Pendapatan Ke-13 Panduan Menjahit Baju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Pendapatan ke-13 panduan menjahit baju telah pun diperolehi. Ya. Sampai sekarang aku masih lagi memperolehi komisen daripada penjualan panduan menjahit baju. Dan duit yang aku dapat ni, sedikit sebanyak memberi semangat untuk aku terus berusaha menjana pendapatan secara online. Dan ianya juga telah meringankan beban untuk membayar domain blog nanti.

pendapatan ke-13 panduan menjahit baju

Ternyata, panduan menjahit baju bukan laku dibulan tertentu sahaja. Malah ianya laku sepanjang tahun dan setiap bulan. Haha.

Inilah antara keuntungan yang dapat dirasai hasil memiliki blog yang mana blog tersebut telah dijadikan lubuk untuk menjana pendapatan sampingan secara online. Walaupun dah lama tidak mempromosikan panduan menjahit baju ni, kesannya tetap dirasai. Inilah kenikmatan yang jarang-jarang aku rasai.

Ok. Kepada mereka yang ingin memiliki panduan menjahit baju ni, boleh klik pautan dibawah.

–>> Panduan Menjahit Baju

Baca, fahami dan buatlah keputusan yang bijak.

Tahun ni kita dah terlepas untuk menerima tempahan menjahit baju hari raya. Tidak bermakna tahun hadapan, kita akan terlepas juga peluang yang sangat berbaloi ini. Bila lagi masanya kita nak kaut keuntungan yang berlipat kali ganda kalau bukan di musim perayaan. Betul tak?

Walaupun baju melayu dan baju kurung yang siap boleh diperolehi di kedai dan supermarket, kepuasannya tetap berbeza. Membuat baju, dengan ukuran badan sendiri, dengan rekaan sendiri lebih memberikan kita kepuasan. Raya pun lebih bermakna.

Tak gitu???

Jadi, aku selalu pesan pada korang semua. Yang ada minat untuk belajar menjahit tu, teruskan lah minat tersebut. Pupuk la ia dengan penuh kasih dan sayang. Nescaya suatu masa nanti, korang akan kecapi nikmat kesenangan hasil daripada aktiviti menjahit baju. Aku tengok, kawasan kampung terutamanya, tak banyak tukang jahit yang muda. Semuanya dah berumur.

Kemanakah minat anak muda untuk mengembangkan warisan yang semakin hari semakin lapuk ditelan zaman???

Title “Piah tukang jahit” tak kan korang biarkan ia berkubur begitu sahaja tanpa ada pewaris yang akan membawa title tersebut terus maju saban tahun? Tidakkan korang merasa bangga dengan gelaran yang sebegitu rupa???

Haha. Ya. Dunia sekarang sudah berbeza. Tidak dinafikan. Baju melayu, belambak dipasar malam. Lebih-lebih lagi Supermarket. Harganya pun jauh lebih murah daripada korang beli kain dan jahit sendiri.

Tetapi, adakah korang akan berpuas hati dengan setiap sen yang korang bayar tu?

Tepuk dada, tanyalah selera. Jika korang kata ya, sila abaikan panduan menjahit baju ni. Kalau korang kata tidak, sila beli panduan menjahit baju ini dan mulalah belajar menjahit sekarang. Kalau umur panjang, raya tahun depan, boleh letak signboard depan rumah “Tukang Jahit Di Sini”. Ye?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

18 thoughts on “Pendapatan Ke-13 Panduan Menjahit Baju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge