Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk kedua kalinya Pondok Kecil menyertai projek amal secara sukarela dan tiada paksaan dari penjuru kanan mahupun kiri. Tiada godaan dan tiada hasutan dari bahu sebelah kiri dan ia adalah naluri ikhlas dari hati ke hati. Insan yang bergelar manusia seagama, memang macam ni la. Tolong menolong amalan mulia bulan puasa ni. Dah la terawih tak penuh dah. Orang mintak tolong bagi support, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Haha.
Inilah kehebatan apabila membuat blog walking. Ada sesetengah perkara yang kita tak tahu, kita akan tahu. Ada sesetengah perkara yang kita tahu sikit, akan jadi banyak. Paling penting dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Saat entri di ditulis, aku masih lagi tak dapat melihat bagaimana rupanya hasil kraftangan yang dihasilkan oleh warga Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham ni. Tapi menurut pemilik blog El Qashrin Qaisara akan dikemaskini tak lama lagi. So, aku akan tunggu dengan penuh sabar sekali. Haha.
Apa yang diharapkan daripada projek amal ni, nasib anak-anak yatim akan terbela. Terbela dari segi pandangan masyarakat, tabungan mereka sendiri, taraf hidup, nilai kretiviti yang ditonjolkan dan berbagai-bagai lagi perkara positif yang akan diperolehi dari projek ni. Mungkin juga hasil kraftangan anak-anak yatim ini akan memasuki pasaran IKS, mana kita tahu kan. Dan dari pendapat peribadi aku, apabila pemilik blog membuat inisiatif sebegini, secara tidak langsung akan memberi impak yang mendalam terhadap kemajuan Anak-Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham ini.
Kecanggihan dunia internet, mana kita tahu kan apa yang bakal terjadi esoknya. Mungkin dengan adanya pengiklanan sebegini, secara automatik akan menarik minat sesetengah pihak untuk mengetengahkan lagi produk karattangan ini ke peringkat yang lebih meluas lagi. Sekaligus akan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tumpuan masyarakat Malaysia khasnya.
Kalau korang berminat nak join projek amal ni, sila la melayari bahtera halaman Jom “FOLLOW” Mummy untuk “Projek Amal EQQ”.
p/s : Aku harap aku ada kekuatan untuk menjayakan projek amal ni. Aminnn.
Test. Yeah! dah ok dah cmment luv Man!!! hehehehe
Man recently posted..Aku Nak Ais Krim
hehe..bagusla man…pasal apa jadi mcm tu man?
lupa tkar linknya dekat WP.
Man recently posted..Penangan Lee Chong Wei
dh setel ker bro?..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012 – 6 Ogos
dah settle nmpknya..tengok muka man senyum jer jak kelmarin..hahahaha
Hehe…tak apa man..satu ilmu dah dapat tu…hehe
Kita bantu mana yang termampu.. Sbb itu tidak rugi kita berblogging..
sekurang2nya banyak faedah + amalan baik yg kita dapat..
nurmisnan recently posted..Full moon ramadhan + anak saudara baru
Setuju sangat..di bulan mulia ni kan..dah la terawaih tak cukup dah..itu aku punya badan la..orang lain maybe cukup..hehe
Tahniah kerana menjayakan projek amal sebegini.
Saya rasa kalau nak lagi terkesan buat jiwa-jiwa orang di Malaysia,
apakata menggunakan medium yang lebih style seperti poster, video dan juga animation.
Kalau buat drawing pun okay. Sure lagi ramai yang join 😉
nizamghazi recently posted..Short Scene : I Am SuperNatural On Ramadhan – My P1 4G Has Been Upgraded!
Yaaa betul tu bro…itu antara medium yang berkesan juga..tapi memerlukan masa sikit untuk menyiapkannya..huhu
Terima kasih Pondok Kecil@Hafizul kerana join Projek Amal EQQ…
Mummy Akmar recently posted..Pengalaman Sebagai Ibu Tunggal Melahirkan Anak dan Berpantang di Bulan Ramadhan (Part 2)
sama-sama…bersama memeriahkan dunia blogger dengan perkara yang berfaedah ini..hehe
Tahniah PK .harap ada kekuatan. teringin jugak aku nak join tetapi kekeringan idea sekarang nie.
hatiputera recently posted..Lee Chong Wei Pingat Perak Olimpik 2012
Terima kasih bro..aku buat pun sebab nak mengisi mana yang kosong jer..haha
cik tom nak join bt entry tp tunggu mlm khamis br relax skit..
cik tom recently posted..Senarai Gambar Hadiah Giveaways Blog Cik Tom
patut la tak de entri cik tom lagi..kalau dekat blog EQQ tu dah ada link cik tom..haha
ok pergi tengok di sana dulu ..
puanbee recently posted..Resepi : Puding roti Dan Sos Kastard