Pentingnya Pengurusan Akaun Syarikat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sistem perakaunan merupakan suatu sistem yang amat penting dalam membantu pertumbuhan sumber kewangan kepada syarikat. Pincangnya pengurusan sistem akaun akan membawa kemudaratan kepada pertumbuhan sesebuah syarikat.

pengurusan akaun syarikat

Sekadar Hiasan : Google Images

Pengurusan Akaun Syarikat…

Sistem pengurusan akaun syarikat yang betul dan konsisten bukan sahaja membantu pertumbuhan kewangan syarikat sahaja. Malah pengurusan yang betul mampu memberi impak yang positif terhadap mentaliti pelanggan ataupun para pekerja di dalam syarikat itu sendiri.

Setiap pergerakan yang melibatkan penggunaan sumber kewangan seharusnya direkod dengan baik dan tersusun. Pengemaskinian akaun syarikat harus dilakukan dari masa ke semasa bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya ketirisan wang ringgit yang mana punca penggunaannya sukar untuk dikenalpasti.

Penekanan kepada pengurusan kewangan syarikat yang betul harus diberi pendedahan yang lebih serius bilamana pertama kali menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Lima tahun pertama merupakan tempoh untuk memantapkan struktur dalaman dan luaran syarikat.

Bukan satu tempoh untuk mengejar keuntungan semata-mata. Jauh sekali tempoh untuk berada dalam zon selesa. Bilamana terlibat dalam bidang peniagaan,  nafsu untuk bermewah-mewahan seharusnya diketepikan dan memberi laluan kepada perancangan masa depan syarikat yang mantap.


<< KLIK DISINI UNTUK KETERANGAN LANJUT >>

Awal penubuhan syarikat, status “ENTERPRISE” adalah merupakan pilihan majoriti untuk membuka akaun syarikat. Walaupun menggunakan nama rekaan, namun ia tetap berstatus “ENTERPRISE”.

Buat-Akaun-Syarikat

Sekadar hiasan : SOFTWARE BUAT AKAUN

Pendaftaran untuk menggunakan jenis pernigaan “ENTERPRISE” adalah lebih senang jika dibandingkan dengan perniagaan “SENDIRIAN BERHAD”. Penggunaan modal yang agak minima ataupun tiada modal langsung merupakan pilihan kebanyakan mereka yang pertama kali ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Enterprise sebenarnya bukan syarikat. Ia adalah “TIKET” untuk anda menjalankan sesebuah perniagaan. Sendirian Berhad juga lah yang sebenarnya berhak dipanggil syarikat kerana ada perkaitan dengan akta syarikat 1965.

Walau apa pun status dan jenis peniagaan tersebut, ia tidaklah menjamin kepada kejayaan sesebuah syarikat. Yang menjamin kejayaan sesebuah syarikat ialah bilamana seseorang itu bijak mengawal dan mengurus sumber kewangan dengan baik dan sempurna.

Dari RM10 berkembang menjadi RM100. Dari RM100 berkembang menjadi RM200. Dan begitulah seterusnya. Bagaimana untuk bercambahnya RM10 kepada RM200??? Tepuk dada tanyalah selera.

Bermula daripada pengurusan kewangan yang betul, maka tidak mustahil dari RM10 menjadi RM200.

Persoalannya sekarang….

Bagaimanakah caranya untuk menguruskan kewangan yang betul?

  1. Pengrekodan – Setiap aliran masuk dan keluar duit syarikat seharusnya direkod setiap hari. Jangan malas dan jangan ambil sikap sambil lewa. Discipline is number one!

Dalam banyak-banyak cara untuk menguruskan kewangan, pengrekodan adalah perkara yang paling penting. Jadi, belajarlah untuk konsisten dalam merekodkan setiap urusan yang melibatkan penggunaan wang syarikat.

Daripada rekod itulah pelbagai persoalan mampu diselesaikan sekaligus membawa kepada sebuah kesimpulan yang menguntungkan syarikat.

Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk membuat rekod setiap hari.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

6 thoughts on “Pentingnya Pengurusan Akaun Syarikat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge