Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat bekerja untuk warga pendidik semua. Kepada yang dalam mood cuti, sila kemaskini fikiran anda yang cuti dah habis. Kepada cikgu-cikgu diharap korang semua sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan sebagai pendidik. Besar amanah korang semua wahai warga pendidik. Hehe. Kadang-kadang terasa ada keuntungan juga jadi cikgu kan? Oh Cikgu, setiap tahun ada cuti. Tempoh cuti pun lama jer. Cuti gaji berjalan. Tak macam aku bila nak cuti, awal-awal dah fikir duit gaji mesti kena potong. Tak kira lah cuti apa pun, asal jer sebut cuti, gaji mesti kena potong.
Inilah diantara kelemahan apabila bekerja dengan bayaran gaji harian. Tapi apa boleh buat. Dah nasib badan macam ni. Dah dapat kerja macam ni, redha aje lah. Ramai lagi insan perihatin kat luar sana yang belum mempunyai pekerjaan. Dalam suka duka menempuh alam pekerjaan, ada beberapa perkara yang sentiasa mengembirakan hati. Apa dia? Program Jobdirumah tidak pernah mengecewakan. Setiap minggu ada sahaja duit masuk. Walaupun nilainya tak banyak, tapi cukup la untuk menampung kos menyara Pondok Kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Alhamdulillah hati gembira, hidup pun ceria. Salah satu petua awek muda, hidup kena ceria. Hehe.
Sekurang-kurangnya duit tu nanti boleh digunakan untuk kebaikan blog Pondok Kecil. Mana tahu nanti ada rezeki lebih boleh upah Eizil Network buat themes Pondok Kecil. Jadi, untuk merialisasikan impian aku tu, aktiviti menabung perlulah dilakukan sekarang. Hasil Program Jobdirumah ni tak akan disia-siakan. InsyaAllah. Kita orang miskin buat cara orang miskin. Nak beli sesuatu yang mahal kena simpan duit dulu. Secara tidak langsung ini akan mendidik kita menjadi seorang yang berjimat cermat. Jangan terlampau berjimat cermat sudah la. Nanti lari anak isteri.
==> Klik Di Sini Untuk Penerangan Terperinci Jobdirumah.
Korang pula macam mana? Mesti korang lagi hebat bila buat duit dari blog. Aku baru nak belajar. Kalau salah, sila tunjukkan jalan yang betul. Namun, berapa kerap sahaja yang sanggup membawa kita ke jalan yang betul. Kan? Kalau tak, tak kan ada istilah kawan makan kawan. Kawan tikam belakang. Haruan makan anak dan sebagainya lagi. Kita nak berjaya, kita kena usaha sendiri dan jangan mengharapkan pertolongan orang lain 100%. Pengalaman yang kita perolehi sendiri lebih bermakna daripada pengalaman yang kita perolehi dengan bantuan orang lain.
Malaysia kini semakin hari semakin pesat membangun. Keadaan dan taraf hidup sekarang ni dah lain. Sekarang kalau tak ada duit RM10 dalam dompet, dah rasa tak aman. Anak aku masih kecil lagi. Perbelanjaan tak terasa bebanan lagi. Setakat pempers dan susu, itu semua aku tak hairan. Kebas duit isteri jer. Haha. Jahat kan aku. Aku bukan jahat tapi itulah hakikat yang aku harus terima. Duit gaji berapa sen sangat lah. Kadang-kadang tak sampai tengah bulan, duit gaji dah habis.
Tapi sekarang rasa lega sikit. Hasil Program Jobdirumah sedikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup aku. Menabung sikit, buat belanja harian sikit. Tak ke seronok macam tu. Sekarang aku dah mula menjual ebook panduan menjahit baju kurung dan baju melayu. Tunggu korang beli ebook panduan menjahit, korang tak beli-beli. Dah puas aku buat promosi. Tak pasal-pasal aku ketuk pintu rumah korang mintak korang beli ebook panduan menjahit ni. Masa tu mungkin aku kena maki hamun, aku kena puji, aku kena kutuk. Itulah perkara asas yang harus aku terima apabila bergelar seorang peniaga jalanan.
Bukan mudah nak berjaya. Bukan susah nak gagal. Itulah penyuntik semangat aku untuk meneruskan kerja sambilan sebagai seorang peniaga jalanan. Harapan untuk hari esok, ada la yang sudi membeli ebook panduan menjahit baju kurung. Aku bukan tak nak promosi ebook tersebut di blog Pondok Kecil. Aku nak cuba promote kat korang semua, tapi itu bukan target aku. Biarlah Pondok Kecil selesa dengan Program Jobdirumah. Untuk ebook panduan menjahit baju kurung, aku selesa buat promosi di tepi-tepi jalan jer. Hehe.
Ebook Panduan Menjahit Baju Kurung dan Baju Melayu
p/s : Betul ke korang tak nak tengok ebok panduan menjahit ni?
Tahniah
Terima kasih bro..hehe
banyak maklumat itu mudah masuk
bestnya dapat pendapatan melalui blog..
rezeki…
Ha ah..memang best bro..hehe
tahniah…saya tak terer bab2 nak promote affiliates ni..kongsi la tips banyak2.. =)
Haha..tiada tips yang istimewa pun mama I.A..tak mencuba memang la tak terrer..try cuba baru tahu..hehe
hoho..tahniah. gua dah kata dari dulu lagi kan..
Haha..memang la en titan kata-kata memang power..
Kena dgr cakap sifu, baru berkat dan menjadi =)
Hehe..betul tu..hehe..
wah…masyuk la tu sehari dpt rm25..tahniah
Terima kasih Ibu..Rezeki..alhamdulillah..
Kena sediakan tabung asing utk duit online ni..hehe
Ha ah..saya kumpul dah..satu bank khas untuk duit online ni..nanti akhir tahun nak calculate senang..huhu..
Senangnya dapat duit dari blog dengan guna affiliate jobdirumah ni
Ha ah..memang senang kalau ada orang berkenan nak menyertai program ni..hehe
tahniah, byk juga bro dah dapat
Emm terima kasih..ada la sikit2..lepas la bayar domain nanti..hehe
lagi dan lagi….memang masyuk tu…pasti seronok kan?hehe
Ha ah..meme doh boh..haha..
nati kawe helo demo nok korek rahsia…haha
Ahh parok doh la..kawe buke otai boh…haha..
dok nati ko otai kalu kito nok cari ilmu nih…hahaha
otai pun belum tentu ado ilmu hok demo ado ni…
Hahaha..teruk doh kawe make pujian demo nih..reboh dop bangun kekgi kawe..hahaha
haha…parok setaro tu gak…
Hola kawe meme parok kalu saing2 puji lagu ni gak..haha
bagus
tahniah makin menyegat ni 🙂
Hehe..terima kasih bro..menyengat ke?haha
wah kita sahaja tak dapat pukal sedihnya
Alah nanti tiba masanya pukal dan borong pun boleh dapat..hehe
tahniah…tahniah bro….
Terima kasih bro..hehe
fulamak.. masyuk tu bro 🙂
tahniah
Terima kasih saudara Sop..alahmdulillah rezeki..hehe
sop apa kurangnya segat berbisa jugakan
Haha..Sop banyak pengalaman dah Suri..hehe
Rezeki masyuk lagi ya bro
Ha ah..rezeki bulan Mac ler ni..boleh bagi hadiah kat top komen blog pondok kecil..hehe
Tahniah bro…Mmg usaha dan doa akan menghasilkan impak yg menceriakan hari kita…
Moga terus sabor dan berusaha dgn rajin..inshaaAllah adalah tu…
p.s. terima kasih bro selitkan link ambe…sukenya ambe…hehe
Hehe..sekali sekala kawe wi deme bonus lah..kebetulan kawe ada baca artikel deme tuh..tu yang kawe selitkan tu..terima kasih sebab deme suke..hahaha