Pendapatan Ke-14 Panduan Menjahit Baju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Ini merupakan pendapatan ke-14 panduan menjahit baju. Masih lama lagi masa yang diambil untuk mencapai pendapatan ke-100. Usaha dan promosi perlu dilakukan dengan lebih kuat lagi agar mempercepatkan lagi target tu tercapai. Puasan dah duk tunggu. Bilakah agaknya akan capai kali ke-100 tu yer? Biarlah masa yang menentukan. Malas nak fikir. Haha.

pendapatan ke-14 panduan menjahit baju

Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membeli panduan menjahit baju di laman tersebut. Oleh yang demikian, ada serangkap kata untuk dihadiahkan kepada mereka yang terlibat.

“Gatal mulut makan keladi, esok lusa belilah lagi…”

Haha. Ok tak?

Kepada mereka yang berminat untuk menjalankan kerja sampingan menjahit ni, boleh klik gambar di bawah. Aku tak paksa. Itupun kalau korang nak. Kalau tak nak, diamkan aje. Jangan kutuk lebih-lebih sudah. Kan sedih jiwa dan emosi aku hari ni. Susah nak pujuk. Haha. Maklum aje lah. Emosi anak bongsu ni tak sama dengan anak sulong ataupun anak kedua. Kadang-kadang emosi anak bongsu ni pelik lagi ajaib. Sampaikan pening kepala mak memikirkannya.

Pendapatan Ke-14 Panduan Menjahit Baju

Sebagaimana yang kita semua tahu. Menjahit baju ni perlukan komitmen yang tinggi. Bukan boleh main belasah macam tu aje. Dan bukan sesenang mengira biji kacang dalam tabung. Ianya memerlukan kepada tahap kesabaran yang tinggi. Setakat hangat-hangat tahi ayam, macam aku, baik lupakan sahaja.

Ambik bantal dan letakkan kepala. Itu lagi sedap dan paling terbaik setakat ni.

Aku tak sembang banyak hari ni. Sebabnya, aku nak siapkan itu artikel contest Iphone 5s anjuran blog Denaihati. Tak lama lagi dah masa yang ada. Jadi, dikesempatan ni, aku cuba yang terbaik la. Agar aku berjaya mendapatkan Iphone 5s tu. Mana nak cari yang percuma macam ni. Kalau tak join contest blog Denaihati tu.

Nak harapkan tunggu duit tabungan cukup, belum tentu lagi dapat merasa. Mana tahu suatu masa nanti, duit tabungan itu perlu digunakan kepada perkara yang lebih mencemas dan mendebarkan. Mana kita tahu kan.

“Hari esok belum pasti ada kebahagiaan yang dilalui. Juga tak bererti penderitaan yang harus ditempuhi…”

Hari esok, boleh jadi bahagia, boleh jadi derita. Apa-apa pun, aku harapkan yang terbaik untuk hari esok. Haha.

p/s : Selamat membaca dan selamat membeli panduan menjahit baju tersebut.

55 thoughts on “Pendapatan Ke-14 Panduan Menjahit Baju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge