Pendapatan ke-18 Panduan Menjahit Baju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Pendapatan ke-18 panduan menjahit baju telah pun diperolehi. Baru kali yang ke-18. Masih lama lagi masa yang diperlukan untuk mencapai target ke-100. Bukan senang sebenarnya. Walaupun aku tahu, target ke-100 tu senang aje korang boleh dapat. Tapi bagi aku, ianya amat sukar. Haha.

Pendapatan ke-18 Panduan Menjahit Baju
RM25… Tak banyak pun. Sila jangan dengki. Ye???

Sebenarnya, aku sedang berusaha untuk melintasi agen affiliate yang mana tersenarai dalam ruangan Top Affiliates menjahit baju. Cabaran ni aku buat secara suka-suka aje. Untuk menaikkan lagi semangat promosi panduan menjahit baju ini. Maklum aje la. Walaupun dapat komisen, sekali sekala tetap ada kejemuannya juga.

Melainkan komisen itu tiap-tiap hari dapat. Mana tak jemunya. Seminggu duk promosi, hanya satu sale aje. Tapi dah rezeki aku macam tu, aku terima dengan hati yang sangat gembira. Sekurang-kurangnya apa yang aku usahakan berjaya mendapat hasil. Walaupun tidak memberansangkan, tetapi ianya sangat berbaloi.

Siapa yang berusaha pasti berjaya. Itulah kata-kata peransang untuk aku terus berjaya meraih komisen demi komisen daripada program Affiliate menjahit baju. Dan salah satu sebab kenapa aku suka menjual panduan menjahit ni ialah isi kandungannya lengkap dan mudah untuk kita fahami.

Dan satu sebab itu sudah cukup kuat untuk aku terus setia menjadi agen Affiliate menjahit baju. Kiranya berbaloi dengan apa yang telah korang laburkan itu. Setakat ini masih belum berjaya dapat komen yang buruk-buruk pasal panduan menjahit baju ni.

Mereka semua bergembira dengan apa yang telah mereka laburkan. Dan sekarang ini ada yang telah menjadi tukang jahit yang berjaya. Dulu selalu juga kena kutuk dengan suami.

“Apa awak niiii. Nak jahit macam ni pun susah ke???”

Terasa hati kita selaku isteri solehah kan? Sampai ke tulang sum-sum jauhnya. Sekarang, alhamdulillah. Selepas khatam panduan menjahit baju melayu, akhirnya isteri tadi telah pun berjaya menjadi kebanggaan suami. Dan buah mulut untuk suami apabila rancak berborak pasal isteri masing-masing.

Suami ni macam tu la kan. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Kadang kala dapat suami yang pandai komplen aje. Itu tak pandai. Ini tak reti. Tang suami pula pandai buat anak jer. Haha.

Sebab tu, kita selaku isteri yang solehah, nak kena ambil tahu bab menjahit baju. Walaupun tak terrer macam tukang jahit profesional, tapi cukup pandai dalam asas jahitan, itu pun dah cukup bagus. Menjahit sebenarnya tak susah mana pun. Tahu asas dan teknik jahitan yang betul serta istikomah, insyaAllah. Korang akan rasai kenikmatannya.

Bila tiba musim perayaan, semestinya korang akan tersangat menjadi kebanggaan suami. Sebabnya?

  1. Korang boleh ambil upah menjahit baju raya daripada sanak saudara, sahabat handai, jirang sebelah rumah dan sebagainya lagi.
  2. Kat situ, korang boleh kenakan upah yang berbaloi-baloi agar depa semua hantaq lagi baju kat kome. Haha.
  3. Hasil menjahit baju, korang dah boleh beli baju raya, kuih raya, TV baru, macrowave baru dan sebagainya lagi yang baru.
  4. Dan disebabkan korang berjaya beli baru semuanya hasil daripada upah menjahit baju, sudah semestinya korang akan disayangi dengan ketat oleh suami.
  5. Ada lagi, tapi cukup dah tu….

Sebab tu, aku selalu cakap. Nak dapatkan panduan menjahit baju yang berkualiti, beli aje kat laman Pondok Kecil. Gerenti korang puas hati. Haha.

Okeh. Kat mana nak beli? Klik aje pautan kat bawah ni. Setiap klik yang diberikan, aku tak kenakan bayaran pun.

>>> Panduan Menjahit Baju yang Ohsem.

Aku rasa dah terlampau panjangnya artikel ni. Mesti korang jemu nak habiskan sampai ke perenggan yang terakhir. Jadi, sebelum korang mengamuk tak tentu pasal, baik aku habiskan celoteh aku kat sini aje.

Dengan harapan, dengan pesanan, belilah panduan tersebut. Mesti korang tak menyesal punya.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

30 thoughts on “Pendapatan ke-18 Panduan Menjahit Baju”

    1. Boleh jer..janji kena belajar dan usaha untuk cucuk jarum pada kain..hehe..nanti lama2 pandai la tu..tapi kan..kalau ada asas menjahit tak ada la blur sangat..hehe

  1. mula-mula kena beli mesin jahit ni kalau nak menjahit. takat nak jahit sembat, jelujur, jahit leher baju kurung tu, in sha Allah masih ada skill tu..

    menjahit ni asal kita ada minat, kompem boleh buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *