Pendapatan Ke 15 Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Pendapatan ke 15 dari Jobdirumah telah pun masuk beberapa hari yang lepas. Bulan Mei yang lalu, pendapatan dari jobdirumah tidak memberansangkan. Berbanding bulan April dan Mac. Tak apalah janji ada juga yang masuk dalam bulan Mei. Walaupun sekali, janji ada jugak komisen kan? Mungkin aku perlu lakukan sesuatu agar bulan Jun ini, aku akan dapat beberapa komisen dari Jobdirumah. InsyaAllah kalau dah rezeki tak kan kemana. Yang penting, usaha selalu.

pendapatan ke 15 dari jobdirumah

Kredit : KakimotongFanClub

Banyak tips buat duit yang dikongsikan dari rakan blogger sekalian. Kehangatan sempena seminar buat duit dengan blog sehingga sekarang masih terasa bahangnya. Dulu, bila melawat di blog rakan blogger, jarang sekali jumpa artikel berkenaan dengan affiliate. Tapi sekarang rasanya dah banyak. Ataupun lamunan aku sahaja. Tak. Memang banyak sekarang ni rakan blogger yang sedang buat duit dengan program Affiliate. Tapi aku jer yang belum bersedia untuk memulakannya. InsyaAllah kalau diberi keizinan, aku pun nak cuba amalkan Teknik SEO Merah Jambu yang dikongsikan oleh lelaki kacak dari Banting tu.

Dari satu sudut, aku rasa aku dah berjaya buat duit dengan program Affiliate ni. Namun dari satu sudut yang agak tersorok tu, aku rasa aku masih GAGAL dalam program Affiliate. Mana tak nya. Program Jobdirumah ni jer yang sekarang ni duk bagi aku duit. Yang lain masih belum menampakkan hasilnya. Bak kata pujangga, “tak apa, hero memang macam ni. Hero tak gelojoh”.

Ya. Aku tahu ilmu aku kurang. Aku tahu aku tak pandai dalam bab mengumpan ni. Dan tak tahu nak tulis artikel dengan jiwa. Tak berani nak amalkan teknik SEO Merah Jambu.

Ok. Alasan sentiasa ada. Nafsu dan keinginan untuk tidak mencuba sentiasa tinggi dalam jiwa. Aku tak salahkan korang jika korang pernah terdetik perkara yang sama macam ni. Bak kata mereka yang telah berjaya, “untuk berjaya mencapai impian dalam hidup ni, banyak pengorbanan yang perlu kita korbankan. Jangan melihat alasan sebagai penghalang untuk kita berjaya. Lihatlah alasan dan jadikan alasan itu sebagai virtual wall untuk kita melihat apa yang ada di belakangnya.”

pendapatan ke 15 dari jobdirumah

Aku tak nak cerita panjang bab Program Affiliate Jobdirumah ni. Ramai yang berjaya buat duit dengan Program Jobdirumah. Kalau korang nak tahu juga, boleh lah baca dekat artikel yang bertajuk Review Jobdirumah.

66 thoughts on “Pendapatan Ke 15 Dari Jobdirumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *