Pendapatan Kelima Dari Panduan Menjahit Baju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Belajar menjahit dengan panduan menjahit baju yang terjamin kesahihannya amatlah perlu diambil perhatian yang sewajarnya. Pelbagai jenis panduan menjahit baju yang terdapat di pasaran. Pasaran online mahupun pasaran offline. Selaku pembeli dan pengguna yang bijak, kita seharusnya ambil cakna pada hal remeh temeh macam ni. Bukan apa kot nanti membazir pula. Kan?

panduan menjahit baju

Ok. Beberapa hari yang lepas, aku dapat komisen daripada panduan menjahit baju. Lama sungguh tak dapat komisen macam ni. Syukur Alhamdulillah. Rezeki aku daripada program Affiliate masih lagi berjalan walaupun dalam keadaan yang sangat perlahan.

Sebulan sekali masuk komisen pun dah rasa bersyukur sangat. Dapatlah buat apa yang patut dengan duit yang masuk tu. Nak belanja lebih-lebih macam awal tahun lalu memang tak boleh dah. Dulu, paling banyak dapat 4 komisen dalam sebulan. Sekarang ni nak dapat satu komisen pun susah yang terlampau sangat.

komisen daripada panduan menjahit bajuRM25… Tak banyak tapi CUKUP bermakna…

Jutaan terima kasih kepada mereka yang sanggup mengeluarkan modal membeli ebook panduan menjahit baju ni. Aku tahu korang semua memang ada cita-cita nak berjaya dalam bidang jahitan. Ke korang beli ebook ni sekadar nak buat amal jariah je? Tak kan? Bila dah ada ebook tu, aku harap korang baca. Nak senang dan memudahkan korang, elok lah print dahulu ebook tersebut. Jadikannya sebuah buku yang sangat elok dimata korang. Baik di dalam mahupun baik diluar.

Bukan apa. Bila korang tengok kulit buku menjahit yang sungguh kiut dan menarik tu, boleh la memberi korang lebih semangat untuk melakukan aktiviti menjahit. Tidak dinafikan. Aktiviti menjahit merupakan salah satu aktiviti yang menjemukan. Kan? Bagi aku la. Ye la. Nak kena potong itu, potong ini, kerat sana, kerat sini. Sangat leceh.

Tapi…

Pulangan hasil yang akan korang perolehi untuk sehelai baju, memang sangat lumayan. Lepas tolak kos beli benang, jarum, minyak mesin, getah itu, getah ini dan sebagainya korang mampu mengaut keuntungan sekitar 50% daripada harga upah. Itu aku kira kos permulaan untuk menjahit.

Dan sekiranya kalau korang dah lama terjebak dengan kerja ni, dah ada benang yang cukup, jarum yang tak pernah patah, makin banyak keuntungan yang bakal korang perolehi. Jadi, fikir-fikirlah. Tak kan selamanya nak hidup di takuk lama. Ada peluang untuk kita mengubah hidup, sila rebutkan peluang itu seberapa pantas yang boleh. Ye?

Kepada mereka yang berminat, boleh la dapatkannya di sana ~~> Panduan Menjahit Baju

Bersama kita maju dalam bidang jahit menjahit ni. Hehe.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

37 thoughts on “Pendapatan Kelima Dari Panduan Menjahit Baju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge