Peniaga Bazar Ramadan Tak Jujur?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Awak sayanggg… Peniaga Bazar Ramadan tak jujur. Kan?

“Pasal apa?”

“Yer la… Orang beli nasi minyak lauk ayam merah… Orang tanya la. Pedas ke tak. Dia cakap tak pedas… Orang beli la dua bungkus. Satu untuk sahur…”
“Sampai waktu berbuka, orang makan semulut, terus orang ludah balik… Tak boleh nak telan. Pedas awak tahu tak???”

peniaga bazar ramadan tak jujur
Sekadar gambar hiasan : Google Images

“La.. Biasa la tu. Mungkin masa dia masak, dia main belasah jer. Tak boleh nak rasa sampai masuk ke dalam perut…”

“Tahu la. Orang pun puasa gak. Tapi tak mungkin ini pertama kali diorang buat ayam masak merah… Tipulah kalau orang kata dia tak pernah nak rasa apa yang dia masak tu…”
“Beberapa hari yang lepas, orang ada beli air durian Belanda… Pun kecewa juga…”

“Alahhhh… Biasa la tu. Bulan Ramadan yang mulia ni, jangan nak marah sangat la. Redha aje la. Lepas ni sila masak ayam merah sendiri. Dan sila beli durian belanda banyak-banyak lepas tu perah jusnya sendiri…”

Peniaga Bazar Ramadan tak jujur, ini bukanlah perkara yang tak biasa. Ini dah jadi kes normal. Aku pun dah kena hadap perkara macam ni. Banyak kali juga tu. Namun belum serik sepenuhnya. Asal tiba bulan Puasa, mesti kaki rasa teruja sangat untuk singgah membeli di Bazar Ramadan.

Tak tahu kenapa. Mungkin kerana suasana yang ceria, dengan hidangan kuih muih yang pelbagai aneka serinya. Dengan kepulan manja asap ayam bakar, ikan keli bakar, ikan pari bakar dan sebagainya lagi memang mengundang nafsu untuk menjadi buas.

Haha.

Bukan aku sorang jer yang pernah terkena dengan peniaga Bazar Ramadan tak jujur. Kan? Korang pun mesti dah pernah merasai betapa kecewanya di hati. Namun itu semua janganlah diambil kesah sangat.

Bulan puasa yang mulia ni, tak elok nak simpan dendam lama-lama. Tak lama lagi dah nak raya. Redha aje lah dengan apa yang korang terima tu. Esok lusa, ataupun puasa tahun hadapan, jangan singgah lagi di kedai yang tak jujur tu.

Kalau korang berani, tegurlah peniaga tu dengan cara yang baik.

Kadang-kadang diorang bukan sengaja nak sakitkan hati korang yang lembut tu. Diorang nak cari nafkah dari rezeki yang halal. Kalau korang tak redha dengan apa yang dia lakukan, adakah halal rezeki yang dicarinya???

Kesianla. Dia bukan sengaja tu.

Ok. Dah ekk. Lepas ni jangan tension-tension lagi. Jangan sedih-sedih lagi. Bulan baik, hari baik, kita saling maaf memaafkan. Anggap sahaja diorang tak sengaja. Habis cerita. Jangan nak sebar sana, sebar sini. Kan tak laku kedai abang tu.

Kesian dia. Nak beli baju raya pun tak lepas. Dah ekkk…

Petang ni, balik kerja, singgah kat Bazar Ramadan yang lain pula. Cari Blueberry Cheese Tart yang sedap tu sebagai pengubat hati yang kecewa. Boleh?

blueberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart. Sekadar Hiasan : Google Image

Untuk Mak Cik hot, akak-akak comel dan awek-awek yang gebu… Nak buat Tart sendiri sempena hari raya ni? Dapatkan panduannya di ~~~> Panduan Cara Membuat Tart

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

56 thoughts on “Peniaga Bazar Ramadan Tak Jujur?”

  1. kalau kes rasa makanan ni,boleh dimaafkan lagi.sebab tak boleh rasa kan.

    tapi yg tak bestnya perkara yang depan mata nampak..

    kuih karipap inti angin..adoi..

  2. sy memang kurang ke pasar malam.. bazar lagi lah..dalam sebulan,sekali tu kira dah nasib baik la.. bukan apa..pada sy tiada makanan yg lebih best dari masakan mak. so bila beli, rasanya xseperti yg kita jangka, kita akan rs kecewa, mula la pot pet pot pet…so serik dah nak g bazar..skang dah duk sendiri, walaupun masakan xbest mcm mak, bazar tetap bukan pilihan sy..hehe..

    1. Haha..baguslah kalau buat keputusan macam ni..daripada pot pet pot pet tak tentu pasal, baik masak sendiri.. tak ada nak kutuk sangat dengan masakan sendiri..haha.. masakan mak memang ohsem… sedap +++.. Haha

  3. Betul juga tu, peniaga patutnya tahu hasil masakan mereka macam mana, kalautak pasti, jawab je tak pasti. Jadi tiadalah pembeli sakit hari.
    Dah hampir seminggu berpuasa ni, Mek ila belum jejak lagi kaki ke bazar Ramadhan.

  4. Kekadang ramai jugak peniaga bazar ramadan ni yang kali pertama berniaga. Masak kat rumah pun tak tere, tetiba terus jual sebab nak kaut untung punya pasal. Itulah yang selalu sedap je mata memandang, tapi rasa tak gah mana. Ada jugak yang jual karipap inti oksigen lah. Huhu. Bisnes kat dunia bolehlah menipu pembeli, kat ahkirat? Tanggung sendiri.

    1. Huhu..kalau diorang fikir pasal akhirat, memang tak wujudlah kes peniaga tipu ni.. entah la..sukar nak saya terangkan dengan lebih mendalam..manusia kan..ada baik ada buruknya..sabar aje la…haha..

  5. Makcik hot datang komen ni 😀 … masak juga tapi kalau tak sempat terpaksa beli. Sis lebih suka beli di warung atau gerai yang sebelum bulan puasa pun dah memang sedia berniaga lauk. Biasanya rasa lebih sedap dan harga berpatutan

  6. slu mana pernah beli kat situ kami singgah heee..takay syukur tak der dapat makan basi bagai..anggao bukan rezeki..

    selamat berpuasa pk dan keluarga

  7. Masak sendiri je.Tak sedap pun anak kata sedap jugak. Dalam tak sedap pun habis jugak satu mangkuk. Kalau lauk bazar ramadan yang paling saya tak suka sebab cepat basi.Lauk semalam panas balik ke apa 🙁

    1. Mungkin la kot..saya pun dah pernah kena bab basi ni..tapi tak apalah..redha aje la..haha..tu la pasal..tang anak cakap sedap.. tang suami cakap boleh laaa…hahaha

  8. Memang tak boleh jangka apa yang dibeli di bazar seperti apa yang kita nak. Masakan sendiri dirumah juga paling suka untuk berbuka.

  9. Tahun ini saya tidak jejak lagi bazar ramadhan. Cuma hasben je la sebab nak cari kuih muih. Kalau beli pun beli dekat peniaga yang dah biasa. Selalunya tetap usaha masak dirumah walaupun masak sardin je…

  10. Tak pernah lagi ke bazar ramadan. Balik kampung nantilah kot kalau sempat…hehe

    Kita yang membeli memang perlu banyak bersabar, tapi yang menjual memang patut jujur. Kalau tak, tak berzat rezeki yang diperolehi tu.

  11. Sebenarnya banyak lagi kes penipuan seperti kes kuih badak, kuih karipap angin, ikan keli semalam dan sudah tentu yang promote lazat tapi tak sedap pun ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *