Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi di atas segala rezeki yang telah diberikan. Rezeki memang sukar untuk diduga. Kadang-kala ia hadir tanpa di paksa. Kadang-kala ia hadir dengan dipaksa. Begitulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia. Mencari sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan merupakan satu tuntutan. Sabar, usaha dan tawakal adalah kunci kejayaan. Usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa mendorong seseorang itu untuk berjaya mengecapi apa yang di impikan.
Kredit : Google
Satu waktu dulu, aku sendiri tidak percaya yang aku akan memperoleh kejayaan macam ni. Buat blog semata-mata nak mengisi masa lapang sahaja. Tidak terniat untuk menjana pendapatan melalui blog. Tapi bila dah nampak jalannya, sikit-sikit aku tebas. Sikit-sikit aku buat lorong agar jalan tersebut senang untuk dilalui. Tak sangka kali ni dah kali ke 7 aku dapat duit melalui blog. Ternyata program jobdirumah ni bukan khayalan semata-mata. Anda usaha, anda rajin, anda bijak, anda akan dapat hasilnya.
==> Nak rasa apa yang saya rasa? Klik kat sini.
Bulan ni bulan yang paling mengembirakan. Penungguan selama beberapa bulan akhirnya terjawab. Untuk contest SEO anjuran ohcikgu dot com, aku mendapat tempat saguhati untuk otai review. Bunyi perkataan otai review tu macam best ajer kan? Aku sendiri tak menyangka. Selepas pengumuman tarikh tutup contest hari tu, aku terus melupakan pertandingan ni. Aku tahu aku tak mampu kecapi apa-apa pun dalam pertandingan SEO ni. Mahupun Otai LIKE dan Otai G+. Namun siapa sangka, kalau dah rezeki tak kan kemana.
Hidup ni banyak kemungkinannya. Banyak mustahilnya. Kadang-kala kejutan sebegini yang akan memeriahkan lagi dan mencorakkan lagi warna warni kehidupan kita. Pada si gadis cantik, Akma Omar, banyak akak bahang yer? Haha. Tahniah saya ucapkan. Semoga tahun 2013 tahun yang lagi kacak untuk anda. Tidak lupa juga pada pemenang-pemenang yang lain. Onlajer, nanti boleh la belanja Pondok Kecil ilmu SEO yer? Hehe.
Perasaan setiap kali mendapat tempat dalam sesebuah pertandingan amat mengembirakan. Namun target utama bukan kemenangan yang aku cari. Tapi ilmu dan kesan sampingan yang akan diperolehi oleh Pondok Kecil, itu yang menjadi keutamaan. Pernah satu ketika, statistik kekasih hati Alexa berada di tahap yang membanggakan. Sampaikan ada beberapa rakan blogger bertanyakan aku tips untuk mencantikkan kekasih hati Alexa. Sedangkan waktu tu tak banyak masa yang diperuntukkan untuk blogwalking. Semua ini berlaku kerana 3 contest SEO yang aku sertai dalam masa yang sama. Itulah kehebatan menyertai contest SEO.
Memang benar ilmu berkenaan dengan SEO ni tak banyak yang mampu di kuasai. Kalau dikira peratusan, dalam 1% jer. Tapi disebabkan bukan target untuk menang, aku sertai juga. Biarlah orang nak kata aku tak sedar diri. Aku ni bajet bagus. Aku ni mengada-ngada. Kebaikan yang Pondok Kecil perolehi, korang semua tak kan merasai. Hanya aku dan Pondok Kecil sahaja yang akan mengecapinya. Pahit, manis, tawar dan masam, aku bersama Pondok Kecil yang akan laluinya. Oleh itu, sekiranya ada contest SEO lagi lepas ni, korang jangan segan silu nak sertai.
Ok bagi mereka yang ingin melakukan kerja sambilan di rumah, korang boleh la baca artikel yang bertajuk Review Jobdirumah.
Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang begitu bermakna ini.
P/s : Terima kasih ohcikgu. Semoga rezeki blogging makin mantap.
Tahniah. teruskan lagi!
Terima kasih man..akan usaha lagi sebab hasilnya menarik..hehe
wahhh… razeki tu.. perghhh blogger 🙂
Terima kasih bro..alhamdulillah rezeki..hehe
masyuk…masyuk dan terus masyuk….
Terima kasih bro..hehe
Rajin berusaha mesti dapat hasil yang masyuk…
Terima kasih bro..emm begitulah kiranya..hehe..yang penting jgn putus asa..
Dah ketujuh dah tu..rasanya baru je lepas entri yang keenam..hebat2…
Hehe..terima kasih bro..rezeki ni susah nak diduga..kadang-kadnag cepat kadang-kadang lambat..
Tahniah makin murah rezeki bro dalam blogging…:)
Emm terima kasih bro..hehe..alhamdulillah rezeki..
boleh berkongsi tips bro….:)
Emm tiada tips istimewa pun bro..sama jer macam rakan blogger lain buat..barangkali rezeki aje memihak kepada pondok kecil.
tahniah. gua dah cakap kan sebelum nih. haha..
Hehe..terima kasih bro..masin betul mulut en titan..hehe
tahniah
rezeki ada dimana2 yg penting usaha
lama Sop x join affliate 🙂 produk bagus mmg byk sale boleh dapat:)
Hehe..terima kasih sop..betul tu.,.yang penting usaha..tak ada usaha tak ada hasilnya..
tahniah..makin masyuk la skang pendapatan online..bagus2…
Terima kasih ibu..alhamdulillah rezeki blog..hehe
Tahniah, tunggu yang ke 8 pula
Terima kasih bro..yang kelapan bakal menyusur..hehe
ramai yang bercerita pasal jobdarirumah ni…macam menarik …
Emm memang menarik pun bro..sila lah join kalau hati dah berkenan..hehe
tahniah…berganda kemenangan yg bro kecapi…:)
Terima kasih bro..hehe..alhamdulillah rezeki..
alhamdulillah
nampaknya rezeki mencurah2 tu
Terima kasih bro..alhamdulillah rezeki bulan Mac..hehe
Semoga dpt lagi dan lagi….jelous ni aku, asyik di je yg dpt. He..he..Saya pun turut kagum dgn si cantik jelita Akma Omar. Selalu aje dpt menang contest. Tahniah buat dia..Hidup ini ada keistimewaannya. tuah manusia tiada siapa yg tahu.
Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia tiada siapa yang tahu,
Kalau ada rahsia nak dpt lebih ni tolong beri,
Itu seandainya si Hafizul setuju.
Hehe..terima kasih bro..wahh dah lama tak berpantun..sedap jugak pantun nih..haha..dalam maknanya..tiada apa-apa rahsia pun..tiap kali buat artikel berkenaan dengan jobdirumah, saya cuba karang biar mereka yang baca rasa berkenan nak mencuba program ni..selebihnya dah rezeki blog pondok kecil kot..hehe
Alhamdulillah.. semoga dibukakan lagi pintu rezeki bro seluas-luasnya.. amin… 🙂
Aminnn..terima kasih boni kacak..atas doa tu..terharu sgt..hehe
Tahniah bro.. Semoga lepas ni lagi banyak masuk…
Terima kasih bro..hehe..insyaAllah makin banyak lepas ni..
Tahniah..harap2 sehari dua lagi akan menyusul pulak entri untuk komisen yang ke-8..hee..hee…
Hehe..ada lagi kot lepas ni..terima kasih bro..hehe
Salam perkenalan. Pertama kali dengar jobdirumah. Apa-apa pun, tahniah ye. Usaha yang membuahkan hasil.
Terima kasih yer..hehe..
Hehe..dah rezeki PK..tahniah juga ya…
Terima kasih Akma..hehe