Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Ramadan telah berlalu dengan seribu satu kenangan dan pengalaman indah. Pengalaman pahit dan manis, jadikan ia sebagai rencah dalam meniti arus kehidupan di masa hadapan. Apa yang baik sepanjang bulan Ramadan 1434h ni, kita jadikan iktibar sehingga ke hujung nyawa. Segala perkara positif yang telah di adunkan sepanjang bulan Ramadan, jadikanlah ia sebagai panduan untuk kehidupan hari ini, esok dan selamanya. Semoga ketemu lagi kita semua di bulan Ramadan 1435h nanti. InsyaAllah.
Kini tibalah pula Syawal yang mulia. Kemeriahan bulan Syawal pastinya disambut dengan warna-warni keceriaan dan kegembiraan. Sebulan menempuh godaan dan rintangan hawa nafsu, bulan Syawal adalah bulan kemenangan. Kemenangan daripada pelbagai sikap negatif yang kita tinggalkan sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Seelok-eloknya jangan lah dibangkit kembali sikap dan perangai buruk kita sebelum ini. Biarlah ia terus padam dan lenyap dari jiwa murni kita semua.
Bak kata pujangga, buang yang keruh ambik yang jernih. Sempena bulan Syawal yang diraikan ini, pohonlah kemaafan setulus hati dari mereka yang pernah kita lukai suatu masa dulu. Semoga Syawal ini membawa seribu satu kenangan berharga yang tak mungkin kita lupakan. Juga kenang-kenangan yang tak akan basi dan tersemat utuh dalam sanubari. InsyaAllah.
Jika diperhatikan, banyak perbezaan kita dan Nabi SAW menyambut hari raya Aidilfitri. Apa yang ingin aku terangkan ini hanyalah buat mereka yang masih belum menyedarinya. Masih belum mengerti makna sebenar kemenangan di bulan Syawal. Buat tok imam dan para ustaz sekalian, andai aku tersalah bicara harap diperbetulkan.
Cara Nabi SAW menyambut hari raya adalah dengan bertakbir di malam hari pada malam akhir Ramadan. Takbir raya dialunkan dengan begitu bersemangat sekali tanda menyambut ketibaan Syawal yang setahun sekali kita jumpa. Tapi lain pula caranya dengan masyarakat di kampung aku. Yang muda-mudi malam raya tu sibuk duk berperang. Kebabooommm… Boooommmm… Ponggggg… Pangggggg… Pingggggg… Bunyi mercun lebih kuat dari suara mereka yang sedang bertakbir di Masjid. Kalau jenguk di masjid tu, berapa kerap sahaja sedang bertakbir. Tu pun golongan mak dan ayah kita sahaja.
Muda mudi kemana? Tuuu dia duk asyik main mercun bola. RM50 untuk 100 biji. Tak berbaloi langsung. Layan bunga api, tak rasa nak marah sangat telinga aku ni.
Kredit : 10 Perkara Baik Ingin Aku Kongsikan
Letih bermain mercun di malam hari raya, pagi esoknya buat-buat lupa nak bangun menunaikan solat hari raya. Solat Subuh lagi lahhh. Pagi-pagi raya yang hening, jarang-jarang sahaja kita jumpa suasana macam tu, apa salahnya bangun awal pagi. Mandi sunat hari raya, pakai baju melayu biru kemas-kemas, dan bersalaman dengan orang tua. Mohon keampunan atas segala salah dan silap yang dilakukan selama ini. Ni tidak. Orang takbir raya, kita duk bungkus dalam kain selimut.
Sebelum ke masjid, sarapan pagi dulu bersama keluarga. Kita? Pandai buat air liur basi jer atas katil tu.
[quote style=”1″]Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :”Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil”.[/quote]
Kredit : Cara Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Untung mereka yang rumahnya dekat dengan masjid. Boleh berjalan kaki disamping melengkapkan lagi amalan sunat di hari raya. Tapi ada sesetengah mereka yang aku perhatikan, rumah dekat pun masih membawa kereta ke masjid. Menambahkan lagi kesesakan di perkarangan masjid. Entah la macam mana dan apa yang mereka fikirkan.
[quote style=”1″]Dilaporkan oleh Sa’id Ibnu Jubair, berkata :”3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.[/quote]
Kredit : Cara Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Mengerjakan puasa sunat enam hari di bulan Syawal – Sejujurnya, apa yang korang akan rasa bila aku sebut tentang perkara ni? Aku rasa aku tak wajar untuk terangkan bab ni. Sebabnya, aku sendiri pun tak puasa enam hari di bulan Syawal. Betul, nafsu memang sukar untuk diasuh dan di didik dengan baik. Adakala ia hadir dan bertapak dengan baik. Adakala ia hadir dan bertapak dengan sikap yang kurang baik dan tidak menyenangkan hati.
Bukan itu sahaja. Apa yang aku perhatikan, salah satu amalan sunat ni dah semakin dilupakan. Perjalanan pulang dari masjid hendaklah dilalui jalan yang berlainan. Bukan jalan yang sama sebagaimana jalan kita ke masjid tadi. Tapi kita, pergi dan balik menggunakan jalan yang sama. Betul tak?
[quote style=”1″]Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata: Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu.Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.[/quote]
Ok. Setakat ini sahaja untuk artikel contest Denaihati tu. Semoga apa yang aku kongsikan ini sedikit sebanyak memberi impak yang berguna buat korang semua. Andaikata ada yang tersalah bicara, harap diperbetulkan untuk renungan bersama. Aku hasilkan artikel ini bukanlah untuk contest semata-mata tetapi hanyalah secebis kata-kata pada perkara yang semakin hari semakin dilupakan. Begitu banyak perbezaan kita dan Nabi SAW dalam menyambut hari raya Aidilfitri yang mulia. Kan?
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.
Sangat berbeza sungguh…. Bersama kita muhasabah diri..
Hehe..insyaAllah..
Tarbiah daripada Madrasah Ramadan harus diteruskan. Ayuh Hafizul!
Hehe..terima kasih bro..insyaAllah..
Itulah nabi kita mengamalkan hidup yang sederhana dan sentiasa dekat dengan ALLAH. Thanks for sharing.
Hehe..sama-sama bro..
kena ikut cara nabi + juga main mercun hehe
Haha..dalam je maksudnya ni..
Bilion terima kasih bro kerana sudi sertai kontes contest #DuitRaya dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
OK tuan..insyaAllah akan terus follow blog DH dulu kini dan insyaAllah selamanya..hehe
sedih apabila membaca di akhbar berkenaan anak2 kecil yang kemalangan ketika bermain mercun…
EMm tapi mereka semua yang tegar bermain mercun tak pernah serik kan PM?
jauh benar rasanya cara ambe ngn cara Nabi Muhammad SAW. Nak kena muhasabah diri dan sempat lagi kalau nak puasa 6 =)
selamat berjya bro!
Haha..entah la bro..nafsu mengatasi segala-gala..tulah kadang kala susah nak belai dan pujuk nafsu ni..akhirnya tertewas gak..emmm
Maknanya Nabi sambut raya sehari sahaja…kalau syawal kedua terus puasa enam tentu mudah…kesihatan terjaga!
Emm jarang kan bro orang puasa 6 sekarang ni..saya lagi lahhh..emm..
sangat jauh perbezaan kita dan nabi saw.. semoga mengambil pengajaran.
terima kasih.
Sama-sama..apa yang disampaikan ini hanyalah pada pengalaman hidup sahaja..hehe..
mmg betul la… malam raya.. ramai yg sibuk main mercun berdentum2….
patutnya kena bertakbir…
Emm biasa la bro..mereka tak pernah lupa bab mercun ni..haha
Sememangnya jauh berbeza cara Rasulullah menyambut hari raya dengan kita menyambut hari raya… Mungkin kita dah terbiasa dengan cara sedia ada sehingga melupakan adab dan tertib menyambut hari raya yang sebenar…
Emm mungkin dan betul apa yang bro katakan ni..saya setuju..kadang2 terbawa-bawa gak dalam kehidupan saya..hehe
haaha. betul-betul.. sangat-sangat berbeza..hehehe
Hehe..terima kasih Boni Kacak..
hehe kita kan malaysian.. 😉
Hehe..betul2..
terbaik bro, tersentuh hati baca entri ini tak tau nape
Hehe..sama-sama..ehh tersenyum ada makna tu..hahaha
Alhamdulillah 3 perkara yang menjadi sunnah pada hari raya sempat di lakukan. 🙂
Hehe..alhamdulillah…