Oh First My Son… You Are Clever Boy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedar tak sedar, hampir 4 bulan anak aku bersekolah di Tadika Yayasan Islam Terengganu, cawangan Besut. Sedar tak sedar jugalah anak aku dah semakin pandai. Clever boy. Dan dalam sedar tak sedar itulah ada timbulnya perasaan teruja untuk lebih menghabiskan masa melayan “kepandaian” yang dimilikinya saat ini.

my son clever

Namun hakikatnya, tak banyak masa yang ada. Yang mampu aku habiskan untuk melayan kepandaiannya. Maklum aje la. Sejak beranak dua, dah jarang aku habiskan masa bersama dengan anak sulong.

Yang kedua ni, nampak gayanya dah ada sifat cemburu. Gamaknya cemburu buta la. Dengan abang sendiri pun nak jeles. Naik stress gak kadang-kadang tu. Tapi apa boleh buat. Dia masih baby dan masih belum mampu berfikir dengan waras. Haha.

Bagi abang air, dia pun nak air juga.

Bagi abang biskut, dia pun nak biskut juga.

Kalau beli roti, kena beli dua. Sama jenis pulak tu.

Naik kereta, abang duk seat depan, dia pun nak duduk seat depan juga.

Kadang-kadang aku rasa macam aku ada anak kembar. Tapi seronok juga. Sebab gelagat diorang ni buat kami sekeluarga rasa bahagia. Pengubat duka ibu dan ayah la kot.

Alhamdulillah. Nampak gayanya dia semakin rajin belajar. Ada masa free, dia buat aktiviti mewarna. Ada ketika dia sambung titik. Tapi bila tak ada titik untuk dia lakar, fail habis result nya.

Nombor tujuh kelihatan macam simbol “>”.

Malam tadi, dia melukis. Ada pokok, ada ayah yang sedang tengok pokok.

“Ayah, abang buat pokok…”

 “Ni ayah. Duk tengok pokok…”

pokok dan ayahnyaComel je muka ayahnya. Haha.

Setiap hari aje jer perkara baru yang ditunjukkan. Semoga rajin belajar yer nak. Walaupun ayah tahu, kat tadika bukan main aktif la yer. Lompat sana, lompat sini. Kejar sana, kejar sini.

Kesian betul la kat cikgu yang mengajar. Haha. Semoga tabah yer cikgu dengan kerenah anak sulung saya ni.

Korang yang ada anak, mesti dah lalui apa yang aku sedang lalui ni. Sweet kan? Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

10 thoughts on “Oh First My Son… You Are Clever Boy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge