Blog Popular Pemangkin Kejayaan Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selama berkecimpung dalam dunia blogging, banyak senarai-senarai blog popular yang menjadi pemangkin kejayaan pondok kecil. Tempias daripada kemasyhuran itu telah memberi kesan yang agak mendalam dalam kehidupan aku sebagai blogger sambilan. Walaupun sekarang emosi aku berada dalam keadaan yang tak stabil akibat beberapa contest SEO yang pondok kecil sertai, namun harus aku ingat bahawasanya kejayaan tidak akan ditempa selagi emosi mengawal segala-galanya. Oleh yang demikian aku hasilkan artikel ini sebagai pendorong untuk aku terus berjaya dalam contest SEO yang telah aku sertai. Bagi sesetengah rakan blogger, mungkin mereka dapat mengagak apakah tujuan dan apakah objektif aku disebalik penulisan artikel ini. Hehe. Bagus korang semua memang pandai dan bijak.

blog popular

Kredit : simonsim.wordpress.com

Dalam artikel ini aku kongsikan 3 blog popular yang menjadi pilihan aku. Sungguh sukar untuk aku membuat pilihan sebenarnya kerana blog rakan blogger semuanya hebat-hebat belaka. Dari segi kekemasannya, dari segi gaya penulisannya, dari segi teknik mengumpannya, dari segi pengikutnya dan bermacam-macam segi lagi, memang jumlahnya melebihi angka tiga. Oleh yang demikian, aku cuma klasifikasikan kepada beberapa kategori sahaja yang mana ketegori yang akan aku pilih ini kebanyakan blog tidak memilikinya. Mungkin dengan cara ini di kira sebagai cara pemilihan yang adil dan saksama. Andaikata apa yang aku katakan ini berlawanan dengan pendapat korang semua, kongsi-kongsilah di ruangan komen dibawah. Agar aku tahu kat mana silapnya dengan pemilihan aku ni.

Kategori Analisis Search Engine Optimizer (SEO)

Menurut keputusan daripada analisis SEO, blog Ezil mempunyai peratusan yang tinggi dan berada di tahap yang memberangsangkan. Dengan peratusan yang agak baik, terdetik dihati aku untuk mendalami seni SEO dengan saudara Eizil. Mungkin berita kegembiraan dari aku ni akan diutuskan melalui ruangan ” Anda Tanya Eizil Jawab ” yang terdapat di halaman blog beliau. Banyak kelebihan bila blog mempunyai kedudukan yang baik dalam SEO.

Saudara Eizil telah lama berada di arena blogging dan kemahiran yang terdapat dalam diri beliau tidak dapat dinafikan lagi. Beliau seorang yang mahir dan arif dalam bab pengaturcaraan dan aku begitu tertarik dengan rekaan tema terbaru blog beliau sekarang ini. Dari segi pandangan dan pendapat berkenaan dengan tema blog eizil, mungkin pandangan rakan blogger tak sama dengan pandangan aku. Walau apa-apa pun pandangannya, bagi aku tema blog Eizil memang menambat hati aku.

Kategori Page Rank Google

Alhamdulillah Google memang baik hati. Ramai juga yang menerima perkhabaran yang gembira bila pagerank blog dinaikkan daripada 0 kepada 2, daripada 2 kepada 3 dan seterusnya. Blog pondok kecil jer yang kurang memberansangkan. Masih PR2 lagi. InsyaAllah lepas ni naik la pagerank pondok kecil tu yer. Aminn.

Untuk kategori page rank Google ni, aku telah memilih blog 1Malaysia kerana berstatus PR9 apabila disemak di halaman check page rank. Memang hebat blog 1Malaysia ni dan aku sendiri malas nak komen lebih-lebih. Aku cuma nak cakap aku betul-betul jeles dan teruja. Hehe.

Kategori Pandai Memikat Kekasih Hati, Alexa

Untuk kategori ini pula, aku telah memilih blog beautifulnara yang mana sehingga artikel ini ditulis, kedudukan Alexa di malaysia berada pada kedudukan 90 (MY). Dengan kedudukan Alexa yang begitu baik, terdetik pula persoalan di hati. Adakah Abang Nara pandai memikat kekasih hati, Alexa atau pun sememangnya rakyat Malaysia suka akan perkembangan artis?

Kategori Suka Memberi

Sesuai dengan slogan blognya iaitu hidup untuk memberi, blog denaihati terus menjadi pilihan yang terbaik. Bukan sahaja dimata aku, malah dimata kesemua rakan blogger yang lain. Sempena dengan contest iphone 5 gadget impian ini, artikel ini bukanlah artikel untuk membodek Tuan Denaihati kita. Tetapi untuk santapan semua pembaca di halaman pondok kecil disamping untuk mendapatkan kesan sampingan pada contest SEO yang aku sertai. Mana tahu kan ada sesetengah pembaca yang silap memahami niat baik aku ni.

53 thoughts on “Blog Popular Pemangkin Kejayaan Pondok Kecil

    1. hafizul Post author

      Hehe..mereka dah lama kan dalam arena blogging…sama la sy pun baru nak blaja..tapi blog shakiddo mantap kan dengan nuff..hehe..

      Reply
    1. hafizul Post author

      sama la…apa yang boleh kita ceduk dalam blog tu, kita ceduk la sebaik mungkin..agar tempias tu dapat kita rasai juga..hehe

      Reply
      1. hafizul Post author

        Ooo mcm tu yer?emm tak tau la pulak..haha..biasa la blogger baru mcm sy memang banyak menda perlua belajar…

        Reply
    1. hafizul Post author

      Terima kasih atas kata-kata peransang tu..emm memang blog denaihati menjadi perbualan di alam maya dan alam nyata..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..bijak2…saje jer malas nak join..sebab nak tumpu pada yang 3 contest SEo pondok kecil sertai tu..kurangkan kuantiti, tingkatkan kualiti..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      terima kasih eizil atas kata-kata semangat ni..insyaAllah sy berharap akan mendapat kejayaan lain lagi lepas ni..

      Reply
    1. hafizul Post author

      hehe..betul dah tu..kalau nak berjaya kena la bergaul dengan mereka yangd ah berjaya..kan?baru la tempias tu mengena kat kita..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge