Pendapatan Ke 37 Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Pendapatan ke 37 dari Jobdirumah telah pun berjaya diperolehi. Walaupun begitu, masih belum berjaya mencapai target untuk bulan Januari 2015 ni. InsyaAllah. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya.

komisen jobdirumah 37
Alhamdulillah….

Komisen Jobdirumah sekarang ni semakin perlahan. Jadi, disebabkan itulah aku berpaling arah untuk mencuba program Affiliates yang lain. Tak sanggup untuk menunggu dan terus setia dengan program Affiliates Jobdirumah.

Salah satu tujuan aku juga adalah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan online khasnya buat duit dengan blog. Nak harapkan satu program Affiliates aje memang tak tahan lama “gembira” yang dirasai.

Walaupun begitu, aku juga menghadapi kesukaran apabila menyertai banyak program Affiliates. Salah satu masalah yang paling utama setakat ni, ialah masa. Tidak dinafikan. Aku memang seorang yang malas dan sukar untuk disiplin.

Banyak juga program Affiliates yang terbengkalai. Entah bila aku dapat aturkan semula masa yang aku ada ni. Agar setiap hari aku dapat rasai nikmat kegembiraan sepertimana aku kecapi hari ini.

Kepada mereka yang ada keinginan untuk menambahkan sumber pendapatan sampingan, boleh la buat blog sendiri. Lepas tu daftar untuk menyertai program Affiliates. Untuk permulaan ni, memang susah sikit nak dapat komisen pertama.

Banyak yang makan hatinya.

Tetapi, selepas korang nampak “FLOW” dan tekniknya, mesti korang gembira. Terlampau gembira walaupun nilai komisen pertama tu tak sampai RM50.00.

Permulaan ni, merumitkan. Korang kena terima hakikat tu. Dan aku sendiri pun, sampai sekarang masih belum berjaya untuk stabilkan duit blogging. Masih belum berjaya mencapai target setiap bulan. Dan masih belum berjaya khatam ilmu affiliates dengan jayanya.

Semua itu tidak semudah yang disangka. Tambahan pula, masa yang ada cukup-cukup makan aje. Maklum la. Usia semakin tua. Nak berjaga malam pun dah tak larat. Haha.

Aku dah rasa suatu masa dulu. Sekarang, giliran korang pula. Ok la. Aku malas nak sembang panjang sangat hari ni. Banyak kerja lagi yang perlu disiapkan untuk merialisasikan impian aku dibulan Februari nanti. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

60 thoughts on “Pendapatan Ke 37 Dari Jobdirumah”

  1. Salah satu kekurangan kita sebagai agen affiliate ialah kita tidak dapat mengawal produk kerana ianya bukan produk kita.

    Jadi,menjual produk affiliate ada sedikit perbezaan strategi berbanding menjual produk sendiri.

  2. Assalamualaikum saudara Hafizul…. semoga sejahtera. Tahniah buat anda dah sampai komisen ke-37. Banyak tu…. moga terus-menerus memperolehi rezeki melalui affiliate ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *