Poligami Petanda Lelaki Perkasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kisah Poligami Petanda Lelaki Perkasa Bahagian Akhir.

“Bang… Berapa usia abang sekarang ni?” Tetiba promoter yang duk kat meja sebelah bertanya.

“29 tahun…” Jawab aku dengan penuh kehairanan.

“Muda lagi. Tapi kenapa muka abang nampak macam tua dan kusam jer…” Selamber jer dia kata muka aku tua.

Poligami Petanda Lelaki Perkasa
Rasa macam nak telan aje mamat promoter ni.

Memang tak sayang mulut betul la mamat promoter ni.

“Entah…” Aku menjawab dalam keadaan yang tidak puas hati. Sambil tangan menyelut saku untuk membayar air sirap laici.

“Abang nak kelihatan muda dan perkasa tak?”

“Tak nak…”

“Abang kalau nak kelihatan muda, abang kena tengok ni.”

“Jap jer bang. 2 minit paling lama…”

Walaupun aku tak hiraukan si mamat promoter ni, dia tetap beramah mesra dengan kata-katanya yang manis berbicara.

Lalu dihulurnya telefon bimbit Samsung 6 berwarna Pink.

“Abang tengok ni…”

“Hahahahahaha” Dan tanpa disengajakan, aku ketawa manja di situ.

“Dah rezeki dia kawin 4. Dah rezeki dia juga kelihatan muda dan perkasa. Bukan sebab produk ni. Sambil bangun dari kerusi kayu, aku pun beredar dengan penuh rasa gembira.

Ok. Tamat sudah Kisah Poligami Petanda Lelaki Perkasa.

Sambil berjalan menuju ke ruang parkir kereta, aku pun terfikir. Betul ke poligami itu petanda lelaki perkasa?

Poligami Petanda Lelaki Perkasa
Ha ah… Betul ke?

Ada ketikanya aku rasa macam betul juga. Sebabnya :

Nak kawin lebih dari seorang, harus gagah perkasa.

  1. Soal kewangan haruslah kukuh. Tahap kesihatan diri pun hendaklah berada dalam keadaan yang baik. Barulah dipanggil lelaki perkasa.
  2. Nafkah zahir dan batin juga menjadi titik utama berpoligami. Hanya lelaki perkasa sahaja yang mampu mencukupkan segalanya. Dan memberikan kepuasan untuk sekian lamanya.
  3. Disiplin dalam keluarga harus diterapkan dengan sempurna. Kalau tak, macam mana nak tubuh group WhatsApp “Abang Perkasa, Nafsu Berjela-Jela”. Betul tak? Hanya lelaki perkasa yang mampu mendisiplinkan bini-bini mereka supaya tidak bergaduh sesama sendiri. Tidak menarik rambut sesama sendiri dan saling hormat menghormati. Kalau tak ada disiplin yang sempurna, lelaki bini mesti gaduh punya.

Kisah poligami ni seronok sebenarnya. Dengan syarat, kita selaku suami haruslah memainkan peranan dengan baik. Dan salah satu tips untuk kelihatan muda selalu ialah dengan poligami.

Cuba korang perhatikan. Lelaki yang kawin dua, yang kawin tiga, muka mesti ada seri. Orang tua-tua kata, “Nur” tu ada. Macam aku cakap tadilah. Kawin dua, kawin tiga ni seronok. Asalkan kita lelaki pandai memainkan peranan sebagai seorang suami kepada empat orang isteri.

Barulah “Nur” akan terpanpar megah diwajah kita.

Cara nak kawin dua :

  • Diri sendiri sudah pun bersedia. Baik soal kewangan, emosi, tanggungjawab dan sebagainya lagi.
  • Minta kebenaran Isteri pertama.
  • Suruh isteri pertama pergi merisik bakal madunya.
  • Pergi ke Pejabat Agama. Minta borang. Isi dan hantar.
  • Buat majlis perkahwinan. Elok buat majlis kesyukuran.
  • Nikmati malam pertama dengan penuh perasaan gembira.

Kan? Secara tersuratnya, nak kawin dua ni senang jer. Dan susah jika diteliti secara tersirat. Jadi, pandai-pandai lah korang buat keputusan. Jangan ikut kata hati. Kelak diri sendiri yang rugi.

Dan dibawah ni, ada Panduan RAHSIA Poligami. Boleh download dengan hati yang gembira.

~~~> Panduan Rahsia Poligami.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

26 thoughts on “Poligami Petanda Lelaki Perkasa”

  1. kawen lebih dari satu ni kalau cukup syarat Insya Allah awet muda la sebab bahagia kalau main kawen jer… takut pendek umur sebab kena serangan jantung bila bini2 bergaduh hahahaha

  2. Kalau cukup syaratnya dan tahu tanggung jawab dunia akhirat tak ada isteri yang marah walaupun secara lahiriahnya tak ada perempuan yang suka . Yang banyak kes lintang pukang ni sebab nak berseronok di dunia aje. Tanggung jawab suami tu sangat besar. Sama-sama beringat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *