Ole-Ole Sempena Karnival TM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena karnival TM yang bertempat di Jerteh Souq minggu lalu, aku berkesempatan untuk melawat tapak gerai jualan TM. Aku tertarik dengan satu alat yang diberi nama EVDO Wireless Router. Alat ini boleh akses internet tanpa penggunaan wayar telefon. Siap ada wireless lagi tu. Disediakan juga 4 port untuk sambung kabel RJ45.

Emm kenapa aku snap posisi ni????

Bagi aku orang kampung memang teruja bila adanya teknologi macam ni. Tak pernah lagi aku jumpa alat ni. Dan hari tu jugak selepas diberi sedikit taklimat oleh pegawai TM, akhirnya aku melanggan perkhidmatan ni. Sekarang tunggu technician TM datang check coverage. Harap-harap lepas la.

EVDO Wireless Router

Harapnya aku dapat la pakai alat ni. Dah la streamyx tak boleh nak pasang sebab jarak antara point kabinet TM dengan rumah aku terlalu jauh. Itu kata technician TM la. Kenapa lah tak buat dekat-dekat. Sari dua ni broadband aku bermasalah jer. Slow dan selalu putus-putus. Siap tulis entri, tekan publish terus error connections. Kadang-kadang apa yang aku tulis, tak sempat nak save, hilang begitu jer. Sape tak stress kan?

Detect 3G cantik dah...Tapi line bolok sekali..

Lagi satu bila pakai broadband ni, nak bukak banyak browser dalam mozilla pun tak lepas. Haha. Kadang-kadang bila bukak youtube, buka browser lain terus error connections. Itu la antara sebab aku jadi fed up dengan broadband ni. Sampaikan aktiviti aku untuk blogwalking terganggu 100%. Tapi aku bersyukur lagi sebab malam ni dia tak meragam.

p/s : Korang ada pengalaman pakai Broadband macam aku ni?

33 thoughts on “Ole-Ole Sempena Karnival TM”

    1. alat ni dia ikut line GPRS…kata pegawai TM tu la..aku nk try pakai dulu…kalau ok, ok la..kalau tak ok, memang kena setia ngn broadband jer sebb broadband support 3G..

  1. erm..aku mmg takde pengalaman guna broadband lagi…org rumah aku tgh berkira nak beli..tp masih ditahan oleh penasihat utama…hehe =)

    aku pakai wimax jer sekarang, tp setakat ni mmg puas hati..kalau setakat hujan biasa2…mmg takde masalah..

    nak bukak 6-7 tabpun ok…cuma bila bandwidth dah habis, mmg error connection jugaklah…hehehe

  2. tahu tak per bro broadband gitu tgok plk kwsan mana juga .klu kg gigit jari lama sikit hee.e..

    sy pakai wireles tu hee..3 meter pi jauh2 dlm taman blh on lagi hee ..

  3. memang ler ada aku pakai broadband pakej paling celcom yang paling murah, biasanya kerja2 turun naik aku buat kat office pasal superduper laju hehe

  4. betul. sakit hati kalau x sempat nk publish. haha. aku pakai broadband jgk. tp, ok je. bukan ker broadband ni depend on penggunaan kita. contoh kalau kita beli pakej 5GB sebulan, so kalau awal bulan tu buka utube smapai habis 5gb, jadinya next day akan slow tahap gaban lah kan?

    1. Yaa betul tu bro..aku tak kisah sgt kalau line stabil + laju..ni nk update blog pun kadang2 error connections..sape tak sakit hati kan…kadang2 jer ok line BB ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *