Nak Semangat Dalam Bekerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kerja. Kerja. Kerja. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, terasa kerinduan di zaman persekolahan. Begitu seronok apabila berada di alam persekolahan. Gelak ketawa dan sedu sedan bersama rakan sebaya menggamit memori lalu. Entah kenapa dan entah bagaimana ia terjadi. Hati memberontak untuk mendapatkan perhatian. Setelah sekian lama, hati ini juga mengenal erti jemu. Erti puas dan erti lemah. Mencari sesuatu kelainan untuk memberikan semangat dalam bekerja.

semangat dalam bekerja

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Tidak dinafikan. Perhatian daripada majikan merupakan salah satu rawatan yang paling berkesan dalam memulihkan semangat kerja. Majikan yang baik, majikan yang bertanggungjawab sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya. Sentiasa bijak dalam menilai prestasi pekerja-pekerjanya. Majikan pun manusia biasa juga. Diberi kelemahan dan kelebihan lebih kurang sama dengan manusia yang lain. Kadang-kala majikan ada juga yang terbawa-bawa masalah peribadi ke pejabat. Ini merupakan faktor yang paling baik dalam meruntuhkan emosi dan semangat kerja anak buahnya.

Tidak sahaja majikan. Persekitaran sekeliling juga mempengaruhi semangat untuk bekerja. Persekitaran yang selesa dan terhindar dari pencemaran bau boleh meningkatkan semangat kerja. Kita kerja bukan sejam dua. Kadang-kadang sampai 10 jam kerja. Berada pula dalam persekitaran yang tidak selesa. Jarang berlaku juga. Ada insan yang selesa bekerja dalam suasana persekitaran begitu. Tidak dinafikan. Dalam seribu ada seorang dua yang pelik.

Hubungan sesama rakan sekerja haruslah dijaga. Kita kerja dengan ramai orang. Nak tak nak kenalah cuba untuk jadi yang terbaik di antara yang terbaik. Nak kena belajar cara bergaul dan cara berbicara. Lagipun kita kerja bukan untuk sejam dua. Kita kerja sampai 8 jam. Sampai 10 jam kena hadap muka rakan sekerja. Selama tempoh tu, tak kan nak diam membisu jer. Korang cara korang, aku cara aku. Tak kena macam tu. Macam aku ni lainlah. Aku ada blog Pondok Kecil. Korang tak nak sembang dengan aku, tak apa. Sekurang-kurangnya masa aku free, tak ada yang kacau. Boleh aku update blog. Kena caranya, dapat pula pendapatan ke 15 dari Jobdirumah. Siapa yang untung dan siapa yang rugi sekarang ni. Kan?

Tak. Aku bukan curi tulang masa kerja. Aku buat kerja juga. Aku cari duit lebih untuk tanggung perbelanjaan seharian. Nak harapkan gaji, memang tak kaya lah aku. Lagipun aku buat kerja pada masa FREE. Masa yang aku benar-benar tak ada kerja nak buat. Daripada buang masa duk termenun jer, baik aku cari duit sposen dua. Itupun salah ke?

Ya. Kerja aku banyak yang tertangguh. Tapi siapa suruh aku buat kerja yang melangkaui batas kemahiran aku. Aku bukan pandai dalam setiap hal. Bagi aku kerja bancuh air la kalau nak siap cepat. Tak pun kerja typing. Paling cepat aku boleh taip, 100 patah perkataan dalam seminit. Ni tak. Korang bagi aku kerja edit gambar. Nak edit pulak kasi licin kulit muka. Mana aku pandai. Sebab tu aku kena ambil masa. Kena tanya dekat pakcik google nak buat macam mana. Kalau pak cik google ajarkan cepat, cepatlah muka korang siap. Kalau lambat, lambatlah. Ini pun nak jadikan isu ke?

Nak cari semangat dalam berkerja ni bukan susah. Semua itu bergantung pada diri kita sendiri. Kita yang mengubahnya dan kita yang tentukan. Emosi juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan kita semangat kerja. Gembira kita hari ni, maka semangat lebih lah nak buat kerja. Sedih kita hari ni, maka semangat kuranglah nak buat kerja. Itu belum masuk bab isteri suruh tidur kat luar. Belum bab Isteri Minta Cerai. Belum bab Tingkap Terbuka, Cobaan Pencuri Masuk Ke Rumah. Kalau sentuh bab tu, kelaut lah semangat kerja aku.

Walau apa-apa pun perasaan dan emosi korang saat ini, cubalah untuk bersemangat dengan kerja korang tu yer. Cuba cari dan cuba gali semangat korang yang hilang tu. Ingat kenangan manis bersama kekasih ke. Ingat kenangan indah malam pertama ke. Ingat muka selamber anak kat rumah ke. Dan apa-apa lagi kenangan yang boleh membangkitkan semangat kerja korang. Aku tahu korang mesti boleh lakukan. Dan ini sahaja nasihat dan pandangan aku buat mereka yang tercari-cari semangat dalam bekerja. Lepas ni aku harap ada keyword menarik dan tertarik pula yang masuk dalam kotak dibawah.

semangat dalam bekerja

p/s : Harap korang terhibur. Ni jer mampu aku hidangkan untuk hari ni. Hehe. Tak ada ideal sangat nih. Kering sakan idea aku hari ni. Emm.

49 thoughts on “Nak Semangat Dalam Bekerja”

    1. Haha..carilah..saya kasi dah satu dua tips..kalau tak cukup maaf lah..hehe..emm banyak ke?saya harap lepas ni banyak lagi lah..hehe..terima kasih kak..

  1. ambe baca entri2 santai camni dah cukup semangat

    tp semuanya terpulang pada diri masing2…ada yg nak kena henjut kaw2 baru semangat nak kerja…dah kasi bonus tiap2 tahunpun ada jugak yg masih bermalasan nak kerja

    ada yg langsung tak pernah dapat bonus (macam ambe ni) ada masanya kurang semangat dan ada masanya semangat lebih2…

    jadi, terpulanglah..nak semangat atau nak buat tak semangat…

    panjang pulak dah…hehehe

  2. setuju dengan bro lah, tempat kerja, tempat cari makan hubungan dgn pekerja/kawn lainn kena baik, beza pendapat memang biasa, bukan halangan tapi boleh tingkat ilmu, mutu kerja dan sebagainya.

  3. semua kerja nak buat kena ada semangat heee.. sy dah nak dekat sebulan tak kerja susah gaj nak cri semangat bagun awal buat task2 “itu” ikutkan mmg tak larat tapi set dlm hati sapa nak buat klu bukan sy lagi…

    “kerja makin tangguh tak akn dtg apa2 tpi beban mkin keje mkin banyak adalah”

    lawan negatif jadi positif heee… skrg syukur dah smbuh demam, anak dh baik akhir mggu ni sy dpt keselesaan tu sndri. mula2 tak biasa skrg dh jadi makin hapy dan bersemangat..

    >__< erk,,terlebih merapuh

    1. Haha..setuju tu suri..elakkan menangguh kerja..lagi tangguh lagi banyak..hehe..tapi tu lah kadang2 seronok gak tangguh2 kerja ni..last2 kena marah..hahaha

    1. Hehe..betul tu kan?biasa bagun pagi tu la yang susah nak pergi kerja…pagi2 memang malas..sebab tu sampai ke petang ada malas tu..hehe..terima kasih..

  4. keje saya byk deal dengan customer pelbagai kerenah dan perangai, kalau kene marah pun sabar je, nak cari duit lebih mmglah kene kuat semangat 😉

  5. Memang susah kalau nak cari mood semangat dalam kerja ni kalau majikan tak ambil kisah tentang pekerja,tapi kita sebagai pekerja kena la bagi persepsi yang terbaik.

  6. kalau kita semangat dalam bekerja pasti akan medapatkan hasil yang memuaskan seperti anda
    sangat inspiratif dan patut untuk dilakukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *