Pendapatan Ke 20 Dari Jobdirumah

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah.

Kali ni aku harap korang tak kesah ekk kalau aku nak gelak ketawa kejap.

Hahaha. Kahkahkah. Hehehe. Huhuhu. Hihihi.

Ok dah. Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurniaanya ketika ini aku rasa gembira walaupun untuk seketika. Tipulah aku kalau tak gembira kan? Dapat duit dari blog, dengan usaha yang tak seberapa, dapat hasil yang tak pernah dijangka, memang sesuatu yang menyeronokkan.

kucing dan pendapatan ke 20 dari jobdirumahKomisen ke 20 dari Jobdirumah dah dapat.
Jangan masam je, senyum lah sikit… Kredit : Google Images

Dengan tercapainya pendapatan ke 20 dari Jobdirumah, makanya aku dah berjaya mencapai target untuk 20 komisen pertama. Walaupun hakikatnya aku lambat untuk mencapai target tersebut, namun aku pasrah. Dulu, aku ingatkan senang aje untuk dapatkan 20 komisen pertama dari Program Jobdirumah. Tetapi sangkaan aku meleset. Dah terbabas beberapa bulan dari target aku ni. Tapi tak apalah. Untuk permulaan ni, aku rasa dah melakukannya dengan baik.

komisen jobdirumah dalam pendapatan ke 20 dari jobdirumahRM25 untuk satu komisen. 20 komisen, RM500. Sape nak bagikan?

Berminat? Boleh daftar di sana –>> Program Affiliate Jobdirumah

Dan secara tidak langsung, kerinduan yang telah lama terbuku di hati telah pun beransur hilang. Dalam menjana pendapatan sampingan melalui program Affiliate ni, ada beberapa perkara yang boleh aku simpulkan adalah :-

  1. Doa. Dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ni, jangan pernah berhenti untuk berdoa memohon pertolongan dari-Nya. Ini adalah perkara asas dan perkara penting untuk memastikan kejayaan korang untuk mendapat komisen jobdirumah.
  2. Pelik. Banyak perkara pelik yang boleh terjadi dalam dunia Affiliate. Ada masa komisen masuk berderet-deret. Ada ketikanya jarang-jarang aje yang aku dapat. Bila rindu, biasanya aku akan dapat. Pelik kan?
  3. Ilmu. Aku budak baru belajar. Ilmu yang ada pun cetek aje. Tidak kiralah korang baru belajar ataupun dah lama belajar, bila ada ilmu, biasanya korang akan dapat komisen.
  4. Usaha. Walaupun korang dah lama menyertai program Affilite Jobdirumah, tetapi korang masih belum berjaya mendapat komisen, mesti ada something wrong some where. Mungkin usaha kita tak sama. Aku usaha banyak. Korang pula usaha ciput aje. Sebab tu susah untuk korang dapat komisen dari Jobdirumah.
  5. Takdir dan rezeki. Korang kena percaya pada takdir. Korang dah berdoa siang dan malam. Korang usaha tak pernah kenal erti jemu. Tetapi sampai sekarang korang belum mampu untuk menjana komisen pertama dari program Affiliate. Orang lain, usaha tak seberapa, tetapi dapat komisen Jobdirumah tak pernah putus. Korang kena terima takdir dan rezeki korang mungkin belum masanya untuk dituai.
  6. Cikgu dan tenaga pengajar. Aku percaya. Dalam senyap-senyap korang tu, korang mesti ada seorang cikgu yang mengajar korang bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui blog kan? Cikgu ni tidak semestinya manusia. Blog pun cikgu juga kan? Sama juga seperti aku. Aku juga mempunyai sebuah blog idola yang menjadi nadi dalam menjana komisen Jobdirumah. Blog siapa? Blog Pondok Kecil milik Hafizul. Haha. Blog idola aku tu banyak mengajar cara-cara menjana pendapatan dari blog.
  7. Hebohkan. Setiap kali korang dapat komisen dari program Jobdirumah ni, korang mesti war-warkan dalam blog. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk membangga diri. Apabila korang publish artikel komisen korang tu, secara tidak langsung korang telah lakukan promosi. Promosi yang korang lakukan itu pula dalam tidak sedar dah disertakan dengan bukti. Produk yang korang jual jika ada bukti keberkesanannya, ada orang beli tak? Ada la…..
  8. Syukur. Setiap apa yang kita perolehi, bersyukurlah. Apabila kita bersyukur, pastinya akan ada lagi rezeki untuk kita. Apa orang kata? Syukur membawa berkat. Kan?
  9. Pelaburan. Dalam setiap kejayaan yang telah kita kecapi, berapakah nilai pelaburan yang kita telah lakukan. Jangan takut untuk melabur sekiranya kita nak berjaya. Laburlah duit korang sikit. Beli kitab SEO Merah Jambu. Baca, fahami, dan praktis. InsyaAllah korang pun mampu berjaya dalam Program Affiliate.
  10. Sudah. Dah banyak aku membebel kan. Hehe.

Ok. Panjang sangat aku membebel ni. Apa yang aku kongsikan ini hanyalah daripada pengalaman cetek aku bersama program Affiliate. Apa yang aku tulis, mungkin bertentangan dengan pendapat korang. Kan? Andai kata korang sanggup dan sudi kongsikan, silalah kongsikan apa yang korang rasa berkenaan dengan program Affiliate di ruangan komen di bawah. Jangan loket untuk berkongsi sedikit ilmu. Ye?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

52 thoughts on “Pendapatan Ke 20 Dari Jobdirumah”

  1. Saya pun baru dapat malam tadi 🙂

    Cuma belum masuk dalam akaun bank je lagi. Kalau tuan sudi berkolaborasi, In Shaa Allah potensi untuk dapat income berderet-deret lagi cerah.

    Wallahua’lam

  2. terima kasih atas tip Bro tu. Allah berikan rezeki yg berbeza-beza utk setiap kita yg bernama blogger.

    ada yg melalui affiliate..ada melalui nuffnang atau iklan dan ada melalui event

  3. Den memang setuju bab takdir tu. Namun sebelum kita berserah kepada takdir pastikan kita dah usaha sedaya mampu. Barulah boleh berjaya dalam Affiliate macam bro ni. Haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *