Peluang Kerja Online Bersama TaskV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semakin lama kita hidup, semakin banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Masalah dengan keluarga, kesempitan wang ringgit dan seribu satu hal duniawi yang terpaksa kita tempuhi. Walaupun bukan keperitan yang dipinta, namun ia senantiasa hadir menyapa.

Orang-miskin
Sekadar gambar hiasan : Google Images

Begitulah lumrah hidup manusia dimuka bumi ini. Asyik duk hadap yang manis-manis aje pun tak boleh juga. Sekali sekala kena rasa gak nikmat kepahitan dan keperitan sebuah kehidupan. Barulah hidup ini “Colorful”. Tak gitu?

Ok. Nampak gayanya ranking Alexa Pondok Kecil sudah berada dalam keadaan yang agak mendukacitakan. Padan muka! Inilah habuan untuk insan yang malas lagi memalaskan. Haha.

ranking alexa pondok kecil
Melampau kan? Haha…

Hari ni, macam biasalah. Aku tak nak sembang panjang dengan korang semua. Apa yang aku nak sampaikan hari ini ialah peluang kerja online bersama TaskV. Pernah dengar nama TaskV? Tak pernah kan? Jadi hari ni, marilah sama-sama kita mengenali siapakah TaskV yang sebenarnya.

Taskv? Apa tu?

TaskV merupakan laman ataupun website yang menempatkan beribu-ribu peluang kerja online. Bila aku tengok “isi” di laman web tersebut, ianya lebih kurang sama dengan laman web Jobdirumah. Fungsinya sama iaitu menawarkan kerja atas talian (online).

Pengasas laman kerja online TasV merupakan rakyat Malaysia. Bumiputera dan orang melayu. Yang selebihnya, malas aku nak ulas kat sini. Haha. Boleh macam tu?

Apakah kelebihan TaskV?

  1. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, bila dah selalu masuk laman TaskV aku boleh mendalami lagi Bahasa Inggeris. Pendek kata, kalau berkawan dengan orang jual minyak wangi, korang akan kena tempiasnya. Wangi sepanjang masa. Berkawan dengan Mat Salleh, korang akan fasih berbahasa Inggeris. Walaupun hakikatnya ayat korang itu bertaburan. Pronunciation entah kemana, verb lintang pukang. Tetapi picking mantap, orang boleh faham dah.
  2. Walaupun TaskV dalam bahasa Inggeris, korang boleh berhubung dengan support team menggunakan Bahasa Melayu. Adakah korang tak gembira dengan apa yang ditawarkan?
  3. Melalui TaskV.com korang tidak perlu ada profil dan membida kerja yang di tawarkan oleh majikan. Sebaliknya ia mengunakan kaedah permohonan kerja biasa iaitu menghantar resume dan cover letter terus kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut. Cukup senang berbanding dengan Jobdirumah.
  4. Dah la tu untuk hari ni.

Nak tahu lebih lanjut lagi, apa kata korang tengok sendiri di laman tersebut. Klik aje link kat bawah ni. Setiap klik yang anda berikan, ianya adalah PERCUMA. Haha.

>>> Laman TaskV (Laman Kerja Online)

Korang tengok-tengok aje dulu. Kalau berkenan baru buat keputusan. Aku tak paksa pun korang semua. Aku cuma nak kongsikan aje. Haha.

kerja online bersama taskv
Inilah dia contoh kerja yang ada di laman TaskV

Aku sarankan buat mereka yang masih belum dapat kerja. Yang sedang mencari pekerjaan sambilan. Yang tertekan sebab tanaman anggur tak menjadi. Marilah pakat singgah ke laman TaskV. Tengok kerja mana yang sesuai dengan selera korang semua. Ye?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

18 thoughts on “Peluang Kerja Online Bersama TaskV”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *