Pagar Untuk Angsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama menyibukkan diri dengan aktiviti luar rumah, akhirnya siap juga pagar untuk angsa aku tu. Masa yang diambil agak lama juga. Sebulan adalah satu tempoh masa yang lama untuk menyiapkan pagar yang berukuran 20′ x 20′. Maklum la buat sendiri, dan buat seorangan memang mengambil masa sedikit. Tambahan pula tanggungjawab sebagai seorang pekerja haruslah diutamakan dahulu. Aktiviti buat pagar ni boleh diberi perhatian apabila pulang dari kerja jer. Hari cuti sibuk nak balik kampung. Haha.

Setelah sebulan memematkan diri, akhirnya kini aku boleh tersenyum gembira. Walaupun hakikatnya ada sebatang dua tiang yang dah patah. Haha. Apa boleh buat dah tiang tu rapuh. Biasa la tiang beli di kedai memang tak berapa nak keras sikit. Kecuali buat sendiri. Baru puas hati. Mungkin untuk lain kalinya, aku akan buat turus pagar sendiri.

pagar untuk angsa

Sebenarnya kalau nak di ikutkan hati, nak buat yang terbaik untuk angsa ni. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin setakat ni pun dah ok. Untuk apa buat cantik-cantik, buat kemas-kemas. Bukan nak suruh orang puji pun. Cuma nak kurung angsa supaya tak merayau ke rumah jiran tetangga. Kan tak pasal-pasal ada yang tak puas hati pulak. Biasa la kita punya barang mana boleh lepak rumah jiran lama-lama. Jiran punya barang siap makan anak pisang lagi, kita senyum jer. Sampai sekarang anak pisang tu tak besar-besar. Kalau bahasa Besut aku panggil berik.

Sepatutnya kita perlu tahu la. Setakat mana kita cakna akan haiwan peliharaan kita tu. Tak logik langsung kan. Kalau dah kawasan tu kawasan jiran duk menanam, jangan la di lepas haiwan ternakan di kawasan tu. Kalau pelihara lembu, tali yang diikatkan tu jangan la terlampau panjang sangat. Ikat di seberang jalan, tapi molek-molek ada lembu duk makan pucuk pisang kat sini jalan. Adoiii kalau macam tu, lembu tu jual jer kat orang lain. Tahu dah kita tak mampu jaga, jangan la ngada-ngada nak pelihara.

pagar untuk angsa

Sempena Hari Raya Korban ni, sembelih jer lembu tu sedara. Aku halalkan dah semua yang lembu tu makan. Biar lepas ni aman sikit aku nak menanam. Haha. Banyak hal dan banyak ragam yang berkaitan dengan haiwan ternakan ni. Ada satu ketika tu, seorang budak ni sempat lagi bagi minum lembu dengan air yang ditadah luar rumah aku. Tanpa sebarang keizinan dari aku, selamber dia jer duk tadah air bagi minum kat lembu. Aku macam biasa buat muka sposen duk perhati jer budak tu.

Kalau aku kata mak ayah tak ajar, kan nanti marah pulak. Kurang-kurang mintak la izin. Kan tuan ada kat rumah tu. Tapi tak apa la. Kes ni pun aku halalkan juga. Haha. Korang pun mesti ada cerita best jugak berkaitan dengan perangai jiran tetangga ni kan? Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, tips untuk hati yang tenang, sebelum tidur maafkan segala kesalahan orang lain dengan seikhlasnya.

Suka tengok angsa bebas macam ni. Pergi kesana, kesini sambil mengibaskan sayapnya. Yang paling tak best, angsa ni dah kurang makan. Sekali sehari bagi makan pun, makanan tak luak-luak. Mungkin masih teruja dengan suasana baru. Time petang-petang, lepak dekat pagar angsa ni. Mencari ilham untuk menulis blog. Hahaha.

Jom layan Video Ustaz Azhar Idrus ni – Cara mengurangkan sikap marah

Nota : Najis angsa dipercayai boleh mengelakkan kawasan rumah daripada ancaman haiwan berbisa seperti ular.

38 thoughts on “Pagar Untuk Angsa

  1. Kaio

    dulu masa duduk kat kampung merasa jugak lah kena kejar dengan angsa! hahha! 😀 now dah duduk bandar ni. haish.. biasalah kehidupan kota kan…

    tapi tips utk hilangkan perasaan amarah itu bagus. dulu pun aku ada gak masalah quick temper. tapi atas dorongan kawan2. dan pengalaman lalu yang banyak menngajar sedikit sebanyak memberi impak perubahan kat diri aku skrg. 🙂
    Kaio recently posted..Bersama Ducati Australia ke MotoGP 2012 SepangMy Profile

    Reply
        1. hafizul Post author

          kalau bab gaya dan bunyinya memang gerun..tapi satu jer tips sy bila berhadapan dengan angsa..jangan tengok kat mata @ kepala dia..jalan terus jer dan buat selamber..kalau angsa yang sy pelihara ni, ok jer ngn tuan dia..siap boleh gosok lagi..manje sungguh..hehehe

          Reply
    1. hafizul Post author

      emm sepasang jer bro..baru nak start pelihara..dulu pelihara ayam dah..habis satu reban orang bahang..geram molek rasa..harapnya angsa ni budak2 tak curi la…

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha..terima kasih bro..emm budak2 la..itu pasal pelihara angsa pulak..budak takut sikit..yang senget tu rasa menyampah jer tgok..adoiii…

      Reply
  2. Pingback: Kau Pergi Jua - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge