Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Beberapa hari lagi anak aku akan menjejakkan kaki ke dunia persekolahan. Walaupun pembelajarannya hanya di sebuah taska pilihan kami, namun ia amat bermakna untuk memberikannya pendedahan awal kepada alam persekolahan yang sebenar. Masa ni dia akan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Cuba hidup di atas kaki sendiri walaupun ada cikgu-cikgu yang comel lagi kiut mengawasinya.
Masa ni dia ikut ibunya kemas kelas tadika. Ada bakat jadi pendidik ekk.
Pembelajaran mengenali dunia yang penuh dengan pancaroba adalah bermulanya si anak menjejakkan kaki ke alam taska. Lepas ni, masuk pra sekolah pulak. Kalau tak ada aral, insyaAllah aku akan hantarkan ke sebuah sekolah yang terbaik di Jerteh. Mana-mana sekolah sebenarnya adalah yang terbaik. Cuma yang membezakannya adalah suasana dan keadaan persekitarannya.
Bak kata orang tua-tua. Hidup di sekeliling orang puteh, kita mampu menguasainya bahasa orang puteh. Hidup dalam kelompok orang Cina kita akan mampu menguasai bahasanya. Walaupun tidak 100%, dapat 50% pun jadilah. Tak gitu kan? Buat masa sekarang, malas lagi nak fikir bab sekolah ni. Sekarang nak fikir cari duit banyak-banyak dulu. Ada duit, senang nak buat kerja sikit. Kan?
Sejujurnya, aku rasa macam sedih je. Bimbang, takut dan sebagainya lagi perasaan yang menimpa hati ni. Mana tak bimbang dan sedih kan. Untuk pertama kalinya si anak akan dijaga oleh orang lain yang tak kenal mana pucuk pangkalnya. Walaupun begitu, aku selalu berfikiran positif. Cikgu-cikgu yang comel dan kiut tu juga manusia biasa. Yang mempunyai naluri sebagai seorang ibu yang kasih dan penyanyang akan anaknya.
Apa yang aku harapkan, si anak akan cuba membiasakan diri dengan suasana dan keadaan sekeliling. Dapat menyesuaikan diri dengan cikgu dan rakan-rakan sebaya. Lumrah hidup orang bekerja. Isteri bekerja, suami bekerja. Si anak pula terpaksa di carikan pengasuh untuknya. Nak upah orang gaji indon, isteri tak bagi. Kot suaminya dirampas la tu. Haha. Kalau isteri tak kesah, nak cari orang gaji indon yang comel-comel dengan upah yang murah aje.
Haha. Jahatnya. Bukan jahat la. Cuma nakal aje. Kan?
Mungkin perasaan ni, perasaan normal seorang ayah. Perasaan normal yang dihadapi oleh mereka yang senasib dengan aku. Maklum la. Ini merupakan kali pertama dan pengalaman pertama mengantar anak ke taska. Korang belum kawin, mungkin tak merasa bagaimana perasaan yang aku rasa saat ni. Untuk itu, aku serahkannya pada ketentuan ilahi. Apa yang aku mampu, berdoa untuk kebaikan dan kebahagiaan kami sekeluarga.
Korang ada pengalaman pertama menghantar anak ke taska? Kalau ada, kongsi-kongsikan di sini. Ye?
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.
takda lah bro.. belum kahwin lagi..hehe..tapi aku masa kecik.. kena tinggal nangis.. haha.. lepas tuh dua tiga hari.. ok…
Emm harap anak saya pun macam ni gak la..hehe
Doa. Semoga segalanya selamat.
Orait man..terima kasih banyak2..hehe
apa perasaan anda agaknya nanti
Haha..lepas sari dua, makin ok la kot..
saya dah 2 kali hantar anak ke sekolah taska..biasa sahaja bro!mereka memang enjoy dan tak takut orang lain punya..
Emm harap anak saya pun enjoy macam anak bro gak la..hehe
Insya Allah, rasanya takde apa-apa kot. Biarkan dia bergaul dengan orang lain. Eh, eh, bro duduk Jerteh ke??
Ha ah..saya duk Jerteh jer…kenapa?bro orang Jerteh gak ke?
Kawe asal Jerteh. Lo ni duduk di Johor. Hehe
Ooo ore jerteh gok..hehe
saya orang melaka heeee boleh ya
Rasa seronok bila dapat hantar anak ke sekolah. Lepas cuti tahun baru ni, saya hantar anak masuk darjah 1 pula!
Wahhh dah masuk darjah satu ekk anak bro..anak saya baru masuk taska..lepas ni tadika pulak..lepas tu barulah darjah 1..lambat lagi nak rasa pengalaman macam bro rasa ni..hehe
doakan yang terbaik…banyakkan buat baik..insyaAllah…Allah akan datangkan perkara-perkara baik dalam kehidupan
Orait bro..terima kasih atas nasihat yang diberikan..hehe
Perasaan dan naluri protective seorang bapa itu adalah natural. Ia datang secara semulajadi. Cuma, sistem dalam kehidupan kita ini yang sedikit sebanyak membuatkan kita berasa perasaan belas ihsan terhadap anak itu seperti perasaan yang mengada-ngada. Walaupun menghantar ke taska yang dijamin dan boleh dipercayai, perasaan seorang bapa tetap cenderung untuk risau.
Kualiti penjagaan anak oleh pihak taska tidak akan sama kualitinya seperti penjagaan oleh diri kita sendiri sebagai parent.
Emm nak tak nak kena redha aje kan bro..hehe..saya dah tak punyai banyak pilihan..terima kasih atas pendapat yang bermanfaat ni..hehe
one day, aku pun mesti akn rasa gk rasa mcm bro rasa..grrr
Yup..setiap ayah akan laluinya bro..cuma yang berbeza hanyalah pada kemanisannya ataupun kepahitannya sahaja..hehe
fuhh..
gua takde pengalaman lagi. haha.
Emm cepat2 lah “ADAKAN” pengalaman tu..hahaha
smingu pertama dia mesti nangis, lepas tuh ok. kalau dia tak suka makan sayur, ajar dia buang sayur dalam tong sampah atau letak dalam poket seluar… hohoh..
Orait bro..saya nak ajar dia letak dalam poket seluar…bila balik rumah biar terkejut sakan mak dia..hahaha
insyaallah semuanya akan baik2 saja
siapa yang ada anak akan rasa macam tu
Terima kasih bro..terima kasih atas kata-kata semangat ni…rasa feel lain sikit bila baca komen ni..emmm
ciktom xkawin lg..
kl experience sdiri tue ade la..nangis xnak sekolah..haha…
Hahahaha..ada pulak macam tu..mesti kena usik kat lelaki kacak kan??kan??
xde la..sebab ciktom pemalas..ciktom xsekolah pun time tadika dulu..siap pergi tadika kemas & pasti..tapi dua2 cik tom mgamuk xmo..last2 x sekolah lgsg time umur 6 tahun…tgu masuk darjah 1 je…teruk kan??hahaaha….
Emm saya rasa tak teruk..sebab sekarang still dapat pekerjaan yang bagus dan yang penting, seorang blogger yang ada nama..hehe
Perasaan tu biasa bagi ibu bapa zaman sekarang sebab kita dah banyak sangat dengar kes yang pelbagai..berbeza dengan zaman dulu..kalau zaman saya dulu, balik dari tadika jalan kaki sendiri je..walaupun jarak tadika dgn rumah boleh tahan jugak..zaman skrg ni payah mak bapak nak lepaskan anak mcm tu je..
Yup..betul tu bro..dulu saya balik tadika memang kena jalan kaki..maklum lah ayah ke ladang..mak pula sibuk nak masak..nak tak nak kena jalan kaki lah balik rumah…memang kalau buat macam tu sekarang ni, bukan setakat kita jer yang tak senang duduk..kalau tahu kat nenek dia, tak kena naya kita pulak yang kena marah..hahaha
balik skolah, cuba check dlm poket dia, ada roti canai ke tidak?
Hahaha..dia baik lagi permulaan ni..tak jumpa geng yang kamcing lagi..dah jumpa nanti ada lah yang peliknya yang saya akan jumpa..dia sorang dia tak buat hal..haha
SA dah rasa semua tu until today ada rasa bersalah pada Dania sebab selama ni..sejak tadika, akibat kekangan masa da tugas SA jauh dari Seremban, SA xpernah berpeluang hantar Dania pergi sekolah…semua Abah SA yang uruskan…nak harap my ex memang x la kan sebab dia dah ada keluarga baru….lagi kesian kan..mama x hantar pergi sekolah..ayah pulak x ambil tahu…sebab tu every weekend SA memang wajib balik Seremban luangkan masa untuk Dania, walau x cukup tp itu sebagai ganti…apa jer dia nak if SA mampu selagi tu SA tunaikan….seboleh mungkin SA akan buat yang terbaik untuk Dania..
emm menyentuh perasaan sungguh bila baca komen SA ni..walau apa pun. anggap semua itu hanyalah dugaan dari-Nya kepada kita selaku hamba yang beriman.. Emm itulah yang terbaik SA..nanti dah besar harap dania tu faham..
anak den dijaga pengasuh sejak berusia 3 bulan , alhamdulillah dapat pengasuh yang baik2…plan nak hantar anak ke tadika pada usianya 5 tahun , tunggu besar sikit , sekarang nih biarlah dia main puas-puas dulu…hehe
Emm itulah yang terbaik bro..saya ni dah tak ada pilihan dah..emmm
ok je pk, hari pertama je nervous and takut2, lepas tu diorang seronok dah sekolah 😉
Emm tu la..masalahnya nak boleh pergi sekolah tu yang lambat..dah la nak mandi susah..hahaha
Semoga anak anda nanti bisa suka dan menikmati suasana sekolahan…
hantar sahaja tak apa untuk biasakan.kita mesti yakin anak kita berani dan dapat biasakan diri nanti
Hehe..terima kasih Rina..
tahun depan hantar tadika yang sama juga…5 tahun whooo….
Haha..5 tahun dah anak SUri ekk…Anak saya baru masuk 3 tahun..
dah siap sedia beli barang sekolah dia 😉
tak pernah hantar anak-anak ke taska.
semuanya hantar kat rumah pengasuh….
pengalaman hantar anak masuk tadika adalah…
Emm sini susah nak jumpa pengasuh hok betul2 nok jaga anak kita..tak dop aroh doh ni..tu sebab anta taska..haha
bakpo komen kawe dok habis ah..hehe
ikut keselesaan kedua ibu bapalah heee kalau serasi elok teruskan
aku hantar anak kat taska jugak
setakat ni ok lagi
cuma yuran je, setiap tahun pasti naik tu yg x bestnya hehehe
Ha ah..sama lah kat sini..dengan citer tahun depan naik harga baru dah…bukan harga tahun ni punya..emm apa boleh buat..dua2 kerja..
yuran akan naik biasa saya terkena juga bro
anak rm80 tahun depan rm100 aduh kejut tak terkejut kena bayar gak huu
ayah seperti tidak merelekan anak ke sekolah sahaja
Emm ada gak rasa macam tu..kalau boleh usia dia ni, nak suruh main kat rumah jer 24 jam..haha
saya hantar anak ke taska rasa cuak juga hee pengalalam pertamalah katakan
Hahaha..samalah kita Suri..sekarang dia dah OK kan??