Pendapatan Ke 16 Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan. Kelmarin aku dapat duit dari program Jobdirumah. Sepanjang bulan Jun 2013, langsung tak dapat komisen dari program Jobdirumah. Bukan rezeki nak buat macam mana. Apa yang penting, teruskan berusaha dan jangan sesekali mudah putus asa. Walaupun hakikatnya korang sekarang tengah berputus asa, tapi jangan tunjukkan kekecewaan korang tu yer.

pendapatan ke 16 dari jobdirumah

Kredit : Google Images

Sentiasalah berdoa memohon pertolongan dari yang Esa. Kalau nak cerita bab rezeki, bab berdoa ni aku rasa memang aku tak layak. Tapi hari ni aku nak kongsikan sedikit perkara yang ada hubung kait di antara doa dan rezeki. Andai kata apa yang aku sampaikan ni ada silapnya, harap korang sudi perbetulkannya. Begitulah lumrah kehidupan manusia. Saling ingat mengingati dan saling tegur meneguri.

Sepanjang bulan Jun 2013, langsung tak ada duit masuk melalui program Jobdirumah ni. Tengok blog rakan blogger yang lain, setiap bulan paling busuk pun, 2,3 komisen dari jobdirumah. Aku? Nak lekat satu komisen untuk sebulan pun susah sekarang ni. Mungkin dah banyak saingan kot. Tapi tak apalah. Aku kan budak baru belajar. Kalau nak berjaya, kena belajar dan belajar. Ilmu dalam perniagaan online ni selalu kena up to date. Kan?

Sedikit sebanyak pendapatan dari blog ni kita boleh guna untuk kegunaan blog itu sendiri kan? Ada rezeki lebih boleh buat belanja untuk kehidupan seharian. Doa dan rezeki, dua perkara yang sangat penting. Dalam apa jua kesusahan yang kita alami, baik dari segi wang riggit, tekanan perasan dan pertelingkahan sesama kita, sentiasalah ingat pada Allah. Memang kita tak tahu kat mana sebenarnya punca rezeki kita. Dan tak salah kalau aku katakan, saat ini masih ada yang masih mencari-cari dimana sumber rezekinya yang sebenar. Sabar, rezeki itu pasti ada.

Betul. Rezeki ni kat mana-mana pun ada. Tapi kalau bukan rezeki kita, kita tetap tak boleh merasainya juga. Kan? Oleh itu, sentiasalah berdoa. Memohon rezeki dari yang Esa. Teringat pula akan satu doa yang berbunyi :-

Ya Allah…
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah…
Jika di bumi keluarkanlah…
Jika sukar permudahkanlah…
Jika haram sucikanlahโ€ฆ
Jika jauh dekatkanlah…

Disamping berdoa memohon pertolongan dari-Nya, usaha juga penting. Tanpa usaha, rezeki pun susah juga nak dapat. Bak kata pepetah, “dengar cakap enggang, makan buah beluluk dengar cakap orang, terjun masuk lubuk“. Maksudnya, sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya.

komisen jobdirumah 16

–>> Klik Untuk Daftar Affiliate Jobdirumah

Ok. Kepada mereka yang ingin mencuba program ni, sangatlah dialu-alukan. Bak kata orang, kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Hidup mesti berani. Kalau tak ada keberanian nak cuba program ni, susah la. Kan?

Tepuk dada tanya selera,
Tepuk dahi tandanya kecewa,
Andai hidup beraninya tiada,
Pah ke sudah tak dapat merasa.

p/s : Selamat membaca dan selamat berhibur. Hehe.

59 thoughts on “Pendapatan Ke 16 Dari Jobdirumah”

  1. Datang Ziarahi kembali. Erm syok tengok orang buat duit dengan program JD ni. nanti nak try juga la. tapi kena godek kat Blog Titan la dulu. Banyak kot boleh ceduk ilmu kat blog dia.

  2. yeahhhhh itu lah yang kita mahu, tahniah yer tak kira lah dapat tu bila sekali pon asalkan berbaloi kita join affiliate tu sudah tu main point sebenarnya..

  3. Yalah…bro. Saya dah dekat 2 bulan tak dpt komisen drp JDR. Rasanya dah ramai yg sertai, maka sama2 cari pendaftar baru semakin sukar. Mungkin rezeki yg diseru Allah belum makburkan, Byk2lah..berdoa dan terus berdoa sambil berusaha.

    Rezeki yang dapat Allah tentukan,
    Kita hanya perlu berusaha,
    Walaupun sukar nak dapat komisen,
    Pasti ada harinya yang akan tiba.

    1. Hehe..terima kasih bro..dah lama tak tinggalkan pantun di laman pondok kecil ekk..hehe..banyak saingan dahh..emm insyaAllah..Allah tu kan ada..hehe,,nak susah apanya..hehe

  4. tahniah boh! angka 16 bukan satu angka yg mudah nak dicapai jika tiada kesungguhan dan usaha yg berterusan

    teruskan bro!

    bangga ambe tgk progress blog ni…terbaiklah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *