Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Masuk untuk kali kedua bagi Pendapatan Ke 29 Dari Jobdirumah. Bulan Februari, bulan yang agak meriah dengan duit online. Mana taknya. Dah dua komisen Jobdirumah masuk untuk bulan ni. Sebenarnya, masih belum capai apa yang ditarget untuk bulan Februari ni. Dan apa yang aku harapkan, duit dari blog Pondok Kecil akan masuk sepertimana yang aku target kan. Aminnn.
Korang jemu tak bila baca artikel bab komisen Jobdirumah ni? Kalau jemu, korang bagitau la ekk. Artikel yang aku kongsikan sebelum ni pun kosong aje. Yang ni pun mungkin kosong aje. Fikiran aku dah kelaut rasanya hari ni. Bila dah banyak cabang yang terpaksa difikirkan macam ni lah jadinya.
Dan aku rasa…
Masih banyak artikel-artikel yang tertangguh. Malas nak fikir semua tu. Aku rasa nak tulis artikel santai aje hari ni. Tak ada artikel tentang Awakkk, macam mana nak dapat sales banyak-banyak?, tips mendapat lebih komisen Jobdirumah dan sebagainya lagi tentang ilmu buat duit online.
Ok. Hari ni aku nak kongsikan kisah seram sebelum mendapat komisen Jobdirumah di bulan Februari 2014.
Bulan Februari tahun ni aku rasa bulan yang paling ngeri sekali. Memang ngeri sebabnya, belum sampai tengah bulan lagi, duit gaji dah habis. Licin dan disapu bersih. Duit dalam bank hanya boleh dikeluarkan cukup-cukup RM50. Lepas isi minyak kereta untuk tempoh beberapa hari sahaja. Duit belanja harian, duit ais cream anak, duit isteri nak beli itu dan ini semuanya tinggal habuk aje.
Dah beberapa bulan aku tertunggak nak bayar hutang. Bulan ni, aku nekadkan juga. Hutang mesti dibayar walaupun susah mana sekali pun kita nak membayarnya.
Ok. Selesai hutang untuk bulan Disember 2013, Januari dan Februari 2014. Bulan Mac, belum di kira lagi. Haha.
Beberapa hari selepas tu, fikiran aku asyik blur dan buntu semacam je. Fikirkan jalan macam mana nak dapat duit untuk belanja harian. Bebekalkan duit lebih yang ada, aku cuba jimat cermat sebaik yang mungkin. Beberapa hari yang lepas, makan tengahari berbekalkan mamee kari jer. Berturut-turut hadap menu yang sama. Sebelum ni nak merasa sekali seminggu pun susah. Haha.
Dipendekkan cerita….
Dalam beberapa hari tu juga, aku asyik bermimpi pasal duit. Sekali tu duit melambak dalam vollet. Sekali tu pulak, gaji aku mencecah RM3000 sebulan. Punyalah kuat aku fikir tentang duit sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Emosi untuk minggu tu, memang susah diramalkan. Banyak yang KO dari yang OK. Mujurlah isteri aku baik hatinya. Haha.
Tetapi…
Bila aku dapat mesej macam ni…
Hello Mohd Hafizul,Kami telah membuat pembayaran komisen anda.Jumlah yang anda dapat adalah RM25.00Sila ambil perhatian jika anda menggunakan bank selain Maybankia mungkin mengambil masa sehingga 3 hari bekerja untuk dikreditkan ke dalam akaun anda.Terima kasih sekali lagi kerana menjadi affiliate hebat!==============================================================
Gelak sakan untuk seketika. Sukanya aku dapat duit dikala terdesak macam ni. Walaupun RM25. Rasa macam RM25k. Haha. Dan hari ni, dapat lagi RM25. Leh la belanja anak makan ais cream magnum tu.
Rumusannya…
- Percaya dan yakin. Rezeki ada dimana-mana dan kita tak kan kebulur jika kita berusaha mendapatkan rezeki tersebut.
- Jom daftar program Jobdirumah. Mana tahu korang leh rasa kenikmatan sebagaimana yang aku rasai saat ni.
- Percaya akan kebolehan diri sendiri, blog sendiri dan jangan putus memohon pertolongan dari-Nya.
- Hari ni kita susah. Esok kita susah. Tak kan lusa pun kita nak rasai kesusahan yang sama. Bangun, bangkit dan aturkan langkah semula.
- Hutang mesti dibayar. InsyaAllah. Makin murah rezeki korang nanti.
- Ya. Aku bercakap tak serupa bikin.
- Terpulang la korang nak percaya ke tak.
Haha. Ok. Dah siap artikel santai yang aku hasilkan untuk tatapan manja korang semua. Kepada yang nak cuba program Affiliate Jobdirumah ni, sila daftar di sana ~~> Pendaftaran Affiliate Jobdirumah
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
nanti..lama-lama..dapat la tu lagi banyak-banyak..
Emm terima kasih Encik Titan..tu lah..target nak dapat 10 komisen sebulan memang tak pernah dapat..paling banyak pun 2,3 aje..emm kena lebihkan makan cendol ni..hahaha
haa..tau takpe. kasi makan cendol lebih sikit la..
sbb akan ada cendol ker. boleh borak makan sambil bicang pasal jdr ini heee
Nie bukan artikel santai.. ble tahan panjang jgk nie.. Hehe 😀
Tapi ada benarnya apa yg tertulis dalam entry nie.. Bak kata Felixia Yeap.. Rezki tu ada di mana2.. satu pintu tertutup, ada pintu lain terbuka… 🙂
Yup..janji kita rajin mencari dan terus mencari pintu tersebut..terima kasih bro..hehe
Betul tu bro.. rezki dah ada cuma kita je yg malas cari.. Allah tak zalim dengan hamba2NYa.. Ada usaha sungguh2 dan doa, In shaa Allah, Allah akan buka jalan..
Terbaca dekat twitter td pondok kecil cte pasal benda nie.. saya pun apa lg, terus terjah kot2 ada kejutan lg dalam entry nie macam entry cerita seram malam selasa tu.. Haha 😀
Haha..tak ada kejutan lah bro..biasa2 aje..hahaha
Tu la pasal… Kali ini xde kejutan elektrik.. 🙂
tahniah bro..KB tak rasa jemu bila PK berceloteh dalam blog ini..apa yang pasti terhibur maa..
Terima kasih KB atas sokongan yang diberikan…hehe
ini bila kes bapa nak bebel kalah mama haaa…nak bebel isteri takut si dia lari tu dia tempiskan di blog sahaja.
errrr…
Alhamdulillah. Terbaiklah bro. Mungkin ada yg rasa RM25 tu sikit, tapi bagi bro dan ambe jugak..ia amat bernilai…dapatlah beli apa yg anak2 mintak…nak belanja isteri…kena tunggu 1-2 komisen lagi…hehe
semoga terus dilimpahi rahmat rezeki Allah utk bro dan kita semua..ameen ameen ameen =)
EMm nak belanja isteri memang kena tunggu komisen masuk lagi la..komisen ni leh la belanja anak..haha..anak tak makan banyak..isteri makan banyak..hehe
ha kejam mengata tu cis tak sayang isteri ni hee..murah rezekikan kalau jamu mereka yang tersayang makan-makan
eh bro…komisen affiliate kerjaya pun bro dapatkan? hehehe =)
Dapat gak..tapi tak banyak la..mana tahu ni???confius2..haha
dah dapat tapi sengaja lokek tak mahu kais tahu.ye ker?
Assalammualaikum…
Berdikit2 moga nanti bertambah rezeki.. insaallah mselim3 pun ada perancangan nk buat affiliate nie.. slow2 dulu… mselim3 nak stabilkan trafik.. dan nak buat affiliate yang bersesuaian dengan niche blog insaallah doakan pulak mselim3 berjaya k..
InsyaAllah..jika ada kemahuan dan usaha disitu ada jalannya..terima kasih mselim..hehe
santai tapi best le post nih… ..
Ye ke ni?tak tipu????hahaha…
makin hebat sudah cecah angka 29…tahniah bro..!!
Terima kasih PM…semoga lepas ni makin lebat lagi..aminnnn
Wah semakin menjadi tahniah bro…
Ps-bagi tips skit
Haha..tipsnya macam biasa…rajinkan diri untuk blogwalking..hehe..terima kasih bro…
tahniah bro
jumlah ke 29 tu
kalau darap 29 dgn RM25 mmg dah byk hasil nya 🙂
Yup.. sikit2 lama2 jadi bukit jg 🙂
Yup..kalau tak pernah guna duit tu memang nampak banyak..bila dah guna, memang tak nampak mana pun jumlah duit yang sebenar dari jobdirumah ni…masuk satu, satu habis..masuk dua, dua habis..boros2..haha
Nanti balik ke jerteh nak berguru dengan bro lah. Tahniah.
Haha..tak layak pun saya ni nak ajarkan bro..bro ilmu dah lama dalam dunia ni..saya baru sikit..haha
Tahniah wehhh… banyak udah tu.
Terima kasih bro..yah..dari satu sudut dah nampak banyak dah tu..hehe
Tahniah.
Terima kasih bro..hehe
sikit2 lama2 makin banyak tu
InsyaAllah…aminnn..terima kasih bro..hehe
menarik gitu, duit rm 1 pun sangat berharga kalau kita dah terdesak, apa lagi rm 25.
xde satu, maka x akan ada seribu..
Yup..betul tu bro..thanks sebab memahami..hehehe
Tahniah x 29… semoga lebih banyak pendapat melalui blog berjaya diperolehi selepas ini. .
InsyaAllah..semoga apa yang ditarget berjaya dapat..thanks bro..hehe
Haritu pun ada dapat duit jobdirumah. Alhamdulillah sangat. hehehehehe
Emm gembira bukan kepalang ni kan?hehe..tahniah sebab bukan senang nak dapat duit jobdirumah tu..hehe
rezeki tak akan di sangka -sangka ini percubaan dna terus dapat
Perghh lagi seorang akan dapat angpau Job Di Rumah lepas cikgu cendol
Terbaik, belum ada masa nak promote affliate ni, letak je..
Emm akan dapat ampau apa pulak bro?ampau yang JDR sediakan ke??hehe..sale tak memberansangkan pun..tak lepas nak dapat ampau tu..Macam cikgu cendol tu lain la..orangnya rajin..memang layak pun dapat ampau..hahaha..thanks bro..
alhamdulillah
nanti boleh la belanja aku makan tapai ubi
dah lama tak makan tapai
Emm insyaAllah kalau ada kebetulan apa salahnya kan?hehe
terbaik bro Good luck yea
Hehe..insyaAllah..terima kasih bro…
alhamdulillah tahniah pk
kita tunggu dia buat contes mau kan sis aju?
Terima kasih Aju…hehe..rezeki kan…