat macam siput. Biasa la, RAM 512MB. Hahaha… tahun 2008 tak silap.

    haha.. lepas tu serik, pakai antvirus kena juga. macam-macam try pun kena juga, maklum la pendrive x tapis2. lagi satu download software crack banyak sangat, sampai virus ni dah jadi imun da. macam kawan! haha…

    Sebenarnya risau juga soal security ni, tapi sebab file & folder pun tak housekeeping lagi, malas nak beli. haha… kena ada laptop baru dulu kot baru beli! huhu… laptop baruuuuuuuuu….

    Bagi yang nak beli dengan abam kita ni, nanti bleh la tulis review. 😀

    kipidap! 😀

  2. Antara antivirus yang terbaik pernah aku pakai. Tp syg, laptop jadi slow bila pakai. Mungkin spec laptop yang tak tip top agaknya.

    Skrg ni tak pakai apa2 antivirus. Just pakai windows defender. Bertahun dah alhamdulillah serangan virus dapat ditepis.

    Tp KIS ni mmg bagus, one of the best lah.

    1. Haha..selama saya pakai tak pernah pulak jadi lagu ni.. Ok jer.. Pernah kena sekali.. Tapi dia tak buang file tu..dia cuma hidden aje.. Masih boleh diselongkar file tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *