Tajuk Karangan : Pengalaman Pahit
Nama Cikgu : Rosnani abd Wahab
Nama Kelas : Tahun 2 Gemilang
Tarikh : 01 Mei 1994
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup. Pengalaman pahit adalah satu pengalaman yang kita tak boleh nak lupakan. Sampai bila-bila pun kita akan ingat pada kenangan itu. Walaupun kenangan tu hanya lah terjatuh dari kerusi sebab kawan yang tarik kerusi semasa hendak duduk. Aku juga pernah merasa sakit apabila jatuh dari kerusi ni. Punggung aku seperti kena cucuk dengan ubat bius. Seluruh punggung rasa kebas. Rasa juga nak marah tapi biar lah. Kawan aku juga.
Tapi aku bukan nak cerita pengalaman jatuh kerusi sebab kawan yang khianat. Sebab itu bukan pengalaman pahit aku. Pengalaman pahit aku adalah jatuh longkang Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Semasa tibanya hari guru tersebut, aku dan kawan-kawan sedang bergembira di dalam kelas. Selepas majlis memberi hadiah kepada cikgu kelas dan cikgu-cikgu lain, aku terus ke kantin untuk makan jamuan.
Ada cengkodok, ada pisang goreng, mee goreng dan banyak lagi makanan yang sedap-sedap. Aku dan kawan-kawan mengambil makanan tersebut dan duduk dimeja makan yang telah disediakan. Aku makan sambil berborak dengan faiz. Lepas makan aku pun mengajak faiz bermain kejar-kejar. Faiz setuju dan dia telah mengajak beberapa orang kawan-kawan yang lain.
Dalam keseronokan kami bermain itu, tetiba aku tersepak akar pokok rambutan lalu badan aku jatuh dan kepala aku terkena pada longkang tersebut. Aku terus bangun sebab aku tidak rasa sakit pun bila terhantuk pada longkang tersebut. Macam biasa bila aku jatuh aku akan bangun dan lapkan baju dan seluar aku yang kotor itu. Tetiba faiz menjerit.
Tetiba aku rasa pening. Dan terus jatuh. Bila buka mata, aku rasa macam bermimpi. Aku rasa aku pernah tengok kawasan keadaan sekeliling ni. Lama juga aku duk perhatikan dinding, siling, kipas, lampu. Aku rasa semua ni macam pernah aku tengok. Tapi aku lupa kat mana. Tetiba datang sorang perempuan tegur aku. Rupanya ni rumah aku. Lama juga aku pengsan. Sampaikan kepala aku kena jait pun aku tak sedar.
Syukur pada tuhan sebab aku masih tak lupa ingatan. Sejak dari peristiwa itu, aku tak bermain kejar-kejar lagi. Aku tak bermain dekat kawasan longkang itu lagi. Aku takut aku akan alami perkara mcam ni lagi. Bila tibanya sambutan Hari Guru, pasti pengalaman jatuh longkang ni terlitas dalam kepala aku.
Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My
p/s : Macam budak darjah dua tak karangan aku??hehe.

{ 41 comments… read them below or add one }
dah besar2 ni jgn main kejar2 lagi haha
beckhr00y recently posted..Pandelela Rinong Pamg Sumbang Pingat Gangsa Olimpik 2012
muahahaha…main jugak bro..main ngn anak dan isteri..hahaha
yg tu takpe, kejar kasih namenye…hoho
hafizmd recently posted..E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
hahaha..kejar kasih..malu kawe demo gakk…haha
Peristiwa manis dan pahit ketika sekolah akan dikenang seumur hidup.
akubiomed recently posted..Hasil projek hujung minggu persiapan Raya.
kenangan yg tdk dpt diisah dgn semua individu
budak felda recently posted..Bila Si Dia Sudah Marah….
emm betul tu bro..parut luka pun masih ada ni..hehe..
huh memang mendalam masih ada parutnyer tu
budak felda recently posted..Final Bolasepak Olimpik 2012 : Mexico Kalahkan Brazil
pergh..sampai berparut tu..mmg payah nak lupa…
hafizmd recently posted..E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
hehe..biasa la luka ni jer kenangan masa sekolah rendah..mendalam sgt ho..hehe
yaa ada lagi bro…emm pyh nk hilang parut ni..mujur gok tak hilang..kurang2 nanti anak tanya boleh bgtau ayah dulu-dulu ganster..hahahaha
HEHEHE nanti ckp kat anak ni gangster taik kucing hahaha..:) heheh gurau2 bro

budakfelda recently posted..Video highlights : Liverpool FC vs Bayer Leverkusen 3-1
hahahahaha…tak pe bro..bila lagi nak angkat bakul sendri campur pulak ada bukti..haha
hehehehhe…..:)
budakfelda recently posted..Video highlights : Liverpool FC vs Bayer Leverkusen 3-1
yaaa betul tu bro..eh dah dapat ke hadiah sunlight tu??nanti cerita la dlm blog..mcm mn rupa dia..hehe
Insyallah akan diwar-warkan didalam blog.

akubiomed recently posted..Hasil projek hujung minggu persiapan Raya.
Hehe..bagus2…tak saba rasa nya nak baca entri tu nanti..hehe
hahaha lagi pahit kalau tak menang contest ni….opssss gurau jer
apa pun “good luck” ya fizul
sweetkurma recently posted..pulanglah
muahahaha..tak pe tak menang pun..janji dapat apa yang tersirat tu nanti..memang dah ready utk terima kekalahan..huhuhuhu..
ini ayat orang dah kerja ni. ni bukan darjah 2 punya karangan maa.haha..
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 8
aah la..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Giveaway Pertama Daddydee : Review Ringkas
hehe…ni kalau drjah dua tulis camni…mau cikgu pengsan patpulohpat kali…hebatnya anak muridku ini…
hafizmd recently posted..E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
hahahaha..apa boleh buat..dah lama tinggalkan darjah dua tu..adoii…
hahaha…tak de skill budak darjah dua k3??aiyooo mcm mn mau menang ni..haha
Muahahaha…habis tu ayat mcm mn nk dikarang yer..aku dah buntu ni nak karang ayat budak darjah dua…hahaha..lantak la. titan..ni jer anak murid mampu taip..hahaha
zaman sekarang budak sekolah darjah dua buat homework pakai internet, ayat mmg kaw
Nazri recently posted..Bersama Dato Stapa Dan Irma Hasmie
hahaha..betul tu bro..maklum la budak sekolah dah ada ebook, notebook, komputer desktop..diorang punya internet, ada yang unify..maklumla ayahnya seorg blogger..anak pula yang terima tempias..hahaha
saat yg terindah suka dikenang
oh oh
cikgu azim recently posted..Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2012
yaaa betul tu..kenangan macam ni la yang boleh diceritakan pada anak cucu nanti..hehe
owh, sungguh banyak yer kontes sekarang ini, pengalaman pahit saya pula banyak, tapi sudah tidak ingat.
iAwani recently posted..Pembikinan Google Nexus 7 Dalam 4 Bulan Sahaja
saje saje nak mencungkil bakat..tapi titan kata mcm karangan org dah kerja..hahaha…aku habis skill dah tulis mcm budak darjah 2 yang moden..huhu
oo.. contest rupanya. good luck ye.
Oh! budu recently posted..cara sekat website porno secara diam-diam
ha ah..contest yang tak ada harapan utk menang..hahahaha
Deme jgn gitu. Kalu ikut pirasat ambe, deme antara top 5 doh ning =)
hafizmd recently posted..E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
Hahahaha…demo main angin jah tu..hahahaha..terima kasih la sebab buat statement mcm tu…haha
Good luck tuan..
bila teringat zaman sekolah pasti kita akan tepuk dahi dan senyum sendiri…
daddydee recently posted..Ukur Baju Di Badan Sendiri
Yup betul tu…rasa nak masuk zaman sek balik jer..haha..nak main polis pencuri, tang dek cok, tang boyo dan bola bayang serta byk lagi..hehe
boleh tahan nakal juga…ekekek
daddydee recently posted..Ukur Baju Di Badan Sendiri
Boleh ler sikit2..hahahahahaha
tq kerana sudi join contest saya dgn AE…syukur semuanya selamat yer…
Zarul Umbrella recently posted..Lagu Raya Lama Vs Baru
Terima kasih bro..hehe..