Penawar Kayap Tapak Anjing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Penawar yang paling mujarab adalah memohon pertolongan kepada Allah agar penyakit itu segera disembuhkan kerana semua itu berlaku dengan izin-Nya. Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk mengambil sejenis pokok herba untuk dijadikan penawar kayap tapak anjing ni. Aku tak tahu kenapa orang tua memberi nama sedemikian. Mungkin kerana rupa dan bentuknya seakan tapak anjing. Kadang-kadang aku terfikir juga. Kenapa tak letak nama kayap tapak kucing dan nama tu aku rasa sesuai sikit. Hehe.

penawar kayap tapak anjing

Minta maaf pada semua pembaca kerana aku tak tahu nama pokok herba ni. Kebetulan semasa aku sedang mengambil daun pokok herba ni, ujan turun dengan lebatnya. Cepat-cepat aku petik daunnya kot nanti terkena demam pula. Asyik sangat duk bersembang dengan tuan rumah akhirnya aku terlupa nak tanya nama pokok ni. InsyaAllah sekiranya ada luang waktu ke rumah beliau, akan aku tanya dan akan dikemaskini semula artikel ni.

penawar kayap tapak anjing

 Daun yang telah diasingkan dari batangnya dan yang putih tu adalah kapur sireh.

penawar kayap tapak anjing

Daun yang ditumbuk menggunakan lesung. Kata pak cik petang tadi, penyet-penyet macam tu jer daun ni. Tapi aku rasa lebih elok jika ditumbuk dengan cara macam ni. Hehe.

penawar kayap tapak anjing

Daun yang telah ditumbuk dan digaul dengan kapur sireh. Lepas sebati, boleh la disapu pada bahagian yang terkena kayap tu.

Banyak cara lain lagi sebernarnya yang boleh digunakan untuk merawat kayap tapak anjing ni. Salah satunya dengan menggunakan jantung pisang. Aku tak tau apakah punca yang boleh dijangkiti kayap ni. Kalau nak di ikutkan aku ni bukanlah jenis yang pengotor. Walaupun rambut tak pernah sapu minyak, namun aku tetap wangi. Hahahaha. Walau apa pun puncanya, aku tahu ini adalah dugaan yang diberikan oleh Allah untuk hambanya yang disayangi.

Hot Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

So, aku terima dengan hati yang terbuka dan pasrah seadanya. Lagipun kayap aku punya ni cantik. Tompok-tompok kemerahan dan sedikit pun tak ada gelembung air. Kalau korang tengok mesti korang sangka aku kena gigitan cinta. Haha. Alhamdulillah aku rasa sedikit gembira kerana giveaway pondok kecil mendapat sambutan akhirnya. Kepada mereka yang belum menyertai, aku alu-alukan penyertaan korang semua.

p/s : Update 09.09.2013 – Pokok yang aku gunakan ni dipanggil pokok Keling. Nama sebenarnya pak cik yang tanam pokok ni pun tak tahu.

50 thoughts on “Penawar Kayap Tapak Anjing”

  1. kayap tapak anjing ni macam mana rupanya ek ? adeii .. rasanya daun tu ,daun asin-asin kan ? yg biasa org buat masak lemak .. bawah daun tu ada buah kecil2 mcm buah cermai .. kalau ye itu lah nama daun tu .. sesetengah org panggil pucuk manis

  2. Nak tanye ape name pokok ni, mana nak cari.. tlg kawan sy kene di leher kesian dia.. tolong info mane nak cari pokok ni…

    1. Alamak..saya lupa nak balas komen ni..saya tak pergi lagi kat rumah pak cik tu..nama pokok ni pun saya tak tanya lagi..dia kena kayak tapak anjing jugak ke?dah tu kawan tu ada kat negeri mana?

  3. tolong cari nama pokok ini..anak sya rasanye terkena kayap ni..dh puas cari ubt..tp masih tak berkesan..yg sedihnye dia kene kt muka..saya risau sgt

  4. tolong.. pokok ni name ape…husband saye kene kayap ni… dari depan dada kiri, dh menjalar ke belakang dah. tolong update plz…

    1. Orang kampung panggil ini pokok Keling..kalau bahasa sanintifik saya tak pasti lah..emm mungkin suami puan tu kena kayap ular..harap puan segera ke klinik dan mencari siapa yang boleh mengubati penyakit ini..saya kena kayap tapak anjing..makan ubat klinik + sapu daun ni..kayap tapak anjing senang aje nak dipulihkan..harap puan jumpa sesiap yang lebih pakar dalam bab ni…andai ada pertanyaan lagi, boleh lah puan menghubungi saya..ok?hehe

  5. Salam..anak sya umo 2 tahun pn kena kayap ni tapi kayap tapak kaki kucing kata org mybe sama dgan awak..sya pn masih tengah cari penawar ni
    .dh byk kt badan bermula dr kepala..

    1. Emm semoga anak akak cepat sembuh yer..naik kayap ni badan jadi lenguh dan tak bermaya..antibodi pun memainkan peranan gak dalam penyembuhan kayap ni..antibodi kuat, maka cepatlah sembuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *