Perginya Tak Kembali Lagi…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap benda yang “hidup” pastinya akan “mati”. Itulah hakikat yang harus diterima dengan hati yang terbuka. Redha dan pasrah atas dugaan yang melanda. Perginya tidak akan kembali lagi. Walaupun kita mampu untuk memperbaiki dan merawatnya, namun ia bukanlah satu pilihan yang tepat.

Adat-kehidupan
Sekadar gambar hiasan

Barang yang rosak, boleh dibaiki…
Ketahanannya pula menjadi budi…
Tak semua alat ganti ada “Warranty”
Yang ada itupun kadang kala tak gerenti…

Ada warranty, paling lama setahun. Paling cepat seminggu. Paling teruk, langsung tak ada.

Begitu juga dengan suami yang ditinggalkan isteri. Kita selaku suami yang mithali berhak untuk mencari pengganti. Makan dan pakai kita sekurang-kurangnya diurus dan dijaga dengan sempurna. Dengan syarat, isteri baru yang dipilih itu seorang yang rajin dan bertangungjawab. Serta bertimbang rasa.

InsyaAllah. Bahagia sampai bila-bila.

Barang yang rosak, isteri yang telah pergi, itulah perkara yang boleh dicari ganti. Namun ada juga perkara yang tiada gantinya. Langsung tak ada. Dipasaran gelap sekalipun. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang tak mungkin berganti.

Mak dan ayah… Dua insan yang tak akan ada penggantinya. Begitulah dengan nyawa yang dikandung badan. Selagaimana kita masih dikurniakan nikmat ni, hargailah ia dengan baik sekali.

Walau sedih mana sekalipun, yang dah pergi biarlah ia pergi. Aku yang masih hidup dan bernyawa ni, haruslah mencari penggantinya. Lagipun, aku tak minta semua ni terjadi. Dengan rela hatinya dia pergi. Dan tak akan kembali lagi.

Setelah beberapa minggu memendam rasa, akhirnya aku nekad untuk mencari pengganti. Hidup terasa kosong. Dunia yang dulunya penuh dengan warna-warni, kini pudar serinya hilang entah kemana.

Lebih dua minggu aku menyepikan diri dari dunia blogging. Bukan kecewa ditinggal pergi. Tetapi semangat yang aku miliki turut sama dibawa bersemadi. Dan selagimana tiada pengganti, selagi itulah semangat baru sukar untuk disebatikan dalam diri.

Hasil duit tabungan, akhirnya “ia” berjaya juga dimiliki. Dan kini kehidupan aku semakin ada serinya.

Oh ya. Lupa nak kenalkan dengan korang “pengganti” yang baru. Klik aje gambar kat bawah ni.

preetyp/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

31 thoughts on “Perginya Tak Kembali Lagi…”

    1. hehe..terima kasih emalin..isnyaAllah..bengang gak..malam tadi line memang tak ada kat rumah..dah ada pengganti, line pula yang bermasalah..nak buat kerja pun tak boleh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *