Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Minta perhatian semua rakan blogger. Aku nak mintak tolong korang semua berkenaan dengan masalah aku ni. Masalah ni dah beberapa hari aku cuba untuk selesaikan. Akhirnya jalan buntu yang aku jumpa. So, aku nak try la mintak pertolongan korang semua berkenaan dengan masalah aku ni. Harap ada yang sudi membantu. Aku tahu korang semua baik hati, pandai dan blog korang semua kebanyakannya mempunyai Page FB.
Masalah aku sekarang, aku tak boleh nak LIKE page FB rakan blogger Pondok Kecil. Tak tau silap kat mana, dan tak tahu salah siapa. Hehe. Seingat aku, Page FB untuk Blog Anarm berjaya aku klik LIKE. Maybe lain blog, lain setting Page FBnya. Aku tak mahir mana bab-bab macam ni. Aku tak nak rugikan masa untuk mencari jalan penyelesaian yang aku rasa ntah bila akan settle. So, aku gunakan lah khidmat rakan blogger semua.
Aku tahu zaman sekarang sukar untuk mendapatkan service percuma. Tandas awam pun kena bayar. Dah naik harga pulak tu. Itu pun ada yang mengungkit tak puas hati. Dah la tak ada kesedaran sivik tentang tatacara penggunaan tandas awam ni. Bagi je la duit tu sebagai tanda penghargaan untuk pemilik tandas mencuci saki baki yang kita tinggal. Haiya itu pun nak jadikan isu ke?
Tapi aku tahu korang semua baik hati kan. Sanggup menolong orang dalam kesusahan. Hehe. Ok, berbalik kepada masalah aku ni. Aku ada buat page untuk Pondok Kecil. Maklumlakan baru nak berjinak-jinak dengan laman sosial ni. Emm jom bercerita sambil layan gambar ni.
Lepas jer dah sign in ke page FB Pondok Kecil, aku biasa jugak tunggu sampai setengah jam. Tapi tak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Akhirnya aku tekan jer butang “x” tu. Senang.
Bukan Page FB Keluarga Mifzal Arsyad saja yang tak boleh nak LIKE, tapi facebook rakan blogger lain tetap hadapi masalah yang sama. Seperti FB Puanbee, FB Suri, FB Izzuddin Fauzi, FB Jebeng Otai, FB Teh Ramuan, FB Bardboo, FB Cik Tom dan lain-lain rakan blogger lagi.
p/s : Harap ada yang sudi membantu dan memberi sedikit sebanyak panduan. Sambil-sambil tu bagi merka yang belum LIKE FB Pondok Kecil, sila-sila kan lah. Tambahkan kenalan demi mengeratkan silaturahim. Tak salah kan.
kau dah ada fb personal tak,,,kena ada fb personal dulu baru buat page..maaf kalau aku salah sebab aku tak tahu sangat pasal fb nie.
hatiputera recently posted..Terima Kasih Abang Ensem
tak de lagi..emm kena buat lagi satu akaun la…hehe..terima kasih bro..
sy pun x pandai gak bab2 teknikal ni…tp rasanya kena like menggunakan akaun personal cam hati putera bgtau tu…kalau guna akaun as page mmg x leh like…nak like entry pun x boleh…mcm sy pun mmg like page FB blog kawan2 guna akaun personal.
selalunya mmg kita leh switch akaun personal dgn halaman….ada setting kat facebook tu bahagian atas kanan..
mungkin gak tu..dh setel ker bro ??
Jebeng Otai™ recently posted..Giveaway JebengOtai : Senarai Penaja Terkini
emm tak settle lagi broo..kena buat akaun lagi satu la nmpak nya..leceh betol…
emm dah comfirm dah..memang kena buat akaun personal lagi satu..boleh tak akaun page pondok kecil digabungkan dgn akaun personal yang akan dibuat nanti..boleh tak??
kawe raso jolo doh tu…keno like paka personal FB bokali…
yusri recently posted..Spotted Callsign of 9W2BUG
Hola..kawe keno buat akaun so lagi lah…mls molep sero…tapi mikir ke pondok kecil, terpakso la tehe malas tu..haha
kawe fb personal ado…nati kawe nok like fb demo…
yusri recently posted..Spotted Callsign of 9W2BUG
Gapo FB personal demo..like la..bilo lagi saing2 nak LIKE kalau bukan loni gak..haha
haha…kawe like doh tu…
bereh bohh..terimo kasih banyok…
yup kena guna akaun personal , memang kalau ter login akaun page , tk boleh like jugak
puanbee recently posted..Squad Sunlight Melamar Puanbee
Laa ye ke??habis tu aku kena buat 2 akaun la??leceh la mcm ni..nak delete akaun sedia ada ni syg..sebab dah ada yg LIKE..haiya
buat personal akaun je lah ..
puanbee recently posted..Pergi Event Bawa Anak
emm nanti nak buat la ni..tapi boleh tak akaun page pondok kecil digabungkan dngn akaun fb yang akan dibuat ni..boleh tak puanbee???
boleh aje , dah buat nanti request jd admin , bila id page tu dah jd admin , delete admin lama
puanbee recently posted..Tarikh Melihat Anak Bulan 19 Julai – Penepatan Awal Puasa 2012
hahaha…sesungguhnya amat sukar untuk buat menda ni semua…..saba je la…
senang je lah , hihi .. blog sy nuh tengah dilanda ribut petir lagi susah
puanbee recently posted..Tarikh Melihat Anak Bulan 19 Julai – Penepatan Awal Puasa 2012
Hola…emm mesti stress giler kan..tak pe la kurang2 puanbee byk dah pengalaman psl menda ni semua…
🙂 Boleh je like 🙂
Izzuddin Fauzi recently posted..Titik Mula 3.0 dan Serangan Indonesia
Emm pondok kecil nak LIKE rakan blogger lain tak leh..hehe
Minta maaf tuan tak dapat nak tolong. Tak tahu sangat pasal Fb ni. Setahu saya kena ada kaun personal..
Tapi hari tua ada juga terbaca di satu blog bahawa untuk FanPage. Fb dah kenakan servis caj tak tahu btol ke tak…
daddydee recently posted..MasterChef Celebriti : Celebriti Ke-10 Terkeluar
ya kena ada akaun personal..hehe..terima kasih atas info tu..