Pendapatan Ke 17 Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tak ku sangka cempedak menjadi nangka. Hehe. Alhamdulillah. Tiada ungkapan yang mampu diluahkan selepas menjana pendapatan ke 17 dari jobdirumah. Walaupun bulan ni baru dua kali masuk komisen dari jobdirumah, namun ia sangatlah berbaloi-baloi. Macam iklan switch to U tu la. Berbaloi-baloi. Hehe. Bagi mereka yang masuk setiap hari komisen dari jobdirumah ni, mungkin dah biasa dengan semua ni.

pendapatan ke 17 dari jobdirumah

Kredit : Google Images

Tapi bagi aku, ia adalah pemberian yang sangat berharga. Setiap hari, setiap saat, setiap masa aku tunggu emel gembira dari pihak jobdirumah. Harapan dan penungguan sungguh menyeksakan. Dan untuk hari esoknya, aku masih tetap mengharapkan perkara yang sama. Komisen macam ni akan terus masuk, dan masuk ke dalam inbox emel Pondok Kecil. InsyaAllah.

Dari segi pelaburan untuk menubuhkan blog Pondok Kecil, aku rasa dah balik modal. Cuma yang tinggal kos untuk bayar bil broadband setiap bulan. Andaikata setiap bulan dapat komisen secara konsisten RM100 sebulan, aku dah dianggap berjaya buat duit dengan blog. Satu blog, pendapatan dia Rm100/bulan. Kalau dua blog, dah RM200/bulan. Itu baru satu program Affiliate. Tak campur lagi dengan program Affiliate Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

pendapatan ke 17 dari jobdirumah

Untung aku jatuh cinta dengan Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Tak sia-sia pelaburan yang dibuat. Tak sia-sia juga aku berani tanggung risiko membeli ebook SEO tu. RM100 bagi aku adalah nilai yang sangat tinggi. Dah lepas 4 bungkus pempers untuk si anak ni. Haha. Bila dah nampak jalan bersama ebook SEO tu, aku mampu senyum aje lah. Senyum puas la katakan. Nikmatnya tuhan aje yang tahu.

Sekarang jobdirumah ni ada buka tawaran berharga. Tapi aku rasa dah tak mampu nak pintas mereka-mereka yang lebih otai dari aku. Apa yang mampu aku lakukan sekarang, perhatikan gerak geri mereka. Perhatikan cara mereka menjana pendapatan dari jobdirumah ni. Mana tahu aku dapat sesuatu yang boleh menaikkan pendapatan aku setiap bulan. InsyaAllah. Selagi ada usaha. selagi tulah aku akan nampak peluang. Bukannya halangan.

Dahhh. Aku tak nak sembang panjang-panjang pasal jobdirumah ni. Apa yang aku dapat, apa yang aku tulis selama ni, hanyalah untuk memotivasikan diri aku sahaja. Bak kata Lelaki Kacak dari Banting tu la. Bukan nak membangga ataupun nak tunjuk terrer. Rezeki Allah yang tentukan. Terima kasih Ya Allah di atas rezeki yang tak di duga ini.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

25 thoughts on “Pendapatan Ke 17 Dari Jobdirumah”

  1. wah nak juga bila nak bagi ambe kad raya ni haaa..lalala..tahniah untuk pondok kecil ia sebahagian dari minat sy utk jana rm dari umh gak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *