Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih kepada mereka semua yang memberi kata-kata semangat dalam artikel yang bertajuk Mencari Rentak dan Irama Blogging. Terima kasih semua. Hari ni nak kongsikan berita gembira dengan korang semua. Berita gembira daripada panduan baju kurung. Walaupun aku tak menyangka aku akan dapat duit dari program ni, namun itulah hakikat yang harus aku terima. Walaupun aku tak pandai dalam membuat promosi, namun inilah hakikat yang aku kena terima.
Pendapatan Pertama Dari Panduan Menjahit Baju
Alhamdulillah. Beberapa hari yang lepas aku telah mendapat duit dari program panduan menjahit baju. Kelmarin baru perasan emel daripada Maybank. Kenapa la sebelum ni aku tak perasan. Terima kasih aku nak ucapkan pada mereka yang sudi membeli ebbok belajar menjahit tu. Aku harap korang beli, korang belajar sampai pandai lah yer. Sebab dengan kemahiran jahitan ni, kat mana korang duduk pun korang boleh hidup. Macam isteri aku juga. Sekali belajar menyulam, terus pandai. Pertama kali mendapat tempahan, dia buat betul-betul.
Sulaman tangan kemas. Pandai ambik hati pelanggan. Dan sehingga ke hari ni mendapat tempahan. Walaupun banyak dari rakan sekerja dan kenalan baik, namun ia merupakan satu cabang promosi yang agak baik. Promosi mulut ke mulut merupakan promosi percuma yang tak perlu kita risaukan. Bila jahitan kita kemas dan teratur, pelanggan berpuas hati, secara automatik dia akan menyarankan pada kawan-kawan dia yang lain. Ha satu bonus kita dapat disitu. Kan?
Jadi, pada mereka yang ada idea nak buat duit dengan menjahit ni, aku sarankan korang mula belajar sekarang. Jangan tunggu lagi. Kerana peluang yang ada, tak kan selamanya ia akan tunggu kita. Bak kata pepatah, jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang. Hehe. Kalau korang rasa segan nak belajar menjahit dengan mereka yang dah pandai, apa kata korang beli ajer buku untuk belajar menjahit ni. Kat mana nak beli?
Ok aku ada tempat yang boleh menyelesaikan masalah korang tu. Korang boleh klik laman Panduan Menjahit Baju ni. Korang baca sampai habis dan korang pilih ajer mana-mana buku yang korang suka. Harganya tak mahal pun. Aku tahu korang semua mampu membelinya. Kalau rajin semuanya boleh buat. Kalau ada usaha semuanya akan menjadi. Kalau malas? Korang tepuk dada tanya la selera. Selamat belajar menjahit yer.
p/s : Nanti jangan lupa war-warkan bila korang dah pandai menjahit. Mana tahu aku pun nak mencuba perkhidmatan korang. Hehe.
tahniah bro!
moga2 perkongsian ni membantu mereka yg benar2 nak belajar menjahit…yeah!
wah tahniah bro..saya pun baru nak cuba affiliate ni..
see… org laki pun dah pandai promote produk wanita…
ekceli enjahit ni ramai je tailor lelaki kan 😉
Baju melayu ada?
Baju melayu pun ada..klik sahaja link yang diberikan diatas..masuk halaman tu, pergi ajer dekat bahagian bawah sekali..akan nampak ruangan pembelian..ha dalam ruangan tu, ada ebook jahit baju melayu..berkenan, order ajer..hehe
semoga berterusan murah rezeki yer bro…:)
Aminnn..mcm tu lah harapannya..hehe
tahniah bro
Terima kasih..hehe
sudahpun membuahkan hasil…tahniah boh…
Terima kasih boh..hehe
strategi yang baik…hasilnya pun terbaik…
Hola..kawe dop tahu pun strategi kawe baik..bilo keno, baru tahu baik sungguh..hahaha..demo dop sir cubo ko?
tahniah bro, bro pun dah pandai menjahit sekarang ni yek!…
Boleh la sikit2..hehe..terima akasih AUC..
gua dah kata..gua dah kata..haha
Kata-kata en titan memang boleh pakai..hahaha
wah tahniah, semakin masyuk…
Terima kasih hafiz..hehe..alhamdulillah rezeki..
kalau malas belajar, tepuk je mesin jahit tu
untung2 boleh siap baju kurung
haha
tahniah dan syukur
Betul-betul..belajar malas..baik tajinkan diri tepuk mesin jahit..kurang2 ada hasil masyukk..hehe
Nampaknya pondokkecil semakin byk dpt rezeki. Alhamdulillah…..moga terus income di akaun anda. Nak juga nasihat drp anda . Apa rahsia yg perlu dilakukan??
Tak ada rahsia yang dilakukan..artikel tu pun duk kat situ ajer..masa tak banyak untuk buat BW..mungkin dengan cara BW akan lebih kaw lagi komisen tuh..maklum la promosi katakan..hehe
Terima kasih di atas infonya, kena promosi di entri byk2 ye>???
Emm kena promosi dibanyak2 entri salah satu je kot..sy pun kurang promosi di entri2..tapi saya masukkan keyword untuk priority tinggi di SERP dekat tag post tu..keyword yang org biasa cari bila berkaitan dengan duit..tapi saya tak letak harapan pun yang artikel affiliate ni berada di page 1st bila keyword tersebut dicari..blog saya tak mesra SEO mana…
dah buat pasti dapat punye…huhu
Alhamdulillah..tak sangka sungguh buleh hasil..hehe
menjadi nampaknya program affiliate hok demo join ni…moga bertambah-tambah lagi rezeki lepas ni…
Hola baru kali pertamo nih join..dop tahu buleh tuai hasil dia..haha..insyaAllah..kalu tuhan tetap rezeki kawe kot nih, ado la lagi lepas ni..ko guano boh?
Tahniah bro,,boleh cuba jugak program baju kurung nie
Terima kasih HP..boleh cuba kalau mana tahu menjadi..hehe