Operator Insurans Yang Sporting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini cerita kelmarin punya.

Tapi confirm. Tak basi lagi dan boleh dibaca tanpa ada rasa was-was. Juga tidak mengakibatkan muntah-muntah dan cirit birit. Haha. Korang mungkin pernah alami situasi sebagaimana yang akan korang baca nanti. Apa yang aku kongsikan ni, sekadar perkongsian kosong sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Ya. Sekadar perkongsian kosong semata-mata.

operator insurans yang sporting

Sekadar gambar hiasan : Google Images

Kring…. Kring…. Kring…. Telefon berbunyi. Biasanya ringtone lagu dangdut. Ala lagu memori daun pisang tu. Tapi kebetulan kelmarin dulu dah tukar.

“Assalamualaikum. Ini Encik Hafizul yang smart tu ke?”

“Ha ah…”

“Saya agen insurans dari syarikat WXY dan Z”

“Ha insurans? Sory yer saya tak berminat…” Balas aku dengan nada yang agak lemah lembut dan longlai.

“Tak apa. Tak berminat pun, Encik dengar sahaja…”

“Betul… Saya tak berminat…” Sekali lagi aku memaksa suara untuk bercakap dalam keadaan lemah lembut dan penuh rasa simpati.

“Encik kerja sebagai apa?”

“Cik… Saya betul-betul tak berminat. Lagipun saya tengah drive ni…” Penuh rasa simpatinya aku memohon.

“Tak apa. Boleh tekan butang pembesar suara. Kejap jer saya nak ambil masa. Dalam 10 minit…”

“Cik… Betul… Saya tak berminat.. Apa kata cik bagi tawaran ni kepada orang lain… Biar diorang gantikan tempat saya… Mungkin diorang lebih memerlukan dari saya…”

“Tak apalah. Ini kiranya rezeki Encik. Nama Encik naik dalam sistem kami… Tawaran kepada pihak lain, itu dah memang kerja saya…”

“Saya ambil masa 10 minit jer. Kalau jumpa depan-depan lagi lama masa yang diambil…” Ujarnya lagi. Sampaikan tak ada ruang aku nak celah.

“Kalau depan-depan la best. Boleh tengok-tengok…” Balas aku dengan nada yang agak menggatal dan miang.

“Tak boleh la Encik. Haram. Nanti suami marah…”

“La.. Kenapa suami nak marah? Inikan urusan kerja… Jumpa client..” Aku terus merepek tanpa segan silu lagi.

“Ye la. Urusan kerja pun, kalau kita ada pilihan lain, kenapa harus dibuat pilihan bersemuka dengan client…”

“Nanti suami marah, tak izinkan saya kerja…” Sambungnya lagi dengan nada yang agak kecewa.

“Haha.” Aku gelak.

“Ok la. Telefon saya balik setengah jam dari sekarang. Saya nak selesaikan beberapa perkara di Bank…”

“Ok. Jam 6.00 petang saya call balik…”

tutttttt…..

Selepas setengah jam yang lalu…

Kal Ho Na Ho…. Kal Ho Na Ho…. Har Ghadi Badal Raha Hai Roop Zindagi….

Ok. Aku memang suka main tukar ringtone telefon. Kali ni lagu nustan pula.

“Encik Hafizul dia ke tandas. Mandi. Lama juga. Setengah jam belum tentu siap…”

Tak pasal-pasal aku suruh isteri menipu sunat. Tak apalah. Pengajaran kepada mereka yang tidak menepati janji. Ok. Dialog ni sudah pun diubah suai untuk memberikan kesedapan pada rasanya. Namun, point-point penting masih lagi tepat sepertimana yang berlaku. Sekiranya ada yang terasa, itu hanyalah kebetulan sahaja. Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

38 thoughts on “Operator Insurans Yang Sporting

  1. akubiomed

    Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada sahaja agen dari bank, astro dan bermacam lagi menawarkan produk. Ditolak dengan baik mereka perasaan dan mencari sesuap nasi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge