Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Permulaan tahun 2015 memang mengembirakan. Terutamanya dalam dunia blogging. Walaupun kerja hakiki sekarang ini masih belum mendapat jawapan penyambungan kontrak, namun ada kegembiraan yang telah diberikan oleh-Nya.

Setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Dan yang pasti, rezeki Allah itu tersangat luas. Hanya yang tinggal usaha diri sendiri untuk mendapatkan rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya. Kerja hakiki sekarang ini seakan-akan terumbang ambing. Bagaikan ombak yang memukul sampan.
Nak kata seperti telur dihujung tanduk pun terlampau sangat. Haha.
Walaupun begitu, aku mengharapkan sebuah jawapan yang mengembirakan daripada majikan tempat aku bekerja sekarang ni. Sekiranya dalam tempoh terdekat ni, ada berita yang mendukacita, aku akan terima jua dengan hati yang gembira.
Sekurang-kurangnya apa yang Allah tetapkan, itulah yang terbaik dalam hidup aku. Jauh dilubuk hati, aku teringin sangat nak resign kerja ni. Tetapi desakan hidup yang memaksa aku untuk terus bertahan. Apa boleh buat. Yuran dan upah asuhan dua orang anak sebulan pun dah mencecah RM500. Tu belum masuk bab pakaian dan segala keperluan lain lagi.
Seriau bulu roma bila memikirkan perkara ni.
Mujurlah aku terjebak dalam dunia blogging. Terjebak juga dengan aktiviti buat duit sampingan dengan blog. Sekurang-kurangnya hasil blog setiap bulan boleh menampung masalah kewangan yang dihadapi.
Dah cukup baik walaupun hasil itu tidak memberansangkan.
Beberapa hari yang lepas, aku berjaya menjual produk di laman klikjer. Dan komisen yang diterima agak lumayan juga.

Juga komisen Jobdirumah yang selama ini aku impikan.

Aku juga berjaya menghasilkan jualan untuk ebook panduan menjahit baju. Walaupun tidak serancak mana jualannya, namun aku tetap bersyukur. Masih ada lagi insan yang mencari-cari panduan menjahit baju. Masih ada juga insan-insan yang perihatin untuk belajar menjahit baju sendiri.
Juga tidak terkecuali mereka yang menyimpan angan-angan untuk membuka kedai jahit sendiri.

Panduan menjahit baju tersebut boleh memberikan pulangan yang lumayan. Dengan syarat, kuasai ilmu jahitan dengan baik dan sempurna. Mengambil upah menjahit baju ni, bukannya bermusim. Dan saat yang paling mengembirakan lagi ialah pada ketika tibanya musim raya.
Musim tu, senyum lebarlah tukang jahit semua. Haha.
Untuk itu, kepada mereka yang berminat untuk belajar menjahit baju sendiri, boleh dapatkan panduan menjahit dibawah ni. Klik aje. Tak yah nak ragu-ragu sangat. Haha.
>>> Laman Panduan Menjahit Baju.
Ok. Aku tak nak sembang panjang sangat hari ini. Apa yang aku harap, korang semua akan merasai betapa manisnya buat duit dengan blog.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Didoakan semoga Hafizul mendapat berita baik dari majikan…
Aminnn..semoga diperkenankan-Nya..terima kasih yer..hehe
Tahniah Bro.. Semoga mendapat lebih banyak rezeki pada tahun 2015… In Shaa Allah, kita sekarang berada di landasan yang betul… Cuma perlu pertajamkan kemahiran sedia ada..
InsyaAllah..terima kasih bro..dan harapan saya..semoga laluan yang saya lalui ni tak banyak simpang siur yang terpaksa ditempuhi..aminnn
Semoga cepat2 dapat keje yang lebih baik dan berstatus tetap..Tolong doakan saya berjaya dapat duit drp blog juga ye..:)
InsyaALlah..semoga adalah tu rezeki untuk mummy merasainya..yang penting..jangan putus asa dan selalulah berusaha..
semangat dan tawakkal biar sentiasa tetap
insyaallah rezeki kita, rezeki isteri dan anak2
sentiasa ada di mana2
Yup..betul tu bro..terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat ni..
Memang satu permulaan yang sangat baik. semoga seterusnya pun akan macam ni ye PK 🙂
InsyaAllah..selagimana ada usaha insyaAllah..ada lah tu rezeki dari-Nya..hehe..terima kasih Noriza..
buat duit dengan blog memang manis. mak jemah pun dah merasa dari zero dulu hinggalah boleh buat secara sepenuh masa sekarang…
Huhu..terbaiklah mak jemah..dah boleh full time skarng ekk..saya jer belum ada kesempatan lagi ha..hehe
insya allah..semoga mendapat berita gembira.
Aminnn..semoga diperkanankan-Nya..harapan macam tu la..tapi kalau berita duka diterima, saya tetap terima dengan perasaan yang gumbira..hehe
terbaik murah rezeki tahun baru..semoga terus maju
InsyaAllah..terima kasih bro..aminnnn
bersyukur dan ingat padaNYA selalu..
amboi bukan main yer hek..hek..nak jugalah pk..
p/s: selamat tahun baru pk sekeluarga…
Haha..dia lagi terrer dari kiter..huhu..insyaAllah..selagimana dikurniakan akal yang waras, insyaAllah..akan memanjatkan kesyukuran pada-Nya selalu…Selamat tahun baru juga untuk Suri Sekeluarga..
alhamdulillah rezeki tahun baru…
Alhamdulillah..Terima kasih Norehan
Saya pun nak dapat income dari blog ni.. Saya doakan agar apa sekalipun keputusan kontrak tersebut ia akan mendatangkan kebaikan kepada keluarga hafizul
InsyaAllah..semoga akan ada berita baiknya nanti..huhu..terima kasih Emalin…
alhamdulillah…..moga terus baik sampai ke hujung tahun dan seterusnya. blog ni kalau betul kita guna, memang boleh jadi lubuk duit, antara nak dengan tak nak je..kan kan?
Yup..setuju dengan apa yang diperkatakan tu..hehe..terima kasih Suriya..
insyaAllah tahun yang gemilang buat kita semua
InsyaAllah aminnn..semoga diperkenankann…hehe
kena kerja lebih kuat lagi …baru rezeki makin bertambah
InsyaAllah..kasi kuatkan lagi haaa..hehe
wahh..
banyak tu.
leh beli banyak cendol.
Ha ah..leh belanja juga nanti ada rezekinya..hehe
Tahniah… tahniah!
Terima kasih bro..
Alhamdulillah..rezeki.. Aya dari dulu sampai sekarang suka buat duit dari internet..hihihi
Hehe..terbaiklah aya..semoga terus sukses sampai bila-bila yer..hehe