kujie2.com punya blog

Pondok Kecil – Angin Nak Pakai Theme Berbayar Pulak Dah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah kenapa la Pondok Kecil angin semacam jer. Usia blog tak sampai setahun jagung lagi. Dah macam-macam. Ni semua lepas tengok blog Affan Ruslan berkenaan rekabentuk blog Kujie2.com tu la. Menarik juga design blog baru kujie2.com tu. Terus aku pergi melawat dalam blog kujie2.com. Sempat juga aku tinggal kan komen dalam entrinya yang bertajuk Kosong.Tapi kenapa disaat entri ni ditulis, komen aku tiada pun dalam entri kosong tu. Haha. Jangan-jangan kena ngap kat Spam kot.

Lepas tu aku klik dekat ruangan Biodata. Saje jer nak membaca asal usul blog kujie2.com ni. Dari situ lah banyak perkara yang aku tahu berkenaan dengan blog Kujie2.com. Sejarah awal penglibatan beliau dalam dunia blogging. Apakah makna disebalik nama blog kujie2.com. Memang menarik perhatian aku bila membaca entri ni.

kujie2.com punya blog

Rekabentuk Blog Kujie2.com

Nama blog pun ada makna tersendiri jugak. Tak ku sangka. Pondok kecil pula tak membawa apa-apa makna. Hentam ajela. Haha. Asal kan aku bahagia. Walaupun hakikatnya hati aku tengah gundah gulana sekarang ini dek Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati . Tak apa la. Yang penting berusaha mencari ilmu. Seperti cerita dalam entri Titan tu.

**********************************************************************
Sekadar renungan. Semalam aku ada la tengok cerita Takdir di TV3 tu. Kisah seekor kucing yang dipotong tangan kerana mencuri sekerat ikan di kedai makan. Aku sebagai penonton di kaca TV ni pun rasa terharu. Apatah lagi bagi mereka yang menyaksikan sendiri penderitaan kucing tu di depan mata. Memang mengguris perasaan betul. Sedih yang terasa jauh lebih hebat dari kesedihan akibat putus cinta.

Papa Hero @ kakimotong

**********************************************************************

Sebenarnya apakah kelebihan bila menggunakan theme berbayar ni? Aku sendiri pun tak pasti. Sebabnya ilmu aku tak cukup tinggi lagi untuk menjawab soalan seperti itu. Aku terkenan akan design theme berbayar ni sebab ianya menarik. Makin berseri-seri la Pondok Kecil nanti.

Laman Templatesold

Themes yang aku cari ni dalam laman templatesold. Harganya sangat murah. Bagi aku design theme ni pun menarik jer. Tapi tak tau la bagi korang macam mana. Lain padang, lain belalangnya. Kan? Aku terus sms kawan aku di Kota Bharu. Minta dia belikan. Maklumla aku tak pandai kalau membeli menda-menda macam ni. Hehe. Dia ni adalah pereka laman web pejabat aku.

Amacam kawan?

Kalau korang ada masa, korang klik la link ni. Bukan apa, kalau boleh aku nak dengar juga pendapat rakan blogger Pondok Kecil tentang theme ni. Adakah ia sesuai atau tidak. Atau aku still jer dengan theme free ni. Pandangan korang amatlah bermakna buat aku sebagai orang baru dalam dunia blogging ni.

p/s : Jangan lupa bagi pendapat korang ek.

40 thoughts on “Pondok Kecil – Angin Nak Pakai Theme Berbayar Pulak Dah

    1. hafizmd

      Mmg content is musang king. Isi kandungan entri kita ttp menjadi pilihan.

      Cumanya, drpd aku usha2 blog itu ini, mmg kalau themes tu laju speednya, kemas susun aturnya, code2nya tak serabut, mesti akan lebih mesra enjin carian. Jadi, senanglah nak duduk kat 1st page. SEO ke ni? entahlah…aku tak tau…hahaha

      Jadi, kalau betul2 nak beli, pada aku, baik beli themes yg dah benar2 teruji dan diuji dalam segenap segi. Baru berbaloi2….

      p/s-ini sekadar pendapat aku jer bro… =)
      hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

      Reply
    2. hafizul Post author

      ooo ye ke bro..abg ensem memang pakai theme twenty..emm themes thesis kena edit pakai cording kan??bab cording lemah ni bro..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Wahhh sedap ar..mesti menang punya..hehe..blog bro dah mantap..rasanya themes bro tu cukup hebat dah..menarik aku tengok..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      yang free pun okay jugak..tapi aku nk yang menarik mata memandang..kelau pandai edit theme free aku rasa mungkin akan menarik juga..tapi aku tak pandai semua tu..haiya..

      Reply
    1. hafizul Post author

      yaaa aku rasa macam tu jugak..tapi tak tau la..themes berbayar kena tengok juga la akan security dan function dia jugak..macam rakan blogger katakan…aku rasa lebih senang jika suruh rakan blogger jer yang designkan utk aku..hahaha..

      Reply
    1. hafizul Post author

      kwn tu ada..tapi takut mengganggu dia jer..tu yang rasa mls nk mitak tolong dia..hehe..ooo ye ke yang free ni mcm tu..nasib aku tak pernah update pun lagi..kalau tak hancur..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      emm betul tu titan…yang free kalau pandai edit,mesti best kan..tapi aku fail bab-bab mcm ni..tu aku nk pakai yang berbayar..tngok mcm menarik..tapi tak tau la..hehe

      Reply
  1. Affan Ruslan

    Ada orang kata content is a king, ada orang kata content is a queen. Perkara ni subjektif, bergantung pada seseorang. Ada orang jatuh cinta kali pertama pada sesuatu blog sebab rekabentuk yang lawa, kemudian dari situ dia baca satu persatu entry, kemudian terus melekat.

    Kalau design buruk sangat pun tak boleh, contohnya tulisan terlalu susah nak baca. Biar bagus macam mana pun artikel, pembaca tak melekat sebab susah nak baca atau sakit mata.

    Theme blog bergantung pada pemilik blog, kalau theme lawa setiap kali masuk blog rasa happy, MUNGKIN blh mendatangkan mood ketika menulis. Pembaca pun senang hati 😀

    ps: Thanks for mentioning, rasanya baru pertama kali masuk blog ini. Guna theme percuma ke, berbayar ke, custom made ke, ikut kemampuan. Saya dah guna banyak theme berbayar dari beberapa company berlainan, bukan semua theme berbayar bagus. Bukan semua theme berbayar beli, dulu byk join giveaway blogger luar Malaysia, so ada beberapa kali menang, dpt la merasa. Beza antara free dan premium theme selalunya pada fungsi dan rekabentuk. Kalau fungsi tu, mungkin sebab byk pilihan, tapi ada sesetengah premium theme “terlalu banyak” fungsi tambahan, sampai pening nak setting theme masa awal2 nak guna. hehe
    Affan Ruslan recently posted..Rekabentuk Terbaru Kujie2.comMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      ooo mcm tu pulak ke??adoii memang pening jugak ekk nak memilih theme ni..senang-senang pakai jer mn yang ada…tapi tu la blog ni mcm tak menarik jer mata memandang..haiya…terima kasih utk informasi dan pendapat tu…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge