Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Hari ni dapat satu emel dari pihak Maybank. Komisen ke 39 Jobdirumah telah pun selamat masuk ke akaun bank. Boleh la buat belanja untuk sehari dua. Target untuk mendapat komisen setiap hari tidak kesampaian.

Lagipun, komisen yang diperolehi ni merupakan jualan untuk minggu lepas. Usaha perlu dilakukan dengan lebih gigih dan keras lagi. Barulah berjaya dapat komisen setiap hari. Walaupun begitu, seringkali aku berhadapan dengan masalah pengurusan masa.
Tak tahu la sekarang ni susah untuk konsisten dengan blog. Nak kemaskini artikel setiap hari pun belum berjaya lagi. Bila tiba musim cuti, Pondok Kecil turut sama bercuti. Haha. Maklum aje la. Siapa tak suka rehat dan rilek sepanjang hari. Kan?
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah membeli panduan kerja Jobdirumah. Semoga korang mendapat sesuatu daripada pelaburan yang telah dilakukan itu. Aku tahu. Aku juga sedar. Bukan senang untuk memohon kerja dengan orang luar. Tambahan pula, penggunaan Bahasa Inggeris haruslah dikuasai dengan baik.
Barulah seronok dan bahagia untuk memohon kerja.
Kadang-kadang tu terfikir juga.
“Alangkah seronoknya kalau majikan boleh cakap Kelantan…”
Tapi itu semuanya khayalan semata-mata. Jauh panggang dari bara.
Walau apa pun yang sedang aku fikirkan, itu tidak mampu untuk mengubah apa-apa pun. Apa yang mampu dilakukan ialah teruskan berusaha dengan sedaya yang mampu. Bak kata pepatah, nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Bila dah ada usaha, bukan gunung Jerai aje aku mampu jejakkan kaki. Everest sekali pun, mesti tak ada masalah lagi. Yang penting, kemahuan dan niat diri sendiri.
Ok. Aku tak sembang panjang hari ni. Banyak kerja yang perlu dilakukan hari ni.
Kepada mereka yang teringin untuk cuba memohon kerja dengan majikan luar, sila baca panduan yang dibekalkan oleh pihak Jobdirumah.

Baca, fahami dan buatlah keputusan yang bijak.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
handal lu bro ! 😉
Sikit2 jer bro..haha
oklah tu.
dah 39 kali dapat tuh.
Hehe..terima kasih cikgu..hahaha
terbaik bro pk yeah..boleh maju kedepan lagi ini.syukur.
InsyaAllah..aminnn..terima kasih yer..hehe
bab ni demo meme power…haha
Dop sampai tahap power ranggers lagi..hahaha
Dahsyat bro. Saya baru dapat sekali. 😉
Haha..tak dasyat la bro..dua tahun punya komisen ni..hahaha…
wah masih masuk lah dia punya jobdirumah,
Alhamdulillah..masuk lagi..hehe..
baru kawan tahu yang link kawan dah banyak yang broken huhuhu
Ohhh..kena baiki cepat tu bro..
saya juga turut berusaha sekarang ini..buat promosi berterusan walaupun belum tahap dewa katakan..
Hahaha..nanti lama-lama sampai la tu tahpnya..hehe..semoga rajin dan terus rajin mempromosikan produk ni..hehe