Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ingat lagi tak pada artikel yang bertajuk Ini Pun Boleh Di Jadikan Artikel Menarik?. Di akhir artikel tersebut, aku ada tulis yang aku dalam keadaan gembira. Sebabnya hari tu aku dapat emel dari jobdirumah. Emel berbunyi, tahniah, anda dapat komisen. Gembira bukan main lagi waktu tu. Dah lama aku tunggu ayat-ayat romantik macam ni. Dah lama aku tunggu pendapatan kelima dari jobdirumah ni. Maklum la dalam bulan tiga, ini yang pertama aku dapat. Tak sama dengan bulan dua hari tu.
Kredit : Google
Ingatkan aku dah tak ada harapan lagi untuk mendapat komisen. Rupanya rezeki dari program jobdirumah ni masih memihak kepada pondok kecil. Terima kasih Ya Allah. Andaikata aku boleh jana 10 komisen atau pun lebih dalam masa sebulan, aku akan pertimbangkan permohonan aku untuk menjadi full time blogger. Menjadi full time blogger ni, kena ada banyak sumber kewangan. Salah satu adalah dari pendapatan pasif macam ni. Cuma pendapatan dari iklan sahaja yang masih belum mampu aku kuasai.
==> Jana Pendapatan Dari Jobdirumah Sekarang
Keadaan kerja sekarang sangat sempurna sangat. Tapi entah kenapa emosi untuk resign tu amat memuncak waktu ni. Dugaan apa la ni. Ada satu ketika tu, otak aku asyik duk fikir kerja lain jer. Sampaikan kerja-kerja yang sedia ada banyak yang tertangguh. Namun, demi mencari rezeki untuk keluarga, aku abaikan seketika perasaan tu. Kalau ikutkan perasaan tu, sampai bila-bila pun tak kan selesai. Sampai bila-bila pun orang akan cop aku ni makan gaji buta. Kan?
Bagi mereka yang ingin menambah pendapatan melalui program jobdirumah ni, apa kata korang baca dulu artikel yang bertajuk Review Jobdirumah. Mungkin ada sesuatu yang akan korang perolehi dari artikel tersebut. Aku dulu pun daftar program jobdirumah ni dengan ilmu yang kosong. Sikit-sikit aku selak dan aku study dari mereka yang telah berjaya dengan program ni. Beberapa bulan selepas aku sertai program ni, memang tak menampakkan hasil. Awal tahun 2013, baru ada hasilnya.
Betul la kata pujangga. Tak kenal maka tak cinta. Tak rasa maka tak tahu. Tak sporting maka sombong la tu. Betul ke? Hehe.
Ada juga rakan blogger yang baru daftar terus dapat komisen. Ini bermakna program jobdirumah ni bukan program tipu. Bukan program yang suka main sorok-sorok. Kejap ada, kejap tak ada. Korang usaha, korang akan dapat hasilnya. Kadang-kadang aku rasa segan juga nak promosikan menda macam ni. Orang kaya main cara orang kaya. Kita orang miskin, main cara orang miskin. Bukan nak mengata cuma terasa.
p/s : Maaf, aku teremosi sikit waktu karang artikel ni.
Pernah saya baca mengenai Job di rumah tapi tak tahu cara nak mula
Cara dia senang ajer..kita boleh buat dua pilihan..Nak join program affiliate @ nak lakukan kerja yang mana ditawarkan oleh jobdirumah..senang aje bro..hehe
Tahniah bro PK.
Cara yg kedua tu bro ada dapat tak?
Emm cara kedua masih lagi dalam usaha..kena ada akaun paypal dulu baru senang nak buat kerja..masa yang ada agak terhad untuk meneruskan cara kedua ni..insyaAllah akan lakukan juga..
tahniah bro, sikit lama2 riban2 tu 🙂
Hehe..terima kasih AUC..harap riban2 tu tercapai ler..
Mudahnya menjemput rezeki tak gitu kawan
Ha ah..mcm tu lah kiranya..hehe
tahniah sudah semakin baik pendapatannya..
Terima kasih hafiz..hehe..
akan dapat lagi. jangan risau la. haha
Ok..saya risau juga tapi selepas mendengar kata-kata en titan, rasa lega sikit..hehe
Tahniah lagi sekali bro!
Usaha tanpa jemu inshaaAllah akan ada hasilnya. Lambat atau cepat aje, kan? =)
Moga rezki utk anak2 isteri makin murah lepas ni.
Emosi? Biasalah, kadang2 terganggu jugak tuh…tenang2 yer bro =)
Terima kasih bro atas nasihat berguna ni..emosi memang sentiasa mengganggu..dan membelenggu..insyaAllah rezeki untuk keluarga..hehe
Rasa dengki pulak kat awak ni? Saya baru dapat satu dia dah yg ke 5, pasti ada rahsia yg tersembunyi yg tak dikongsi kat saing2 ni??? Dula saya selalu berkata ” pondokkecil sedkit lagi jadi banglo.
Hehe..tak ada apa-apa yang nak disorokkan..tunggu ajer yang kedua, ketiga dan seterusnya..dah dapat sekali, tak mustahil untuk dapat yang kedua..terima kasih atas kata-kata semangat ni..hehe
tahniah dan lagi-lagi tahniah…you deserved it!
Terimo kasih boh.rezeki anok..ko rezeki baby???hahaha
lain mace bunyi tu…nok tamboh rakyat ko?haha
tahniah yer bro. moga terus dapat rezeki ni akan datang.
Terima kasih Denaihati..insyaAllah kalau dah rezeki + usaha tak kan kemana kan?