Berjaya Buat Sitemap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sitemap adalah perkara asas yang penting bagi sesuatu blog. Tak kiralah blog persendirian mahupun blog perniagaan, sitemap memainkan peranan yang tersendiri dan ia merupakan akses terpantas yang membolehkan pelawat melihat setiap kandungan yang terdapat dalam blog kita.

Aku tengok rakan blogger Pondok Kecil kebanyakannya sudah mempunyai sitemap di blog masing-masing. Bukan blog sahaja yang mempunyai sitemap, tetapi laman web rasmi kerajaan juga mempunyai sitemap. Antaranya laman web MOA, LKIM, 1Malaysia, dan sebagainya lagi.

Melihat betapa pentingnya sitemap ni, aku berusaha juga mencari cara untuk membuat sitemap ini. Aku ingatkan buat sitemap ni semudah menggoreng telur dadar. Hehe. Akhirnya aku jumpa la plugin ni. Cukup senang. Plugin yang digunakan adalah PS Auto Sitemap.

Lepas install PS Auto Sitemap, aku create satu page yang diberi nama Sitemap. Lepas create page, add pula dekat ruangan menu. Supaya terpapar di header Pondok Kecil. Kerja aku tak selesai disitu sahaja. Sitemap yang dibuat masih tak menjadi dan sekaligus menunjukkan tanda-tanda nak bagi aku stress. Rupanya kena isi ruangan PostID of the sitemap. Fikiran aku buntu seketika. Macam mana aku nak settle menda ni.

Berbekalkan keyword how to get PostID of the sitemap aku search dalam Google. Google memang tak pernah menghampakan aku. Hehe. Akhirnya aku jumpa macam mana nak dapatkan PostID. Korang boleh baca di sini sebab panjang sangat untuk aku terangkan. Hehe.

Akhirnya aku berjaya buat sitemap. Sebenarnya dan 2 hari aku cuba. Hari ni baru menjadi. Syukur sangat-sangat.

Sumber : Google

p/s : Harap entri ni membantu bagi mereka yang memerlukan.

40 thoughts on “Berjaya Buat Sitemap”

  1. Tahniah, bro
    Masa aku pindah ke wp
    Semuanya kawan yang buat
    Aku tak tahu apa2

    Nanpaknya aku kena godek2 lepas ni untuk belajar lagi

    1. Hehe..tak apa la kawan yang buat..kita tak yah sakit kepala duk fikir..hehe..lepas ni godek2 sendiri..suka tau kalau boleh buat sesuatu yang kita asalnya tak tau nak buat..

  2. sitemap boleh dikatakan “WAJIB” untuk setiap blog..kalau saya singgah mana2 blog pun dan hati tertarik kat blog tu, saya akan terjah sitemap blog dan baca entri2 lama..terutamanya yang ada kaitan dengan tips dan tutorial blogging.. =)

            1. Kalau sudah masuk post id nya, maknanya dah ok ler tu..sy pun buat macam tu jugak..mungkin sitemap tu kena masukkan pada menu kot..tak boleh diletakkan pada ruangan atas sepertimana yang dilakukan sekarang ini..cuba la try & error..hehe

      1. Tahniah saudara Faizul, dapat buat sitemap.

        Saya dari bulan 3 2013 lagi hingga sekarang tak dapat nak buat sitemap.

        Susah betul ya. Harapnya dengan perkongsian saudara ni dapat bantu saya. 🙂

        1. InsyaAllah..saya buat hari tu senang jer..cuma kena baca biar faham..kalau ada masalah, citer kat saya boleh..mana tahu saya boleh tolong dalam selesaikan sitemap blog bro..hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *