Pondok Kecil Menang Contest Review Blog PapaMifz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali aku nak ucap jutaan terima kasih kepada pemilik blog Papa Mifz kerana memilih aku menjadi Pemenang Contest Review Blog PapaMifz.com. Alhamdulillah. Murah rezeki Pondok Kecil bulan ni. Lepas dapat komisen Jobdirumah hari tu, dapat pula cermin mata daripada contest Papamifz.com. Tiada apa yang mampu aku ucapkan selain rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi.

artikel review blog sempena kontestKredit : Review Blog Perdana Mentari (PM)

Aku tak sangka sebenarnya menang contest review ni. Menang pulak dapat nombor dua. Memang gembira sangat hati aku ni. Aku sebenarnya tak rabun. Jauh sekali kalau aku pakai cermin mata. Dulu pernah juga pakai cermin mata yang tak ada power tu. Cermin mata beli kat pasar malam. Dulu masa zaman nakal-nakal dulu, kawan-kawan semua kata.

“Ehh kau kenapa tak pakai cermin mata? Tak hensem la. Nak tackle awek, muka mesti nampak skima. Dan skima tu akan kau dapat bila kau pakai cermin mata.”

Pertama kali dalam hidup aku membeli cermin mata. Dengan perasaan yang begitu teruja, aku mintak duit dengan mak.

“Mak, minggu depan nak duit belanja lebih sikit”

“Kenapa?”

“Orang nak belikan buku la mak. Buku rujukan. Tak ada buku rujukan susah la nak buat kerja.”

“Ok. Nanti mak mintak pada ayah yer.”

Tak. Aku tak jahat masa tu. Cuma aku nakal sikit aje. Yer la masa tu bukan ada duit sendiri. Nak beli itu, nak beli ini, kena mintakkan pada mak. Mintak kat ayah? Jangan harap la. Aku tak kan mintak duit dengan ayah kecuali keadaan terdesak sahaja. Haha.

Gembiranya hati aku masa tu bila mak bagi duit lebih untuk buat belanja di asrama. Bila tibanya hari yang ditunggu-tunggu, aku pun ajak kawan-kawan ke pasar malam untuk belikan cermin mata. Cermin mata tu aku pakai masa pergi sekolah je. Kat asrama dan kat rumah aku tak pakai. Sebenarnya agak tidak selesa memakai cermin mata ni. Tetapi disebabkan oleh hasutan kawan, akhirnya aku terjebak dalam kategori budak skima yang gatal. Haha.

Biarlah bab tu aku malas nak bercerita. Mungkin lain kali.

Dan sebenarnya aku tak tahu nak buat apa dengan hadiah yang bakal aku perolehi ni. Mungkin akan disimpan sebagai tanda ingatan aku bersama Pondok Kecil. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat semua pemenang contest blog Papamifz. Yang tak menang tu, jangan sedih-sedih. Adat bertanding la tu. Ada menang ada kalah. Daripada korang layan perasaan sedih tu, apa kata korang cuba belajar menjahit baju kurung. Tak pun baju Melayu.

Dekat-dekat raya tahun hadapan, sempat lah korang ambik upah menjahit baju. Tambahkan pendapatan sampingan korang tu. Ye?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

53 thoughts on “Pondok Kecil Menang Contest Review Blog PapaMifz

  1. papa mifz

    tahniah bro , bro memang layak menang…;)

    hadiah ialah sepasang kanta cermin mata , bingkai sediakan sendiri yer bro…:)

    kalau bro nak , kanta tuh tanpa power pun boleh , sekarang pun ramai yang tidak rabun tapi hendak pakai cermin mata , nampak kebih profesional gitu…;)
    papa mifz recently posted..Tugas Seorang Jururawat TerlatihMy Profile

    Reply
  2. Pingback: Dapat Cermin Mata Dari PM - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge