Permulaan Ramadan Yang Menyedihkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kali dalam hidup, aku berhadapan dengan keadaan yang agak sukar untuk aku terima dengan hati yang terbuka. Walaupun perit, walaupun sakit, namun semua itu adalah anugerah yang terindah yang pernah hadir dalam hidup aku sebagai seorang manusia. Kehidupan. Adakala kita bersedih. Adakala kita gembira. Namun, apa maknanya jika kesedihan melebihi kegembiraan? Dugaan demi dugaan hadir untuk menguji tahap keimanan yang ada dalam diri ini.

permulaan ramadan yang menyedihkan

Kredit : “Aku Tidak Mampu Bertahan Lagi… Ya Allah”

Walaupun begitu, tidak terdetik sedikit pun di fikiran. Setiap apa yang berlaku, aku tak pernah salahkan takdir. Aturan yang Allah tetapkan untuk aku adalah aturan yang terbaik dan sangat sempurna. Siapa kita untuk melawan takdir? Hebat sangatkah kita untuk mempersoalkan apa yang telah Allah berikan? Tanpa izinnya, semua ini tidak akan berlaku.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana memberikan kami dugaan yang hebat ni. Yang tak pernah terlintas di fikiran kami untuk menempuhi dugaan sebegini. Dugaan ini menyedarkan kami yang sudah terleka, mengejutkan kami yang sedang lena dibuai mimpi agar sentiasa mendekatkan diri dengan-Mu. Memperingatkan kami betapa agungnya kuasa-Mu. Memberikan kami kesedaran untuk sentiasa merindui-Mu Ya Allah. Terima kasih ya Allah.

Apa yang terjadi, mungkin ada hikmahnya. teringat pula akan sebaris ayat berbunyi Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu“.

Permulaan Ramadan Yang Menyedihkan – 09 Julai 2013 bersamaan 30 Syaaban 1434h ( Selasa )

Masalah internet, masalah broadband. Kali ni aku berhadapan dengan satu masalah baru iaitu :-

‘ Cannot connect Internet. Try again later. Error code JENG KRENGGG. Your Broadband Celcom and Wireless Access Point For Broadband kena curi. Please contact 1111 for terminate. Do it as soon as possible!!! ‘

Ya. Broandband aku kena curi. Musang bertopengkan manusia telah masuk ke dalam rumah lalu mencuri barang tersebut. Jadi, terbantut pula untuk akses internet kat rumah lepas ni. Tunggu ada modal lebih nak beli yang baru. Dannnn aku jaminnnn. Lepas ni, kekasih hati Alexa tak akan berada pada takuk yang ada sekarang. Ahhhh aku betul-betul kecewa. Frust bagaikan nak gila mengenangkan kekasih hati Alexa. Dah berminggu-minggu aku paksa, aku pujuk, aku belai Alexa. Lepas ni? Aku tak boleh nak manja, nak belai selalu dah. Pandai-pandailah kau bawa diri yer.

permulaan ramadan yang menyedihkan - mesin membajak sawah

– Aku panggil ini mesin galo –

Masalah kedua, tak boleh nak tengok mesin membajak sawah dah la. Sebabnya :-

Aku : Dikkk, lepas ni dop leh tengok mesin galo doh la.
Anak : Bakpo?
Aku : Motor ayah ore curi.
Anak : Dop leh tengok mesin galo dohhh laaaaa.

Ya. Motor aku pun diorang kebas sekali. Lahanat punya musang bertopengkan manusia.

permulaan ramadan yang menyedihkan

Balik la. Aku rindu sakan dah ni…

“Bang-bang. Duit anak tak ada”
“Ha? Try ayang check betul-betul”
“Betul bang dah tak ada”
“Tak apa lah yang. Bukan rezeki anak la tu”

Ha ah. Kalau bab duit, bukan korang je kebas. Aku pun kebas juga kalau orang tak mengaku duit dia. Haha.

Dahhh. Lepas tu pergi buat report kat balai. Alamak, awek polis buat hal pulak.

“Ada apa Encik?”
“Nak report motor hilang. Ni geran dia”
“Sila duduk yer”
“Bila berlaku ni Encik? Rumah kat mana? Jam berapa Encik balik rumah? Bla…bla…bla…”
* Dipendekkan cerita…
“Alamak, Sistem buat hal lah Encik. Encik datang esok boleh ambik report?”

Hampir sejam menunggu, rupanya balik tangan kosong gak. Memang malang betul lah nasib aku hari tu.

Teringat pula akan kes rakan blogger. Denaihati, ada juga kongsikan pengalaman beliau pada artikel yang bertajuk Pecah Masuk Rumah pengalaman mengerikan.

Suboh 12/7/2012 tidur nyenyak kami sekeluarga diganggu. Aku, isteri dan anak perempuan bongsu sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia… Baca lagi

Memang menyeramkan kisah yang dikongsikan oleh tuan punya blog Denaihati. Aku bersyukur sebab masa tu tak ada orang kat rumah. Semua kerja. Alhamdulillah. Ok. setakat ni dulu. Andaikata aku kurang melawat blog korang lepas ni, harap korang sedia maklum yer. Aku bukan jual mahal tapi aku terpaksa. InsyaAllah aku akan cuba ikhtiarkan sesuatu agar dapat bersama dengan blog Pondok Kecil seperti sedia kala. Hehe.

p/s : Sila jaga diri dan keluarga anda dengan sebaik-baiknya.

81 thoughts on “Permulaan Ramadan Yang Menyedihkan”

  1. Sabar bro, semoga akan ada hikmahnya dari apa yang berlaku. Tapi memang setuju dgn bro, memang lahanat betul org yg buat kemungkaran tu. Hampeh!

  2. Ya,Allah..sabarlah..jangan sesekali bingkiskan kata itu dengan ungkapan malang..tak elok.saya kita..mereka dia tak malang semua telah di aturkan oleh dia.kita mesti redha mungkin itu bukan rezeki kita..jadi mesti lepaskan sebaik boleh sungguhpun ia terlalu berat dalam hati..

    dugaan berpuasa dan kehilangan sesuatu memang menggujikan kesabaran kita setiap insan.saya harap bro dan sekeluarga dilindungi oleh rahmatNYA. Alhamdulillah sekeluarga selamat semuanya.bersyurlah.. saya amat sedih mendengar berita ini.mungkin pada situasi saya pasti sy juga akan berkeadaan sedemikian..

    sabar..sabar..dan bersabarlah..

    1. Terima kasih Suri atas nasihat dan dorongan semangat ni…Emm kadang tu susah juga nak lepaskan secara rela..namun, saya percaya satu hari nanti, ALlah pasti akan menggantikkannya…insyaAllah…terima kasih Suri atas kata-kata semangat ni…

  3. Allahuakbar!
    Berat ambe baca, berat lagi deme yg memikulnya

    moga2 manusia yg bertopengkan musang tu akan sedor ke diri, dan pulangkan balik moto tu…ameen

  4. apa nak buat kan.. dah jadi.. mmg kes2 macam ni byk berlaku skg ni.. rumah mak kat kampung pun de org masuk. dan nasib baik takde org masa tu. lau tak, tak tahu lah..

    apa pun, bersabarlah. ujian tu..

  5. Ya. Allah! Dugaan Sungguh ye, sabar tau Hafizul, ermm berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulkan. Apa2pun anggap ini semua ada hikmah disebalik semua. In Shaa Allah akan ada rezeki yang lebih baik dari ini.

  6. pengalaman kena rompak tu memang takkan lupa, juga jangan kita lupa itu ujianNya juga.
    mudahan bro semakin kuat dengan ujiaaNya ni. broadband hilang tak buat report sekali, kira rumak kena rompak.

  7. sabar bro ni semua pasti ada hikmah semuanya tak sangka di bulan yang mulia ini pun mereka sanggup melakukan kerja terkutuk ini kan, semoga Allah membalas semua kejahatan yang mereka lakukan

    1. Emm terima kasih bro..kadang2 terfikir juga..mungkin balasan Allah untuk dosa2 saya yang telah lalu…apa boleh buat..redha dan mengharap aje lahhh…

  8. Sabar Bro… Anggaplah ini ujian daripada NYA… Semoga Bro tabah menerima ujian ini, ada sesuatu yang lebih indah menanti Bro di kemudian hari…

  9. semoga yg mencuri tu dapat balasan setimpal.. mmg menyusahkan org..
    semoga bro bersabar dan lebih berwaspada selepas ini….

    kat taman saya nie, dengar byk juga kes pecah rumah bila time cuti…
    risau juga saya.. kalau diaorg curi komputer2 saya.. abislah bisnes saya..
    semuanya dlm komputer nie…

    1. Emm elok dah tu buat backup bro..memang naya lah kalau semua data tu hilang..boleh bikin stress tahap gaban tu..terima kasih bro atas kata-kata semangat ni..Semoga Allah lindungi kehidupan kita selalu..aminnnn…

    1. Terima kasih bro..masa mula2 berlaku hari tu dah fikir yang ujian ni datang dari Allah..tanda Dia sayangkan umatnya..terima kasih bro atas kata-kata semangat ni..

  10. banyakkan bersabar….. dugaan awal ramadan… Allah takkan duga kalau kita tak mampu tempuhinya…. mujur la jgk tak ada sesiapa kat rumah… sekurang2 nya barang je yg hilang… semua tu boleh diganti semula… sabar yer…

    1. Ha ah..betul tu bro..keselamatan diri sendiri dan keluarga lebih penting…barang2 memang boleh cari balik..hehe..terima kasih atas kata-kata semangat ni…alhamdulillah..

  11. Ujian yang berat bagi tuan denaihati di bulan ramadhan ini, semoga bisa tetap sabar. Allah SWT tidak tidur pasti akan mmeberikan petunjuk yang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *