Nak Main Affiliate Hati Mau Kental

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Betul ke tak?

Nak main Affiliate hati mau kental?

Nak Main Affiliate Hati Mau Kental

Sekadar gambar hiasan : 10 ayat-ayat kacak Albert Einstein…

Aku rasa ada betulnya juga. Kenapa aku harus setuju dengan pernyataan tersebut?

  1. Dah banyak kali dah aku makan hati gara-gara link affiliate tak menjadi. Ada ketika pembeli terlepas begitu sahaja disebabkan laman jualan kena “This Account Has Been Suspended”.
  2. Stress bila menjawab soalan “Kenapa laman jualan tak leh masuk? Akak nak beli panduan ni segera!”
  3. Sekali kena complain “Alahhhh. Cakap tak serupa bikin”, bisanya terasa berhari-hari. Tapi situasi macam ni, aku tak pernah alami lagi la. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman dari membaca kisah-kisah rakan blogger.
  4. Sebulan, satu komisen pun tak dapat. Memang terasa fed up juga la.
  5. Kecewa tak dapat buat sale yang banyak kerana tak mampu untuk memberi sepenuh perhatian apabila ada pihak terlibat menganjurkan contest top 10 Affiliater.
  6. Dan banyak lagi perkara yang mendukacitakan. Korang yang main Affiliate ni, mesti hati dah kental punya kan?

Lagi kental apabila tiap-tiap bulan komisen masuk. Affiliate produk A bermasalah, ada affiliate produk B sebagai backup. Tapi hati aku tak kental sangat pun untuk mempromosikan produk Affiliate yang berbeza.

Tetiba pula teringat akan kisah yang pernah dikongsikan oleh rakan blogger pada artikel yang bertajuk pilihan, suntikan dan perubahan. Korang boleh baca artikel tersebut. Sekurang-kurangnya artikel itu menaikkan semangat aku untuk terus berjaya dalam program affiliate.

Memang betul kan. Untuk menjana pendapatan sampingan daripada program Affiliate, kita tak boleh menumpukan perhatian pada satu-satu produk sahaja. Produk yang kita ada, yang kita promosikan mestilah pelbagai. Sebagai backup money, itulah perkara yang harus dilakukan.

Aku sedar akan hakikat tu. Tapi macam selalu la. Bila dah ada keluarga ni, masa lapang yang ada, tak banyak mana pun sebenarnya. Siang kerja. Malam lain pula kisahnya. Bila dah masuk jam 12 malam, mula la masuk kelambu cari isteri. Haha.

Hari cuti pula, bukan boleh online lama-lama. Sibuk dengan anak sulong yang suka sangat tengok cerita upin ipin. Naik jemu dah aku tengok cerita yang sama.

Tapi semua ini bukanlah alasan yang sangat besar. Semua tu atas pengurusan kita sendiri. Kita yang tentukan arah mana yang hendak dituju. Betul tak?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

46 thoughts on “Nak Main Affiliate Hati Mau Kental

    1. hafizul Post author

      Orait bro..terima kasih banyak-banyak..emm memang suspend..sampai ke hari ni..naik tension gak la..sedih pun ada…sebab tu nak kena main banyak produk affiliate…kalau harapkan satu, memang jeng kreng sokmo..haha..terima kasih bro sedapkan hati saya ni..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge