Petanda Bibir Kiri Bawah Bergedip-Gedip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni, masuk hari kedua bibir kiri bawah bergedip-gedip. Ataupun dalam bahasa yang mudah difahami, bergerak-gerak. Seakan-akan bergetar macam tu la. Apakah punca dan apakah petanda bibir kiri bawah bergedip-gedip? Satu soalan yang sukar untuk diberikan jawapan yang khusus. Setiap gerak geri badan, mesti ada petandanya yang tersendiri.

Petanda Bibir Kiri Bawah Bergedip-Gedip

Sekadar gambar hiasan : Google images

Contoh paling mudah dan ringkas, perit tekak. Itu merupakan petanda badan tak sihat, nak demam ataupun selsema. Tapi, apakah pula petanda bibir kiri bawah bergedip-gedip?

Aku ada search dalam Google. Jumpa tapi kenapa ada yang tak sama yer? Mana mungkin petandanya berbeza. Tapi tempat yang sama. Haha. Ada yang kata nak bagi ceramah. Ada yang kata nak dapat pekerjaan yang baik. Daripada dua petanda ni, kalau aku satukan mesti dia jadi macam ni.

Petanda bibir kiri bawah bergerak : Anda akan mendapat pekerjaan sebagai penceramah.

Haha. Walau apa pun yang akan berlaku, aku redha aje. Dapat berita baik, aku aminkan dengan penuh rasa kesyukuran. Dapat berita kurang menyenangkan, aku pasrah dan berharap setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Begitulah lumrah hidup manusia. Setiap apa yang berlaku telah pun tertulis dan telah pun ditakdirkan. Cuma aku jer yang tak tahu macam mana nasib aku lepas ni.

Lepas sejam ni, aku tak tahu jadi lagu mana. Setahun dua lagi, itu pun aku tak pasti apakah yang bakal berlaku. Masa depan hidup aku lagilah sukar untuk dijangka. Semuanya penuh dengan kerahsiaan yang tak mampu aku fikirkan dengan akal yang waras. Betul tak?

Selagi hayat dikandung badan, hidup mestilah sentiasa ‘GET READY‘ untuk sesuatu perkara yang sukar diduga.

Bibir kiri bawah korang tu, pernah tak bergerak-gerak? Bergedip ataupun bergetar? Pernah tak? Jenuh gak la aku duk fikir. Apakah makna disebalik semua ni. Haha.

Kalau korang nak tahu lagi banyak akan petanda-petanda badan ni, boleh baca pada artikel yang bertajuk petanda anggota badan berdenyut-denyut.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

41 thoughts on “Petanda Bibir Kiri Bawah Bergedip-Gedip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge