Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
“Kenapa artikel yang berkaitan dengan pendapatan Jobdirumah ada gambar kucing?”
Ini jawapan aku. “Salah satu sebab di antara berjuta sebabnya adalah kucing merupakan salah satu haiwan yang sangat comel dan mendapat perhatian seluruh masyarakat.”
Kredit : Google
Hehe. Aku tiada motif pun kenapa artikel berkenaan dengan pendapatan Jobdirumah diselitkan dengan gambar kucing. Semenjak aku buat perangai macam ni, aku sekadar suka-suka jer. Sedar tak sedar, sekarang dan jadi tabiat pula. Mungkin inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Dan paling teruk lagi, apabila ada ayat “Tahniah! Anda dapat komisen” yang masuk dalam inbox emel, aku akan terbayang wajah-wajah kucing yang comel itu. Entah kenapa dan entah bagaimana semua ni boleh terjadi. Aku hanya insan biasa. Aku pasrah atas segalanya.
Alhamulillah aku bersyukur pada-Mu Ya Allah. Di atas segala rezeki yang Engkau berikan. Begitulah lumrah kehidupan manusia. Ada kala kita gembira dan adakala kita berduka. Tapi ada sesetangah manusia termasuk aku, bila gembira, mesti lupa untuk bersyukur. Bila susah, baru nak bersyukur. Manusia bukan semua sempurna. Tapi manusia disarankan untuk mencari kesempurnaan dalam diri masing-masing. Agar kehidupan di muka bumi ini lebih bermakna bersama masyarakat sekeliling.
Sudah beberapa bulan, aku dapat duit melalui program Jobdirumah. Walaupun jumlah yang diperolehi tak banyak, namun ia sudah memadai. Mendapat pulangan dari blog merupakan impian semua orang. Namun aku tak nafikan, ada juga blogger yang tak hiraukan perkara ni. Ada juga yang hanya mementingkan mutu penulisan agar setiap jalan cerita yang ditulis, ada makna kepada pembaca. Aku suka blogger macam ni. Salah satu sebabnya, dia memberikan aku lebih ruang untuk mencari duit melalui blog. Haha.
“Apala sangat dengan duit RM 25 tu. RM25 tu bukan setiap hari boleh dapat. Bukan boleh jadi kaya-raya”
Memang aku tak nafikan, pukul rata untuk setiap bulan aku akan dapat RM50 jer. Kalau ada rezeki lebih, dapat lebih sikit. RM50/bulan, apa yang boleh kita belanjakan. Nak beli pampers anak untuk jangka masa seminggu pun tak lepas. Ini kan pula sebulan.
==> Apa tunggu lagi. Rebutlah peluang hebat ini sementara ia masih single available.
Betul lah tu andaian korang semua. Bagi aku, RM25 tu bukan ukurannya. Tapi kesan sampingan daripada penglibatan aku, itu yang aku titik beratkan. Kesan sampingan ni tak ada lah hebat sangat. Sekadar rasa gembira dan sangat gembira apabila berjaya dapat duit dari blog. Aku tahu ramai lagi yang belum berjaya sepenuhnya dengan program jobdirumah ni. Apa yang aku boleh cakapkan, sentiasa lah belajar daripada kejayaan orang lain. Kalau tak belajar, macam mana aku mampu hasilkan pendapatan ke 12 dari Jobdirumah. Kan?
Jangan mudah putus asa walaupun hakikatnya kadang kala aku frust dengan teknik yang aku lakukan. Haha. Ada satu dua lagi program yang aku sertai. Namun hasilnya tak memberansangkan seperti program Jobdirumah ni. Mungkin betul kata rakan blogger. Promosi kena rajin. Cari pelanggan merupakan satu kemestian. Bak kata pepatah, yang pipih tak datang melayang dan yang bulat tak datang bergolek. Hehe.
Jobdirumah SCAM???
Dibawah ni aku ceritakan serba sedikit kenapa aku katakan Jobdirumah bukan SCAM.
- Salah satu sebab yang boleh menambahkan kepercayaan korang adalah melalui testimoni pelanggan Jobdirumah. Aku nak tulis satu persatu, memang tak larat. Banyak. Oleh itu, aku sarankan korang KLIK DEKAT SINI. Aku tak paksa korang baca. Kalau korang rajin, korang baca.
- Kalau ada masa lapang, cuba korang taip perkataan (keyword) “jobdirumah scam, review jobdirumah dan jobdirumah penipu“. Cuba tengok artikel tersebut adakah artikel itu benar atau tak jobdirumah penipu. Ternyata kehebatan artikel lelaki kacak dari Banting menguasainya.Haha.
- Kalau tak percaya lagi, korang boleh periksa pendaftaran perniagaan jobdirumah di SSM atas nama Kliks Solution.
- Setiap hari pihak Jobdirumah akan menghantar senarai kekosongan kerja terus kepada emel korang. Syaratnya korang kena daftar dulu di laman Jobdirumah. Nak daftar macam mana? Korang baca kat SINI.
Dah habis. Cakap banyak pun kalau korang terus simpan perasaan syak wasangka terhadap Jobdirumah ni pun tak guna juga. Tapi tidak mengapa. Ramai lagi pencari kerja yang aktif kat Malaysia ni termasuk aku. Haha. Dan program Jobdirumah ni sedikit sebanyak membantu masalah kewangan aku.
p/s : Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Lambat laun Macbook Pro akan ku gengam erat-erat. Aminnn.
Ternyata dah ramai yang berjaya dengan program jobdirumah
Emm betul tu bro..kalau tak percaya dengan program ni dop tahu la nakcakap mcm mana lagi..haha
Sudah terang lagikan bersuluh
cewaaah =)
Wow lama-lama makin masyuk nie. Tahniah bro.
cek suri cemburu ni heeee
tak ada apa yang nak dicemburui..hahahaha
Terima kasih bro..rezeki..alhamdulillah…hehe
ini benar2 ikut cakap sifu banting tu..bagus2
saya tiada membela kucing tapi kesian tgo kucing kat kedia2 makan sllud tg kt meja kami
Jadi, Suri kena hulurkan lah sedikit lauk..kalau tak cukup sedikit, kasi jer semua..suri makan nasik kosong aje lah..haha
sy harap admin tak susah hati lagi sb pendapat dri jdr blh buat tersenyum simpul
InsyaAllah..aminnn..harapan saya macam tu lah Suri..hehe
susah hati pun bagus jugak sekejap2…dapat tingkatkan kadar metabolisma badan…jadi lebih kurus…hehehe
*senyumsokmo*
sy nak menuntut dg cikgu pndok kecillah cma ni hii..voleh ker?
tahniah ya
terima kasih..emm menuntut apa yer?hahaha..saya budak baru belajar..PR blog pun tak semantap blog Suri..
pr apa kisah heee.. suka tgok kwn2 jana rm sr blog sy mencuba gak hasil jer blum ada huhu..
emm saba je la suri..teruskan usaha..hehe
tahniah…seronok la dia..hehe
Hehe..alhamdulillah..seronok tu seronok la..hehe..
ambe rasa, minggu ada lekat lagi satu..
mcm mane nak dptkan benda mcm ni? menarik…
Senang jer..pergi la ke laman web jobdirumah..lepas tu daftar jer..kalau nak join program affiliate daftar affiliate..kalau nak join untuk bekerja dengan syarikat yang terdapat di halaman jobdirumah, pun boleh juga..di halaman jobdirumah ada menceritakan segala-galanya..hehe..selamat mencuba bro..
tahniah..bro..masyuk
Terima kasih bro..hehe
sikit2 lama2 jadi bukit… sikit2 pun duit… boleh buat beli friskies kat si manja
Hahahaha..tapi sayang saya tiada kucing..bijak jugak idea bro ni..hehe
okla…janji ada hasil 🙂
Betul dah tu..hehe
Tahniah bro. Best dapat pasif income ni. Rezeki tak disangka2 jer.
Ha ah tu la kan bro..kadang2 seronok juga..hehe..terima kasih bro..
yeayy ..tahniah bro .. hehe.. saya pun otw nak dapat yang ke-5 ..heehhehee
Ehh ye ke?hehe..tahniah bro…tak lama dah tu nak kejar saya..hehe
hahaha….yes..baru dapat email, dah transfer..hehehe
tahniah bro Pk. Makin lama semakin mantap. Moga terus siarkan gambar kucing tu. Serius mmg macam dah serasi ngn entri camni..
tahniah bro!
dah ke 12 dah.. alhamdulillah PK.. sikit sikit lama lama jadi bukit.. =)
Terima kasih MB..ha ah sikit sikit lama lama jadi bukit..
bro melastik bintang jom leeerrr pulok ..haha
dapat bro dryper sepekat
Drypers sepeket boleh tahan berapa minggu la..dua minggu pun paling lama..haha
Tahniah, banyak review saya dengar people generate income dari program affiliate jobdirumah ini..tapi, tak jumpa real story bloggers yang betul2 dah generate income konsisten dengan program jobdirumah ini..Boleh bro kongsi2kan antara job yang pernah bro dapat dengan jobdirumah ini?
gua dapat dedua. job dan program affiliate. Cuma gua malas nak cerita sangat.
ada yang pernah dapat tapi saya kurang masa nak bagi tumpuan..tak macam en titan yang pandai uruskan masa..buat banyak perkara dalam sehari pun ok jer..haha..sejujurnya saya hanya dapat duit melalui program affiliate jer..yang kerja melalui jondirumah tu saya belum dapat hasilnya kerana saya belum bersungguh-sungguh untuk lakukannya..
saya agen je.. bukan job .. tapi job macam kureeenng sikit kan ?
kasi sikit cerita la bro apa job yang kau buat dari jobdirumah 🙂
cerita jangan tak cerita bro..hehe
Ha ah..betul tu..kureng bukan masalah duit..saya kureng dari pengurusan masa..masa yang ada agak terhad..
bukan kureenng bab duit bro, tapi kureenng cerita pasal buat job ..jadi agen, saya pun agen ..
Tahniah tuan. Walaupun kecil tapi besar nilainya.
Hehe..terima kasih bro..
tahniah. olaaa!
terima kasih en titan yang kacak..hehe
tahniah bro..banyak dah yang dpt komisen..
hehe..terima kasih bro..alhamdulillah rezeki..
sejuta tahniah buat demo….
seperti titan dengan cendolnya…
lepas ni PK dengan kucingnya…
akan menjadi trademark…huhu
haha..kawe pun raso gitu jugok..elok bena dih kawe buat lagu nih..haha
Memey molek bena…at least ado bendo ore akan ingat dgn blog ni..huhu
tahniah2 gua tak dapat fokus lagi terhadap iklan sekarang, lepas habis semua tugasan penting boleh push-up sekali menuntut ilmu dengan bro
Haha..nak menuntut apa bro?haha..saya budak baru belajar..emm siapkan dulu lah tugasan penting tu..hehe
tugasan Jobdirumah akan jadi job sekiranya duduk di rumah..hehe..
Betul tu bro..saya kerja lagi..susah nak bagi tumpuan pada tugasan yang terdapat di laman jobdirumah..
kalau macam kita kerja n ada yg belajar, susah sikit..apa pun, agen je laa yg mampu
Tahniah.. Lepas ni mesti lagi masyuk tu.
Terima kasih bro..harap mcm tu lah..rezeki ni susah nak duga kan?hehe
Encik Titan sudah berapa kali ya dapat uang dari job dirumah ini , andapun juga tahniah