Pendapatan Ke 13 Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Permulaan bulan Mei yang sungguh menarik sekali. Pendapatan ke 13 dari Jobdirumah sedikit sebanyak memberikan aku semangat untuk terus berjaya dalam dunia blogging. Sedar tak sedar dah kali ke 13 aku dapat duit melalui program jobdirumah ni. Walaupun pergerakannya agak perlahan dan tidak sekencang blog lelaki kacak dari banting, namun ia sudah memadai. Setiap bulan pastinya ada duit yang masuk melalui program jobdirumah.

pendapatan ke 13 dari jobdirumah

Kredit : Google Images

InsyaAllah target aku untuk membeli MacBook Pro akan tercapai satu hari nanti. Menariknya, hasil buat duit melalui program jobdirumah, aku jadikan sebagai tabungan untuk masa-masa kritikal. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu.

Nak harapkan gaji, berapa sen lah sangat kan? Mujurlah ada program sebegini yang mampu dijadikan tabung kecemasan. Satu perkara yang aku suka dengan program ni. Pembayaran yang dilakukan cepat dan pantas. Dulu masa aku mula-mula menyertai program ni, aku tak fikir pun akan meleret sampai ke hari ni. Buat dulu pun sekadar suka-suka jer. Tapi kini dan rasa nak serius dengan program jobdirumah. Satu masa dahulu, banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan jobdirumah ni. Tapi sekarang ini, sedikit demi sedikit persoalan itu terungkai. Dan setiap persoalan itu biarlah rahsia. Haha.

pendapatan ke 13 dari jobdirumah

Untuk program jobdirumah ni, aku daftarkan diri sebagai agen affiliate dan juga sebagai pencari kerja. Sekiranya korang nak daftar sebagai agen affiliate, pendaftaran percuma jer. Sekiranya korang nak daftar sebagai pencari kerja, bayaran RM50 dikenakan. Kenapa kena bayar RM50? Sila baca di sini.  Kenapa perlu bayar RM50. Disebabkan aku sebagai pencari kerja di laman jobdirumah, aku terpaksa buat akaun paypal. Ia adalah untuk menyenangkan pihak majikan dan aku sendiri. Maklumlah syarikat yang menawarkan kerja di laman Jobdirumah kebanyakannya berada di luar negara. Jadi, akaun paypal adalah akaun yang paling selamat untuk berurusan.

Namun tidak dinafikan, syarikat yang menawarkan kerja di laman jobdirumah memaksa aku untuk memberikan lebih tumpuan dan komitmen untuk berjaya. Memang sesuai sekiranya dilakukan oelh mereka yang belum ada kerja tetap dan mempunyai ruang waktu yang tidak terbatas. Mungkin golongan sebegini lebih mudah untuk mendapatkan upah diatas setiap kerja yang ditawarkan.

Sekali lagi…

Permulaan bulan Mei yang sungguh menarik sekali. Hari ni blog Pondok Kecil dianugerahkan selautan kebahagiaan bersama kekasih hati Alexa. Siapa sangka blog yang tak glamor ni pun mampu membuatkan kekasih hati Alexa jatuh cinta. Makin berseri dan makin menyerlah cahaya Alexa di laman blog Pondok Kecil. Dan paling manis lagi, kejayaan hari ni datang daripada usaha sendiri. Beberapa hari memberi tumpuan di blog Pondok Kecil, hari ini dapatlah hasilnya. Sungguh seronok memang tak terkata. Senyum selebar-lebarnya.

pendapatan ke 13 dari jobdirumah

Aku tak nak sembang panjang-panjang dalam artikel ni. Sekiranya korang berminat untuk menyertai program jobdirumah, sila klik link dibawah. Saya sudah. Mereka pun sudah. Anda bagaimana pula?

==> Jom Jana Pendapatan Bersama Jobdirumah.

p/s : Kalau isteri aku tahu aku dalam mood gembira ni, malam nanti dia mesti masak makanan kesukaan aku. Hehe.

71 thoughts on “Pendapatan Ke 13 Dari Jobdirumah”

  1. Dah buat paypal, bagus tu…semakin bergiat aktif mencari kerja di jobdirumah. Pekerjaan apa yang dipohon tu…??? ada masa ke nak buat semua tu….Hrp2 penguasaan B.Inggeris adalah baik bagi mengilak drpd tertipu….dgn majikan yg dipohon.

    1. Emm masa memang tak ada..tu sebab sehingga ke hari ni masih belum dapat apa-apa bayaran lagi..haha..kerja typing jer bro..tahap penguasaan BI saya lemah tu yang jadi masalah sikit nak apply job lain..emmm

      1. Semoga terus rancak menjana pendapatan komisen dan kerja typing dgn freelancer. Kalau kerja typing tu…apa yg disuruh taip tu…lepas taip buat macam mana pulak???

  2. Tahniah bro Pk! Makin terserlah kesuperan blog ni di mata alexa.

    moga makin murah rezki utk bro anak isteri

    p/s- hantarlah sms mintak masak sedap2..makan sama2..lagi best dalam talam…fuh!

        1. Hahahahahaha..menarik boh seloka nih..lepas tu isteri pun balas…

          “Ayang kije badan banyak penat”
          “Melayan kerenah si budak ligat”
          “Malam nanti ayang nak rehat”
          “Bab makan tu, abang yang buat”

          hehe..baru terlopong..terima kasih bro..

          1. hahahhaha…best2..dakpe2…deme balas lagi

            kernamu sayang abang sanggup buat
            tapi lepas tu mintak urut urat belikat
            gunalah minyak cap gamat
            baru abg sentiasa kuat
            nak layan karenah anak kita yg ligat

            ok dok boh?

            1. Haha..ok doh tu boh..panda demo wak ayat mcm ni ekk..haha..kawe keno nuntut dari demo nih sbg orang yang berpengalaman..haha..terima kasih boh..

    1. Emm kena rajin-rajin buat promosi bro..hehe..insyaAllah ada la hasilnya..saya dulu pun dekat setengah tahun juga tak dapat hasillbila dah dapat, sampai ke hari ni dapat..hehe

            1. Ni kawe sero terharu sangat2 nih…kawe dop mampu nok balas apa yang demo buat ko kawe dan blog kawe sebelum ni..kawe mampu ucap terima kasih banyak2 jah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *